CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: put3reen

Prince William & Catherine Middleton

    [Copy link]
Post time 24-8-2012 01:15 AM | Show all posts
Kiraan detik ketibaan Duke dan Duchess of Cambridge di ntv7

Masih ingatkah anda dengan lakaran peristiwa bersejarah, perkahwinan pasangan Diraja yang menjadi ikon dunia - Putera William dan Kate Middleton?  Perjalanan  kisah cinta romantis mereka telah menjadi tatapan masyarakat dunia tatkala acara perkahwinan pasangan Diraja ini yang dilangsungkan di Westminster Abbey pada tahun 2011 turut dapat disaksikan lebih 2.3 juta penonton di Malaysia melalui stesen TV pilihan ramai, ntv7.  DAN kemudian, sebuah dokumentari khas William & Kate: A First Anniversary Celebration turut disiarkan pada 29 April tahun ini bersempena dengan ulangtahun yang pertama Pasangan Diraja itu.  

Kini, sekali lagi sejarah bakal dilakar dan dijangka memberi rakyat Malaysia sebuah lagi pengalaman yang tidak dapat dilupakan apabila The Duke dan Duchess of Cambridge membuat lawatan mereka ke Malaysia, termasuk Kuala Lumpur dan Sabah, dari 13 - 15 September, sempena sambutan Jubli Intan pemerintahan Permaisuri Elizabeth.

Bagi menyemarakkan lagi keghairahan rakyat Malaysia menyambut kedatangan pasangan idol ini, SALURAN CERIA ANDA ntv7 telah menyusun pelbagai rangka promosi antaranya sorotan khas dalam rancangan temubual, program hal ehwal semasa, hebahan melalui platform laman sosial, serta rentetan klip promosi.  Intiatif ini dicetuskan sebagai langkah promosi utama ntv7 melalui kempen Will & Kate - The Malaysian Tour  bersama-sama seluruh rakyat Malaysia untuk mengira detik ketibaan pasangan Diraja ini ke Malaysia bermula 1 September ini, iaitu 12 hari sebelum ketibaan mereka.  

Selain itu, melalui laman social, komuniti Twitter di seluruh negara dialu-alukan menggunakan hashtag khas yang dicetuskan oleh ntv7 iaitu "#mywillnkate" - dalam semua mesej yang membincangkan mengenai lawatan pasangan Diraja.  Semua usaha ini juga akan disokong oleh Rangkaian TV Media Prima Berhad, TV3, 8TV, dan TV9 serta Rangkaian Radio, Fly FM, Hot FM, dan one FM.

Bermula 9 September, ntv7 akan menyiarkan beberapa siri dokumentari mengenai Keluarga Diraja serta kisah cinta Putera William dan Kate. Penonton juga akan dihiburkan dengan filem-filem menarik sepanjang tempoh pengiraan detik. Selain dari program-program hiburan hebat tersebut, berita dan perkembangan terkini akan disiarkan dalam segmen edisi berita ntv7 termasuk 7 Edition, Edisi 7, dan Mandarin 7, bermula 12 September.
*Maklumat lanjut yang lebih terperinci mengenai program-program ini, akan diberitahu kelak.

"Ia adalah salah satu detik yang bersejarah yang amat membanggakan bagi kami di ntv7 ketika dapat menyiarkan perkahwinan Will & Kate pada tahun 2011, yang mana telah berjaya menarik lebih 2.3 juta penonton Malaysia menonton pada masa itu.  Berkat kejayaan itulah juga yang menyebabkan kami membuat keputusan untuk menyiarkan dokumentari khas - “William & Kate: A First Anniversary Celebration” bagi memperingati ulang tahun pertama mereka pada bulan April yang lalu.  Sebagai  tanda sokongan yang berterusan, adalah wajar bagi kami untuk terus mengambil inisiatif mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk bersama meraikan ketibaan Pasangan Diraja dengan kempen  Will & Kate – The Malaysian Tour.”, kata Cik Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan ntv7 & 8TV.

"Kami percaya, Will & Kate pasti mempunyai ramai peminat di Malaysia. Mereka bukan sahaja dikenali melalui kerja-kerja amal yang dilakukan oleh mereka, tetapi yang utama, mereka adalah ikon pasangan Diraja yang paling berpengaruh,  umpama sebuah kisah dongeng yang kini menjadi kenyataan," tambah Airin lagi.

