CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7963|Reply: 9

[Dunia] Arab Saudi buka Makkah, Madinah kepada pelabur asing

[Copy link]
Post time 28-1-2025 08:21 AM | Show all posts |Read mode
Arab Saudi buka Makkah, Madinah kepada pelabur asing
AFP - Januari 28, 2025 @ 7:58am

Makkah menerima berjuta-juta jemaah haji Islam setiap tahun tetapi bandar itu sedang mengalami pembangunan besar-besaran yang bertujuan untuk menarik lebih ramai pelabur. - Foto AGENSI

RIYADH: Arab Saudi mengumumkan pelabur asing kini dibenarkan untuk melabur dalam syarikat yang disenaraikan di bursa saham Saudi yang memiliki hartanah di Makkah dan Madinah, dua kota suci umat Islam.

Menurut Pihak Berkuasa Pasaran Modal kerajaan, keputusan itu bertujuan untuk merangsang pelaburan, meningkatkan daya tarikan dan kecekapan pasaran modal, mengukuhkan daya saing serantau dan antarabangsa sambil menyokong ekonomi tempatan.

Ia berkata pelaburan asing dalam syarikat yang memiliki hartanah dalam sempadan Makkah dan Madinah akan dihadkan kepada saham syarikat Saudi ini yang disenaraikan di pasaran modal Saudi, instrumen hutang boleh tukar, atau kedua-duanya.

"Bagaimanapun, pemilikan bukan Saudi tidak boleh melebihi 49 peratus," kata pihak berkuasa itu.

Arab Saudi ialah ekonomi terbesar di Asia Barat dan pengeksport minyak mentah terbesar di dunia.

Bertahun-tahun negara itu terbabit dalam agenda reformasi yang luas bertujuan untuk mempelbagaikan ekonomi dengan pelancongan dan pelaburan.

Makkah sudah menerima berjuta-juta jemaah Islam setiap tahun tetapi bandar itu sedang menjalani pembangunan besar-besaran yang bertujuan menarik 30 juta umat Islam menjelang 2030.

Projek yang digelar Masar, yang dibiayai oleh Dana Pelaburan Awam kerajaan, meramalkan 40,000 bilik hotel baharu di Makkah.

Jemaah haji dan umrah tahunan membawa hasil anggaran AS$12 juta (RM52.5 juta) pada 2019. Orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki kota suci ini.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-1-2025 08:24 AM | Show all posts
Developer akan bina lebih banyak hotel dan semuanya perlu bagi return investor. Nak untung lebih binalah hotel mewah dan kenakan caj premium pada musim haji.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2025 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Maksudnya pelabur asing tu daripada non muslim pun boleh ye jdi pemilik hartanah di mekah dan madinah
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2025 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekali pandang dah tau angka dalam para terakhir tu salah. Tak mungkin hanya USD12 juta atau RM52.5 juta saja pendapatan Saudi dari haji dan umrah. Pastinya angka tu dalam bentuk billion.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2025 03:30 PM | Show all posts
cmf_almondpecan replied at 28-1-2025 03:16 PM
Sekali pandang dah tau angka dalam para terakhir tu salah. Tak mungkin hanya USD12 juta atau RM52.5  ...

Setuju.

Aku pun perasan. Sangat tak masuk akal.

Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2025 04:17 PM | Show all posts
Dalam pada tak bukak pd non-muslim pun dah tido atas duit king salman anak beranak serta kaum kerabat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-1-2025 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Sudah boleh dpt kuota haji byk waktu menunggu dicepatkan
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2025 01:27 AM | Show all posts
popeti sure go hup wang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2025 02:02 AM | Show all posts
kotakbaju replied at 28-1-2025 07:06 AM
Maksudnya pelabur asing tu daripada non muslim pun boleh ye jdi pemilik hartanah di mekah dan madina ...

bab melabur lebur ni China ramai.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2025 02:12 AM | Show all posts
selipar_hijau replied at 28-1-2025 08:17 AM
Dalam pada tak bukak pd non-muslim pun dah tido atas duit king salman anak beranak serta kaum keraba ...

Muhammad bin Salman yang sekarang ni status dia
cuma Perdana menteri sahaja. belum di tabal secara rasmi as king
bapak dia hidup lagi tapi dah uzur dah 88 tahun.
di buatnya bapak dia tabal orang lain naik jadi Raja
confirm dia tak puas hati.
kalau dia pulak naik jadi Raja ...adik beradik dia
yang lagi 12 tu confirm kena zasss .
Kesultanan Johor Riau Lingga berpecah pun punca asal isu waris.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 11:54 AM GMT+8 , Processed in 0.308089 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list