|
Ibu penyanyi Hazami iaitu Noor Afaza Md Salleh meninggal dunia pada pagi Jumaat akibat jangkitan paru-paru.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 81 tahun.
Khabar duka itu dikongsikan oleh pengurus Hazami iaitu Aszuad Zakaria.
"Dukacita dimaklumkan bahawa ibu Hazami, Noor Afaza Md Salleh menghembuskan nafas terakhir, hari ini, Jumaat bersamaan 1 Syaaban," katanya.
Dalam pada itu, Aszuad memberitahu kesihatan Allahyarham mula merosot sejak kebelakangan ini selain kerap menerima rawatan di hospital.
Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Karak 2, Kuala Lumpur selepas solat Jumaat.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|