Penonton setia ntv7 juga berpeluang memenangi hadiah-hadiah lumayan melalui sebuah kuiz "Watch & Win"  yang akan dijalankan di bawah initiatif rangka promosi Will & Kate – The Malaysian Tour sebagai ucapan terima kasih kepada penonton setia Saluran Ceria Anda.  Nantikan maklumat lanjut mengenai kuiz ini yang akan diumumkan tidak lama lagi, yang juga bersempena dengan sambutan ulang tahun ke -14 ntv7.

Selain daripada tatapan-tatapan yang menarik ini, ntv7 juga akan menerbitkan sebuah program khas, Will & Kate – The Malaysian Tour.  Program khas ini yang akan disiarkan selama 1 jam akan melaporkan lawatan 3 hari Pasangan Diraja ini di Malaysia. Rancangan ini juga akan memaparkan temubual eksklusif dan sebalik tabir bersama pemenang pertandingan “The Ultimate Royal-Tea Competition” yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Tinggi British di Malaysia. Pertandingan ini akan melihat dua pemenang bertuah memenangi peluang seumur hidup untuk bertemu dengan Pasangan Diraja di jamuan teh yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Tinggi itu. Peraduan yang diumumkan awal minggu ini dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia di mana setiap peserta perlu menghantar gambar digital mereka, kawan-kawan, mahupun keluarga yang sedang menikmati teh dengan cara yang kreatif. Tarikh tutup peraduan ini adalah pada 1 September 2012.  Maklumat lanjut untuk menyertai pertandingan boleh didapati melalui laman sesawang Suruhanjaya Tinggi British http://ukinmalaysia.fco.gov.uk/en/ atau Facebook www.facebook.com / bhckl.

Lawatan Pasangan Diraja ke Malaysia merupakan sesi lawatan mereka yang ke-2 selepas  Singapura yang dijadualkan pada 11 - 13 September.  Pasangan ini seterusnya akan berangkat ke Solomon Islands (16 - 18 September) dan Tuvalu (18 - 19 September) untuk meneruskan lawatan bersempena sambutan Jubli Intan Permaisuri Elizabeth, yang menandakan 60 tahun pemerintahan beliau sejak tahun 1952.  Sebelum ini sambutan Jubli Perak Permaisuri dalam tahun 1977 dan Jubli Emas pada tahun 2002 turut disambut dengan meriah.

Untuk maklumat lanjut sila layari www.ntv7.com.my atau ikuti perkembangan ntv7 melalui Facebook  dan Twitter.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2012 10:48 AM | Show all posts
pedulik ape aku
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2012 05:34 PM | Show all posts
suka tgk gaya kate yg simple but elegant.tp klu dia berisi skit tentu lg cantik.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2012 08:55 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2013 12:30 PM | Show all posts
takde ke gamba lates kate nih preknen
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2013 09:37 AM | Show all posts

CATHERİNE ,DUCHESS OF CAMBRİDGE İN MULBERRY COAT

http://1.bp.blogspot.com/-eRXb3m ... s1qbccs4o8_r1_1280+(1).jpg

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-4-2013 03:26 PM | Show all posts
both the late Diana & Kate mmg ade aura princess...
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2013 11:13 AM | Show all posts
kate n william ni muka diorg nampak matured betul...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2013 11:26 AM | Show all posts

CATHERİNE ,DUCHESS OF CAMBRİDGE İN ERDEM
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2013 10:41 AM | Show all posts

CATHERİNE,DUCHESS OF CAMBRİDGE İN TOPSHOP DRESS

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2017 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
What a royal family shake-up! Queen Elizabeth has officially named her beloved grandson Prince William and his wife, Kate Middleton, the next King and Queen of England, according to Life & Style magazine.

Unfortunately, this means the Queen's eldest son, Prince Charles, has officially been skipped over in the British monarchy's line of succession.


queen dah 91 still sihat i tengok
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2017 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
mrsLucky replied at 11-8-2017 08:49 PM
What a royal family shake-up! Queen Elizabeth has officially named her beloved grandson Prince Willi ...

Elizabeth, 91, has been queen since 1952. Her decades of ruling have made her ripe for hoaxes, with one last year claiming she died.

Last week, her husband, the 96-year-old Prince Philip, participated in his final solo public event.

Elizabeth's son, Prince Charles, remains next in line for the throne.





SORRY I TERTIPU...PRINCE CHARLES STILL NEXT IN LINE...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:48 AM GMT+8 , Processed in 0.072008 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list