View: 6215|Reply: 11
|
Satu maut, 4 cedera dalam kejadian tembak di kawasan perairan berhampiran pantai Morib
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Seorang maut manakala empat lagi cedera dalam kejadian tembak di kawasan perairan berhampiran pantai Morib, Kuala Langat, Selangor, awal pagi tadi.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata setakat ini identiti individu terbunuh itu belum dikenalpasti manakala empat yang cedera dipercayai warga Indonesia.
"Mangsa terdiri daripada lima lelaki di mana seorang daripada mereka disahkan mati di tempat kejadian, manakala empat lagi mengalami kecederaan.
"Seorang yang cedera dihantar ke Hospital Klang untuk rawatan lanjut manakala tiga lagi sedang mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang," katanya kepada BH hari ini.
Hussein berkata pada masa ini pihaknya menerusi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat dan IPD Sepang sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk bagi mengenalpasti punca kejadian.
Dalam pada itu, BH difahamkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menemui bot dinaiki lelaki yang terbunuh itu ketika sedang membuat rondaan di kawasan perairan pantai Morib.
Selain lelaki itu yang dipercayai warga Indonesia, mereka juga menemui seorang lagi yang cedera dalam bot berkenaan.
Pasukan peronda Maritim Malaysia kemudian menunda bot itu ke Pulau Carey untuk tindakan lanjut.
Difahamkan juga, tiga lelaki rakan mereka yang turut cedera dalam kejadian tembakan berkenaan, berenang ke pantai sejurus selepas itu.
Terdahulu, BH pada tengahari tadi melaporkan Hospital Sultan Idris Shah memberi rawatan ke atas tiga lelaki yang cedera akibat ditembak.
Ketiga-tiga lelaki dipercayai warga Indonesia itu dihantar ke unit kecemasan hospital berkenaan kira-kira jam 7.30 pagi tadi.
Sumber berkata, ketiga-tiga mangsa yang mengalami kecederaan akibat terkena tembakan dihantar ke hospital oleh sebuah kereta jenis Toyota Vios.
"akaian dua daripada mereka basah, manakala seorang lagi mangsa hanya memakai seluar pendek.
"Ketika tiba di hospital, ketiga-tiga mereka juga tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan sah," katanya.
Ketika ditanya, semua individu terbabit memberikan alasan yang bercanggah mengenai kecederaan itu, namun pemeriksaan mendapati mereka cedera akibat tembakan.
Susulan kejadian itu, pentadbiran hospital membuat laporan polis berhubung penerimaan pesakit mencurigakan ini.
Sumber : - Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Dah la tadak dokumen.
Patut mati ja semua. Menyusahkan. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 24-1-2025 05:03 PM
Dah la tadak dokumen.
Patut mati ja semua. Menyusahkan.
Aamiin. Beribu2 Aamin. Menyusahkan. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 24-1-2025 05:03 PM
Dah la tadak dokumen.
Patut mati ja semua. Menyusahkan.
"kok gitu....gue mau ic..mau jadi Melayu Bumiputera di sini"-Indon |
|
|
|
|
|
|
|
kiranya tatau la sape tembak dorg kan? |
|
|
|
|
|
|
|
setakat ini identiti individu terbunuh itu belum dikenalpasti manakala empat yang cedera dipercayai warga Indonesia
sebab yang dah mati tu tak boleh menjawab kan? tanya lah kawan yang cedera tu, tak kan tak kenal kot.
|
|
|
|
|
|
|
|
menyusahkan dan merugikan dana negara jer. haihs! |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nusaraya at 27-1-2025 11:36 AM
Apa yang MalayDesh itu bukanlah yang pertama kali mereka lakukan .. tetapi lucunya mereka selalu membuat "Alibi" yang sama dengan membuat PMI sebagai "Kambing Hitamnya" ..... Enough is Enough ..
Banyak pihak di Indonesia (termasuk DPR RI) ikut marah dan berharap Presiden Prabowo melakukan "Tindak Balas" yang serupa kepada MalayDesh dengan memberi Peringatan Keras agar mereka X lagi melakukan hal seperti itu lagi serta segera menghentikan atau melarang pekerja Indonesia bekerja di Malaydesh di masa hadapan...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|