CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: isabel

KPOP punca utama remaja M'sia bunuh diri - pendapat ko org..!!!

  [Copy link]
Post time 26-4-2011 01:06 PM | Show all posts
ntah.. tah pape tah yg diorang ni merepek.. ape lak kaitan kpop dgn bunuh diri di malaysia? dia kena wat research dulu la, tengok correlation dua benda tu significant ke tak significant, tunjuk research paper dia tu, methodology, findings semua.. baru boleh nak siarkan artikel gini.. ishh geram lak aku baca artikel gini..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2011 01:07 PM | Show all posts
now the whole world dh tau mende ni... aku sbg rakyat malaysia saaaaaaaaaangat terasa malu dengan adanyer reporter camni n kuar brite2 camni....

so far, aku tak dengar lg fans kpop bunuh diri sebab meminati kpop... atau tak tau la plak kot aku yg baru kuar gua...

aku stuju ngan mardhiyah tu, aku harap ramai la yg bukak mata sal komen dia tu yang ckp program hiburan tempatan tak menarik.... sepatutnya diaorang kaji balik program2 hibran diaorg.. n sila sajikan ape yang penonton mahukan.. bukan syok sendiri jer... cam AF tu.. seme yg ada kat diary semuanya diskripkan... semenya nakkan rating n untung sbb memanipulasi bdk2 yang inesen tu....
n dengan artikel yang bawah tu leh wat diaorang sedar fenomena yg sedang melanda negara skrg....

sal koleksi tu bg aku takleh la nk argue sangat sbbnye bg aku dh nama koleksi... mmg bg org yang tak suker mender2 ni kata membazir... tp kalo dh nama koleksi, itu sebenarnya sangat memberi kepuasan pd individu tu sendiri... ko tak minat ko punyer pasal... duit aku, aku punyer suker...

sal kes bunuh diri. takde kaitan dengan artis korea atau sesape... rata2 fans retis2 koya yang aku kenai kat mesia ni adalah MUSLIM... n also, sebagai MUSLIM kita dh berpegang pd ajaran Islam tu sendiri... n bg aku, sal neh adalah sangat TAK relevan...  Sila pandang dari perspektif yang +ve.. jgn nampak kekurangan je...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2011 01:09 PM | Show all posts
paling tak best biler dorg sentuh pasal muslim, islam...
muun Post at 26-4-2011 11:41



Sebab tu la kite tak setuju semua tuh dibawa sampai ke luar. Selalu mcm ni, bila ada perselisihan antara dua pihak, mesti sampai ke luar nak dibawanya. Bila sesuatu kepentingan diancam, kita retaliate dgn cara yg tidak berhemah dan berhikmah, semacam susah utk semua org berfikir dgn lebih jauh dan lebih bijak. Bila sesuatu perkara berlaku, ramai yg cepat membiarkan hati mendahului akal. Bukankah lebih baik kalau kita diam sebentar, berfikir sebentar, tenangkan jiwa, lapangkan hati?

Bila perkara melibatkan pihak luar macam ni, ramai org lupa bukan hanya dua pihak yg terlibat, bukan sekadar soal hiburan, bukan sekadar soal remeh, tp melibatkan nama baik dan keselamatan negara. Ramai dalam keadaan khilaf, tidak sedar dalam mereka ingin mempertahan sesuatu, ada pihak ke-tiga yg terpaksa berhadapan dgn segala tekanan, menjernihkan apa yg keruh demi memastikan negara tidak diletakkan di bawah senarai ekstemis atau berbahaya. Kes Adam Lambert hari tu pun belum dpt dijernihkan dgn baik, dtg pula benda baru. Dalam kita ingin mempertahankan apa yg kita sayang, jgnla sampai sanggup meggadaikan negara dan nama agama. Akhirnya, siapa yg rugi?

Kite tak kisah kalau kite mati dalam mempertahan agama, kalau kite mati semasa mempertahankan negara, kalau kite dibunuh ketika usaha itu, kite dah sedia dr awal, ketika kite diterima masuk utk berkhidmat kpd rakyat lagi. Org2 mcm kite nih, yg bukan askar, bukan polis, byk kelemahan, adalah sasaran termudah pihak luar, tp sbb disebabkan negara perlukan kepakaran, berkorban dlm rahsia, tb2 semudah itu masyarakat menidakkan usaha kami.

