View: 7059|Reply: 53
|
‘Penyingkiran ini buktikan saya bukan anak emas GV11’ - Fairuz Selamat
[Copy link]
|
|
Pernah digelar anak emas Astro gara-gara dua kali terselamat daripada penyingkiran, peserta Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11), Fairuz Selamat membuktikan dia bukan seperti yang didakwa apabila tersingkir malam tadi.
Menurut Fairuz atau nama lengkapnya Mohammad Fairuz Selamat, 40, mutakhir ini dia sering dikecam hebat netizen yang ingin melihatnya tersingkir.
“Saya terima keputusan ini dengan hati yang sangat gembira. Dua kali saya berada di kedudukan terbawah. Teruk saya kena hentam dengan netizen. Semua orang mengharapkan saya tersingkir. Nah ambik kau saya dah keluar.
“Dengan tersingkirnya saya daripada GV11 membuktikan saya bukan seperti yang didakwa (anak emas).
“Tidak dinafikan ada terselit rasa sedih, siapa yang tidak mahu melangkah ke peringkat akhir. Saya pun dah mohon cuti sampai Februari. Saya nak buat apa untuk dua minggu ini? ‘Live’ dalam TikTok sahajalah,” katanya kepada Kosmo! online.
Namun kata bekas vokalis kumpulan Q-Face dan Antz itu, dia percaya kepada rezeki Allah yang ditetapkan untuknya.
“Mungkin Allah dah tetapkan rezeki kepada peserta lain yang lebih layak untuk ke peringkat akhir.
“Mungkin ada peserta yang lebih ‘struggle’ daripada saya. Saya sudah punya kerjaya sendiri. Yang lain mungkin sedang mencari rezeki lebih. Jadi, saya beri ruang itu kepada peserta lain,” jelasnya.
Namun, kata Fairuz yang kini berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kesenian Kebudayaan Negeri Perak, apa yang membuatkan dia terkilan adalah mengenangkan para peminat yang sentiasa memberikan sokongan padu sepanjang dia berada dalam GV11.
Sambil menahan sebak Fairuz berkata, ada peminatnya yang sanggup berkorban wang ringgit, masa dan tenaga semata-mata mahu memberi sokongan kepadanya di GV11.
“Peminat saya kebanyakannya perempuan. Ada yang sudah berkahwin dan memiliki keluarga. Mereka sanggup datang setiap hari Sabtu dan Ahad.
“Mereka buat jadual ‘shift’ untuk mengundi saya. Masakkan saya makanan dan belikan saya macam-macam. Itu yang membuatkan saya rasa ralat. Saya rasa saya sudah kecewakan mereka.
“Mereka telah rancang untuk menyokong sehingga ke peringkat akhir. Bila saya sudah tersingkir, saya terfikir lagi dua minggu ini mereka nak buat apa? Sokongan yang saya dapat sekarang tidak pernah dapat selama 24 tahun bergelar penyanyi. Saya akan merindu momen ini,” ujarnya.
Sumber – KOSMO! ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
matang ucapan dia semlm..cumaaaaa statement dia yg ni
“Mungkin ada peserta yang lebih ‘struggle’ daripada saya. Saya sudah punya kerjaya sendiri. Yang lain mungkin sedang mencari rezeki lebih. Jadi, saya beri ruang itu kepada peserta lain,” jelasnya.
bukan awk beri ruang peruz, dh mmg awk yg paling x perform mlm tu..makanya awk paling layak tersingkir |
|
|
|
|
|
|
|
untung la keje gomen boleh cuti lama ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
makcik setuju! dia bagi ruang apanya? dia perform teruk semalam.
|
|
|
|
|
|
|
|
hahahahaha kannnn...tiber pulak ckp camtu..statement2 yg lain ok dh..masuk yg ni, hmmmmm
|
|
|
|
|
|
|
|
"Namun, kata Fairuz yang kini berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kesenian Kebudayaan Negeri Perak,"
Iolls tengok jawatan Timbalan Ketua Pengarah iolls agak kagum, iolls search direktori, jawatan sebenar Penolong Pengarah, okay lah gred profesional jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
MistrezHermanaz replied at 27-1-2025 11:39 AM
matang ucapan dia semlm..cumaaaaa statement dia yg ni
“Mungkin ada peserta yang lebih ‘struggle’ ...
This statement sounds classist. Like he’s not admitting yang dia tersingkir sebab dia tak best, hauk dan nyanyi tak sedap tapi sebab takdir menentukan ada peserta lain perlukan duit pertandingan tu lebih dari dia sebab dia best dan berjaya haha. |
|
|
|
|
|
|
|
nampak heshe mesti terngiang lagu Izinkanlah, btw heshe dah kawen ke belum, last gosip dgn wani hasrita she pun dah kawen nyah, best ke heols dalam gv, dua musim dah x tengok gv. |
|
|
|
|
|
|
|
"noun. the belief that people from certain social or economic classes are superior to others"
gituuuu shady
|
|
|
|
|
|
|
|
hahahaget the facts right la reporter pun
timb tu perempuan, org lain
ke heols tau tp biar je
|
|
|
|
|
|
|
|
erkkkkk focus keje hakiki je la perus oiiii |
|
|
|
|
|
|
|
terus move on ke depan.. ok la masuk gv nama dah naik balik. slow2 build nama yg tgh nak hype. tersingkir tak semestinya terus hilang cam tu je |
|
|
|
|
|
|
|
penolong pengarah gred 44 rasanya
|
|
|
|
|
|
|
|
sama ada dia amik cuti separuh gaji atau cuti tanpa gaji
|
|
|
|
|
|
|
|
mcm bunyi check HRMIS je tu hehe
apa pun tetap pegawai P&P kan
|
|
|
|
|
|
|
|
Enjoy la moments digilai fans ni puas² fairuz.. hype ni sementara je sebelum masuk kuburan balik. dulu masa zaman q face tak dapat nak mendonia sgt sebab populariti new boyz & tomok lg besar. |
|
|
|
|
|
|
|
Maaf tak tgk GV
Tp sblm ni mcm nampak org komen tak suka arora tu duk harap dia kuar
Eh rupanya tak suka fairuz plak ye
Jdnya sapa je yg g final? |
|
|
|
|
|
|
|
semalam first time tengok GV musim ni
nak tengok LA dan NB sebenarnya
Sedap dahbalik suara Ning .. dah tak sumbang tak keluar
tak suka pulak semalam dengan LA
siapa no,1 semalam?
and .. kenapa saya tak kenal fairus selamat ni ? |
|
|
|
|
|
|
| |
|