View: 2493|Reply: 3
|
Nyawa bintang Bollywood di hujung tanduk, Shah Rukh Khan diugut bunuh
[Copy link]
|
|
TRAGEDI berdarah yang menimpa pelakon kacak, Saif Ali Khan minggu lalu telah menggemparkan seluruh dunia.
Saif yang juga merupakan suami kepada aktres Kareena Kapoor itu cedera ditikam sebanyak enam kali oleh penyerang berasal dari Bangladesh yang memecah masuk rumahnya pada pukul 2.30 pagi sewaktu dia dan dua anak lelakinya sedang tidur.
Mujur dia berjaya diselamatkan selepas dibawa ke hospital oleh pemandu kenderaan awam sambil ditemani anak sulungnya bersama Kareena iaitu Taimur Ali Khan.
Insiden tersebut telah mendapat liputan meluas bukan sahaja di India, malah seluruh dunia. Ramai mempertikaikan tahap keselamatan kediaman bertaraf elit itu.
Malah, kejiranan kondominium yang terletak di Bandra, Mumbai itu mula berasa bimbang dengan keselamatan mereka selepas insiden menimpa Saif.
Lebih mengejutkan, suspek kes tikam Saif turut dikatakan merancang menceroboh banglo milik Shah Rukh Khan terlebih dahulu, namun gagal berbuat demikian kerana kawalan keselamatan yang ketat.
Shah Rukh Khan diugut bunuh
Pada November lalu Shah Rukh serta keluarga turut berdepan bahaya apabila menerima ugutan bunuh daripada seorang peguam yang turut meminta aktor itu membayar sejumlah wang.
Suspek yang dikenali sebagai Faizan Khan telah ditahan pihak berkuasa selepas segala maklumat tentangnya berjaya dikesan melalui panggilan telefon.
Hasil siasatan mendapati, suspek cuba menjejaki setiap pergerakan hero filem Kuch Kuch Hota Hai itu. Malah, suspek juga telah mengumpul segala informasi tentang kawalan keselamatan terhadap setiap ahli keluarga Shah Rukh.
Sebelum itu, suspek pernah membuat laporan polis terhadap Shah Rukh kerana tidak berpuas hati dengan dialog aktor itu dalam filem Anjaam (1994) tentang pemburuan rusa.
Selain Shah Rukh, sahabatnya iaitu Salman Khan juga tidak terlepas daripada ugutan bunuh. Salman telah diugut oleh kumpulan gengster, Lawrence Bishnoi menerusi WhatsApp yang menuntut pelakon itu membuat permohonan maaf atau membayar 50 juta Rupee jika mahu terus hidup.
Ugutan tersebut berpunca daripada lirik lagu yang mengandungi nama Salman dan Lawrence Bishnoi yang membuatkan kumpulan gengster tersebut panas punggung. Disebabkan itu, Salman telah menerima tiga ugutan bunuh dalam bulan yang sama.
Lebih parah apabila geng tersebut telah mencetuskan kebakaran di hadapan kediaman Salman yang terletak di Galaxy Apartments, Bandra.
Kena tampar
Aktres sensasi Kangana Ranaut pula pernah berdepan kejadian ditampar salah seorang pegawal keselamatan wanita yang bertugas di lapangan terbang Chandigarh sewaktu mendaftar masuk untuk terbang ke Delhi.
Alasan pengawal keselamatan tersebut menampar Kangana adalah kerana aktres yang juga wakil rakyat itu dikatakan tidak menghormati petani di India susulan kejadian protes yang berlangsung selama 15 bulan.
Kangana menyifatkan insiden tersebut sebagai satu bentuk keganasan yang semakin membimbangkan terutamanya melibatkan pengawal keselamatan yang seharusnya menjaga keselamatan orang awam.
Masalah keselamatan dan keganasan yang semakin tinggi di India juga dikatakan menjadi penyebab aktres terkenal, Anushka Sharma dan suaminya iaitu pemain kriket terkenal, Virat Kohli membuat keputusan untuk pindah ke London.
Pasangan itu khabarnya ingin berpindah ke London selepas Anushka melahirkan anak kedua mereka. Difahamkan mereka enggan anak-anak membesar dengan sentiasa terdedah kepada paparazzi selain mahu hidup dengan tenang dan selamat.
Sumber – HIBGLAM |
|
|
|
|
|
|
|
zaman bollywood dah hampir terkubur.tak ada pelapis baru dah..sekarang zaman kdrama pulak |
|
|
|
|
|
|
|
piyek92 replied at 26-1-2025 05:33 PM
zaman bollywood dah hampir terkubur.tak ada pelapis baru dah..sekarang zaman kdrama pulak
bukan xda tp new generation hmpir semua nepo baby so xda muka bru yg best..baik pelakon dgn pengarah |
|
|
|
|
|
|
| |
|