Kite tak kisah org nk bercakap, nak bedebat di forum2 Malaysia, di CI, nak caci maki, tp tolong jgn bawa ke luar. Sekali benda nih dh bawa ke luar, org2 yg berkorban segalanya utk memastikan negara ni aman, terpaksa jawab pada byk pihak, terpaksa lepaskan senjata2 rahsia, terpaksa lepaskan data2 risikan, semata nk puaskan hati kuasa2 utama dunia. Org ingt benda nih sekadar kes Adam Lambert, sekadar kes K-pop, nope, bila fans juga tak mampu berfikir panjang, kedudukan fans skrg sama juga dgn org2 yg memulakan semua ni.

Lagipun, ni bukan perkara baru... sebelum kita sign utk terikat pd negara lg, kite adalah pejuang muzik sebelum kite that straight A's student, sebelum kite scholarships holder, sebelum kite menjadi ank angkat kpd negara. Kite dah lalu semua nih, semasa zmn Black Metal dicemuh, semasa zmn Loudness dihina, semasa J-rock dijadikan sampah, semasa zmn L'Arc-en-Ciel dipandang serong, semasa Bleach mula2 masuk Malaysia. Apa yg berlaku semasa era2 itu lebih teruk dr artikel ini, sbb satu negara membicarakan sampai semua fans terpaksa secluded ourselves drpd menyukai dan menyayangi apa yg kami sukai secara terangan. Ada caranya dalam menangani semua ini, bukan dgn cara cepat melatah. Masa itu ada, masa itu akan membayar kembali, terpulang sama ada kita sabar ataupun tidak.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2011 01:37 PM | Show all posts
Reply 30# isabel


    menangis tanpa lagu la die kalo tgok inbox die... kekeek aper pon pengajaran yg baik untuk dorg.. len kali jgn main taruk jehhh
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2011 01:39 PM | Show all posts
menanah telinga jugak baca LJ tu..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2011 01:48 PM | Show all posts
Reply 43# Kittie


   mmg perit baca komen LJ tuh....tak sanggup nak truskan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2011 01:49 PM | Show all posts
Bagi kite, bila sesuatu fenomena itu melanda, pasti ada yg tak senang dengannya. Benda nih tak pernah berubah dari semenjak azali lagi. Bagi mereka yg hidup semasa isu Black Metal dulu, ingat tak semua mcm mana hinanya fans Black Metal ni? Para peminat nih dihina sebegitu rupa sampai dianggap sbg pemuja syaitan? Ingat isu Loudness? Tanpa usul periksa, tanpa belajar lagu2 & lirik2 dr Loudness, band tuh terus dicop menjatuhkan moral ank2 muda, menggalakkan seks & dadah, menggalakkan ideologi group suicides (saper yg pnah tgk Criminal Minds, tahula aper kite ckp nih). B'z dikatakan keras, hanya kerana mereka zaman seiring dgn Loudness. Malahan kite takkan terkejut kalau ada yg di sini antara mereka yg turut sama memandang serong isu2 tersebut dahulu.

Kite takkan salahkan sesiapa, waima sekali org yg memulakan sesuatu isu tersebut. Kita semua berada dalam masyarakat yg cepat menjatuhkan hukum ke atas sesuatu, cepat memberikan penilaian tanpa cukup ilmu di dada. "Kita semua", ingatan utk diri kite sendiri gak. Kita semua takkan faham keadaan ini selagi tak terkena ke atas diri sendiri. Sekarang, semua ni berlaku ke atas peminat K-pop, bertindaklah secara bijak dalam menangani perkara ini, tidak perlu kita juga pendek akal. Apa yg perlu para peminat lakukan? Hasil drpd pengalaman,

1) Anggapla ini satu anugerah, di mana ia merupakan satu pelajaran dan juga pengajaran. Semoga dgn pengalaman ini, kita semua takkan buat benda yg sama kpd org org lain. Jika kita pernah melakukan perkara yg sama, muhasabah diri.
2) Prove them wrong! Buktikan mereka silap melalui teladan. Mungkin perlukan masa dan kesabaran, tp manisnya lebih indah drpd kita turut sama merumitkan dan mengusutkan keadaan.


