View: 5405|Reply: 2
|
Jasmine Suraya Chin panik LA terbakar lagi
[Copy link]
|
|
Kebakaran terbaharu hutan di utara Los Angeles (LA), Amerika Syarikat, Rabu lalu mencetuskan perasaan panik kepada pelakon, Jasmine Suraya Chin, 36, yang kini berada di sana.
Jasmine ketika dihubungi Harian Metro berkata, situasi di kediamannya di West Hollywood terkawal dan tidak terjejas kerana ia terletak agak jauh dari lokasi kebakaran itu.
"Bagaimanapun, semua orang terkejut bagaimana boleh terbakar lagi? Hari ini saya tak henti-henti dapat pemberitahuan terkini kebakaran.
"Dari 10 ekar, api sudah merebak jadi 11,000 ekar. Jadi, saya kenalah peka dengan benda-benda begini. Saya sudah fobia sejak hari mula kebakaran lagi," katanya.
Kebakaran kali kedua berlaku di sekitar tasik terletak kira-kira 56 kilometer di utara LA dan berhampiran dengan bandar Santa Clarita.
Arahan pemindahan turut dikeluarkan kepada 31,000 penduduk di kawasan berkenaan.
Pelakon filem Paskal itu berkata, perasaan panik semakin bertambah apabila melihat berita kejadian kebakaran kedua.
"Memanglah terkejut sampaikan kawan saya kemaskan pakaian untuk pindah ke Miami. Esok pagi penerbangannya.
"Saya pun terfikir-fikir kalau nak pergi tempat lain buat sementara waktu. Bagaimanapun, saya masih ada kelas dan tak cuti.
"Saya juga akan balik Malaysia untuk bercuti pada April depan. Saya sangat rindukan tanah air terutama makanan sedap-sedap," katanya.
Jasmine yang kini menyambung pengajian di akademi lakonan, Lee Strasberg Theatre & Film Institute di LA membayangkan mengambil kesempatan menerima projek lakonan semasa cuti hampir tiga bulan.
"Pengurus sedang membincangkan perkara ini dengan produksi," katanya.
Sumber : - Berita Harian
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Balik sini nanti berlakonlah dgn alvin chong. Teringin tengok gandingan dorg berdua ni. |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni bukanke sblm ke LA ada mintak fund dari gomen?ujung2 dapat ke tidak?masa tu ramai gak yg tak pueh hati kat X |
|
|
|
|
|
|
| |
|