Suami isteri maut Volkswagen Tiguan tenggelam dalam parit
Oleh MASTURAH SURADI
24 Januari 2025, 7:50 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA lelaki membantu mangsa yang menaiki Vokswagen Tiguan yang tenggelam ke dalam parit selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Mersing Endau, Kampung Bukit Buruk, Mersing, tengah hari tadi.
MERSING – Sepasang suami isteri menemui ajal bersama selepas kenderaan utililiti sukan (SUV) Vokswagen Tiguan dinaiki terlibat dalam dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Jalan Mersing Endau, Kampung Bukit Buruk tengah hari tadi.
Dalam kejadian pada pukul 12.17 tengah hari itu, mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Zainab Jusof dan Shahrom Tahir maut di lokasi kejadian selepas kenderaan dinaiki terbabas sebelum tenggelam di dalam parit yang dipenuhi air selepas hujan.
Difahamkan pasangan suami isteri itu dalam perjalanan ke Terengganu untuk menghadiri majlis kenduri saudaranya.
Ketua Balai Bomba Penyelamat (BBP) Endau, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Mohd Alias Hussin berkata, seramai 16 anggota dari BBP Mersing dan Endau dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.
“Semua mangsa telah dikeluarkan orang awam sebelum anggota kami tiba. Terdapat dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan. – KOSMO! ONLINE
Parit tu mesti dalam. option yang ada adalah memecahkan cermin kereta.
cabut headrest . gunakan besi tu cucuh ke cermin kereta.
kereta kalau masuk dalam sungai atau parit dia tenggelam perlahan-lahan.
oksigen jadi limited. jangan panik.sebab bila panik oksigen cepat kurang.
yang i tahu S-Class model lama tak boleh guna headrest
sebab dia punya cermin kualiti kalis peluru.
Post time 24-1-2025 11:59 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Elok la beli alat pecah cermin tu. Jalan2 di sea ni banyak parit, tali air, anak sungai, kolam, lombong, paya sepanjang jalan. Banyak sangat kes orang lemas bila kereta terbabas masuk air ni. Nak elak binatang pun jadi punca terbabas.
Post time 25-1-2025 03:12 AMFrom the mobile phone|Show all posts
gigahertz replied at 24-1-2025 11:25 PM
Ustaz wadi anuar dah cakap.
seseorang tu akan mati sebagaimana gaya dia hidup.
Pak mertua iols meninggal kt hospital.. seumur hidup tak pernah warded..tetiba ada sakit jantung walhal x pernah smoking pun..dan orgnya aktif..fit..jaga makan bagai..al fatihah utk arwah pak mertua iols yg baik hati & penyabar
Btw sebelum ada org nak kaitkan dgn kobid..pak mertua iols meninggal sebelum zaman kobid yah
Post time 25-1-2025 03:57 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by dua_chzy at 24-1-2025 08:20 PM
sayawifenikmie replied at 24-1-2025 06:39 PM
dalam keadaan panic
takut tak jumpa nak cari tool ni
seat belt cutter
Paling bagus kalau ada alat pecahkan cermin passenger tu. Buka pintu idok digalakkan sebab 1. susah buka pintu bila ada air, 2. pressure air akan tolak balik kita masuk dalam keta.
Ada 1 alat window breaker power meols pernah tengok Youtuber US test. Sesaat dua ja lepas apply pressure, dah pecah tingkap. Nanti meols carik balik youtube tu kalau jumpa.
Jumpa channel tu. Dan window breaker yang meka jual tu;
Post time 25-1-2025 07:59 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Selalu terbayang kalau tengah driving tetiba stuck dalam banjir macam mana, klang valley ni hujan sikit je air dah naik. Tu i standby unlock pintu sesiap. Takutnya mati lemas.
Post time 25-1-2025 10:28 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Ada satu rancangan realiti tv Korea pasal survival ada buat challenge lepaskan diri' dalam kete yg teggelam dalam air..walaupun diorg dah tau akan buat challenge tu tapi banyak perserta2 yg gagal bila kete tu start tenggelam sebab panik. Padahal diorg buat dalam situasi bawah kawalan ada rescuer sekali dlm kete, buat dlm kolam yang airnya jernih dan paramedik semua dh standby...