Buktinya... bbrp tahun slps isu Black Metal, selepas isu Loudness. Stesen pertama yg menyiarkan kembali lagu2 Loudness & metal adalah RTM.
Buktinya... skrg, excessive usage of 'gods' adalah perkara biasa. Gmbr tengkorak yg org cemuh dan hina, skrg bagaikan icon cute di merata tmpt, ia bukan lg kononnya perlambangan syaitan ketika zmn pengaruh metal dulu.
Buktinya... siapa wakil mainstream Asia yg boleh dibanggakan menang Grammy? Tak Matsumoto of B'z. Org yg dulunya mencemuh, menghina dan memburukkan band ini, kini mereka menulis artikel memuji, memuja, menjadikan contoh.
Buktinya... who is Asia best selling act? Lebih 35 juta copies utk single alone (Most number-one singles; 44, Most consecutive number-one; 44 singles) sehingga bulan ini, yg overall lum kuar. Tp overall sehingga September tahun lps, hasil jualan singles/albums/DVDs adalah lebih 80 juta copies. Cuba namakan artis lain yg boleh ada achievement sehebat living legend nih?
Buktinya... org tertanya, mcm mana charity auction dr Yoshiki (X-Japan) dan GACKT boleh pergi berjuta2 dollars, bukan 2-3 juta, tp 5-6 juta utk brg yg harga belian dulu baru puluh2 atau ratus2 ribu2 jer? Sbb fans mereka telah grew up menjadi business tycoons, IRs, doctors, world-known scientists, lawyers with big law firms, etc. Fans mereka berjaya gak dlm hidup.


Kalau kita pun turut sama memburukkan keadaan di Malaysia nih ke luar, saper yg rugi? Mereka akan berfikir byk kali utk dtg ke sini. Mereka jadi ragu2 nak dtg ke sini. Kalau kite tak mencurahkan minyak ke api, ia tak akan cepat marak hingga org di sebalik pergunungan pun boleh nmpk. Dah sedia asal mereka kurang berminat nk jejak cni, kalau mereka baca benda2 mcm nih, menambahkan lagi rasa tak minat derang. Sedangkan, nk dpt permit di Malaysia nih tak susah manapun, hanya perlu sign utk agree lunas2 undang2 yg ada. The King of Pop, Michael Jackson boleh signed & conformed peraturan negara ni. Di sebalik kontroversi, Adam Lambert still signed & conformed. Why? Walau kecoh kat luar, but their fans are still level-headed. Derang ckp kt MJ, puji2 Malaysia. Adam's fans tweeted tak berenti dgn Adam, assure him, puji2 Malaysia. At last, saper yg untung? Fans mereka jugak, dpt tgk MJ, tgk Adam dpn mata. Mengusutkan keadaan takkan bawa kita ke mana pun, kalau tak puas ati, just berbicara secara berhemah dgn mereka yg memulakan, no need of names calling, no need put ourselves too low. Ketenangan jiwa dan akal yg tajam adalah kunci perbicaraan & pedebatan yg baik.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2011 02:03 PM | Show all posts
mmg perit baca komen LJ tuh....tak sanggup nak truskan..
skymania Post at 26-4-2011 13:48



Tahu takper... tak semena agama dan budaya yg tak bersalahpun terpalit sekalik. Skrg nih, just hope tak masuk ohnotheydidnt jer, klu masuk ctu, abes semer radar2 US berkelip. Kdg2 tak paham ngan org Malaysia sendiri, klu org lain yg stat sebarkan, iols leh terima la, Malaysia mmg dr dulu lg byk pendengki, tp yg isu Adam Lambert ngan K-pop nih, org Malaysia yg gatal2 dok paste merata dulu, hal dlm kain, setel dlm kain la. Rasakan nk suh org2 nih tgk Majalah 3 yg baru lps nih tak berkelip, tgk mcm mana susah nk pertahankan asset negara oleh pasukan elit navy tuh. Tuh baru navy, org yg deal ngan isu2 nih lagi la stress sorang2, derang yg hari2 pikir nk terjun bangunan. Selagi isu nih melibatkan perkara dua atau lebih negara, ia akn jadi isu keselamatan, rakyat Malaysia nih, org suh byk membaca, bukan nk membaca pun.

Mcm gak isu latihan tentera, sker tul nk bangkit2kan. Negara2 mcm Korea S, Singapore tuh derang perlukan national service sbb derang sentiasa berhadapan dgn ancaman, well, S'pore tuh kecik so derang terpaksa berjaga2, lgpun klu sukarela, nnti tak cukup army lak derang. Malaysia, askar kita lain. The moment mereka sarung uniform tu, mereka dh ready bukan utk negara sahaja, tp juga agama. Nk dpt askar/perisikan berani mati mcm Malaysia mmg susah, sbb mereka bersandarkan agama, so org2 Malaysia boleh hidup dgn aman, buat sesuka hati tanpa perlu paksaan utk latihan tentera, just PLKN jer, PLKN tuh pun motip dier bukan tuk tentera, just tuk jatidiri jer. Iols tak sker org dok ckp2 sal army nih sbb most K-stars baper kerat jer bebetul dlm batallion 'army', mostly dpt mode plg senang jer (sbb status bintang derang); latihan asas ketenteraan + kawad + office job jer, tak byk yg mcm rakyat derang yg lain. So klu kita nk kuatkan hujah dgn army nih mmg tak kena, nnti org leh sembur balik. Well, my two cents...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2011 02:28 PM | Show all posts
biter ni dh msuk dlm tumblr gak
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2011 02:29 PM | Show all posts
apa kes nie..makin kecoh jahh
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2011 02:30 PM | Show all posts
Sebab tu la kite tak setuju semua tuh dibawa sampai ke luar. Selalu mcm ni, bila ada perselisi ...
Kittie Post at 26-4-2011 13:09



x suker bce dorg kutuk2 malaysia ofcoz ade yg kiter x puas ati kt negara sndiri, tp biler bce dorg kutuk2 cmtu.. xbest lah... mmg x sangka sbnarnyer isu ni akn smpai kt lj omana plak tu..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2011 02:31 PM | Show all posts
Reply  Kittie


   mmg perit baca komen LJ tuh....tak sanggup nak truskan..
skymania Post at 26-4-2011 13:48



makin lamer mkin ramai dh komen ish... makin perit ati bacer
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2011 02:34 PM | Show all posts
makin lamer mkin ramai dh komen  ish... makin perit ati bacer
muun Post at 26-4-2011 14:31



    aku x baca pon...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2011 02:35 PM | Show all posts
aku x baca pon...
limau Post at 26-4-2011 14:34



x bace dok dendiam kt umah borak nun ngko aper taw
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2011 02:37 PM | Show all posts
tak baca sbb tak reti omputih
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2011 02:45 PM | Show all posts
ada sowam tuh cakap..lgk best.."malu jdk malaysian" OMG!!~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2011 05:04 PM | Show all posts
berani bermain dengan kata-kata..terima la padahnye
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2011 05:39 PM | Show all posts
bru pasan kat sini ngan omona ade bincang isu ni. patot la yg ckp psl isu muslim tu. hmm..tgk, skrg ni dh melibatkan isu negara dan agama. kalo msuk ohnotheydidnt tu habisla...ntah apa lg mslh lain akan timbul.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2011 05:46 PM | Show all posts
x suker bce dorg kutuk2 malaysia  ofcoz ade yg kiter x puas ati kt negara sndiri, tp biler b ...
muun Post at 26-4-2011 14:30


benda mcm ni skali melarat habisla....kalo utk tatapan umum,fans pon kenelah tangani dgn cara berhemah...kalo ikut sama tau maki hamun je..org akan tgk betullah seperti apa yg diwawarkan keburukan fan kpop ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2011 06:07 PM | Show all posts
benda mcm ni skali melarat habisla....kalo utk tatapan umum,fans pon kenelah tangani dgn cara be ...
momoko Post at 26-4-2011 17:46



Sebenarnya betulpun apa yg yg dua lecturer tuh ckp, suh parents awasi anak2, suh tgk remaja, malahan yg prof dr fakulti perubatan tuh terang2kan ckp dier tak suruhpun parents sekat minat anak2 tuh, dier suh parents selia anak2 tuh, jgn terlalu obses, suh kawal perbelanjaan. Sah2la derang ckp pasal budak2, bukan kakak abang budak, atau mak budak.

Minat tak boleh dihalang, tapi ia boleh dikawal secara berhemah. - Dr. Hussain Habil


Pembaca perlu juga bezakan antara tulisan yg ditulis oleh wartawan dan juga apa yg dier quote drpd pakar. Just artikel nih ditulis oleh wartawan yg sangat mentah lagi, biasalah org yg baru2 kerja, bdk2 bawahan kitepun bersepah sker wat keje tak wat kajian. So di sinilah kena perbetulkan dia, peranan editor, klu editor pun sengal, di sinilah peranan pembaca. Ada ruangan pembaca, maka tulislah artikel yg berjenis & sarat dgn info, hantar ke sana. Kalau rasa takut artikel tuh sangkut, hantar juga ke Utusan dan Harian Metro. Hantar juga kepada The Star, The Sun & NST. Masa era Loudness dominate the world dulu, mmg kena kaw2 dulu (bygkan group suicides tuk puja setan? ape perasaan korang klu kena tuduh cenggitu?), itu yg kitorang buat, tulis artikel yg bernas, dgn contoh2 sekalik, hantar ke semua akhbar, majalah muzik, smpai DJ2 yg juga fans n takut nk bersuara, akhirnya turut bersuara sama, dulu lg la, segala mak nenek strict & conservative nk mampus. Patient & perseverance yg berhemah akan terasa manisnya kalau kita berjuang dgn cara yg betul.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:09 AM GMT+8 , Processed in 0.084247 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list