CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 27124|Reply: 30

Beg kuning lesap, isteri Azlan Komeng menangis hilang RM500,000

[Copy link]
Post time 1-2-2025 09:48 PM | Show all posts |Read mode
Isteri pelakon Azlan Komeng berputih mata apabila hasil jualan minyak urut bernilai hampir RM500,000 hilang sekelip mata disebabkan khianat individu tidak bertanggung jawab.

Nilam, 45, berkata, beberapa individu tidak bertanggungjawab menggunakan nama dan gambarnya sekali gus melakukan pelanggaran membuatkan beg kuning jualan minyak urutnya di TikTok ditarik balik.



Jelasnya, dia menyedari perkara itu kira-kira jam 1 pagi Sabtu selepas menerima beberapa pemberitahuan daripada pihak TikTok.

"Beg kuning hilang, ada orang khianat saya. Mereka guna nama dan gambar saya dan letak beg kuning pada hantaran TikTok mereka.

"Mereka buat banyak pelanggaran sampai hilang beg kuning dan saya sedang usaha mendapatkannya kembali,” katanya ketika dihubungi mStar pada Sabtu.

  


Kecewa dengan apa yang berlaku, Nilam berkata dia sudah melakukan pelbagai usaha bagi mendapatkan semula beg kuning bagi meneruskan perniagaan seperti biasa.

Ini termasuk menghubungi pihak pengurusan TikTok bagi menangani masalah yang disebabkan oleh orang lain.

  


"Saya sudah hubungi pihak TikTok tapi setakat ini masih belum ada keputusan lagi. Kami tiada orang dalaman yang boleh tolong.

"Saya dan suami masih tak tidur lagi mengenangkan apa yang berlaku dan sedang usaha dapatkan kembali beg kuning,” jelasnya.

Dalam pada itu, Nilam memberitahu dia terpaksa bermula daripada bawah jika beg kuning tidak dapat dikembalikan.



"Saya kena buat siaran langsung selama 24 jam semula, macam-macam mula nak dapatkan kepercayaan orang.

"Sebagai peniaga saya memang kecewa dengan apa yang berlaku. Sedih dan penat sebab saya kena mula dari bawah," luahnya.

Sebelum ini, Nilam membuat siaran langsung sambil menangis teresak-esak apabila beg kuning perniagaannya lesap secara tiba-tiba.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2025 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul ke dagu dia mcm tu gambar pakai maskot bear tu?


Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2025 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Ortiz sepupu sepapat ortega ke?


Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2025 10:29 PM | Show all posts
aku sumpah tak kenal dia,
dia wat live free hair,
aku ingat transwomen skali dengar suara perempuan baru tau....
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2025 01:20 AM From the mobile phone | Show all posts
kukukatablog replied at 1-2-2025 10:29 PM
aku sumpah tak kenal dia,
dia wat live free hair,
aku ingat transwomen skali dengar suara perempuan  ...

aku kenal2 gitu je dr forum ni Ada lalu kat tt aku tp nyampah tgk sb muka mcm baru bgun tido rmbut mcm tak bersikat dok bebel² pasal myk dia Dlm hati aku mcm mengata gini ko tu dh la niaga cuba la bersiap skit wlpun tak kaya tp siapkan la muka tu spy org kenan nak tgk..
tup² kesian plak dgr berita mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2025 11:36 AM | Show all posts
azlan komeng pun iols tak kenal sapo
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-2-2025 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
bintangct replied at 2-2-2025 01:20 AM
aku kenal2 gitu je dr forum ni Ada lalu kat tt aku tp nyampah tgk sb muka mcm baru bgun tido rmbut ...

Nilam ni harap kawen ngan azlan komeng ni dah mcm taraf hebat  mcm kawen amy search. Dahlah kepam, laki pun roper cam pekerja indon ladang sawit. Btw, kalo rugi sampai 500k tu mmg tuhan tak bagi lah rezeki tu. Napa iols cam rasa sheols ni sll sgt mslh hilang duit
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2025 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang kesian hilang 500k. Banyak tu. Tapi akak nilam ni rempit sgt. Tak padan nama Ortiz.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2025 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Jap aku tak paham dia kene scam camne? Yg letak beg kuning pd gambar die tu confirmla org lain kan dah tu knp dia plak kene ban dgn tiktok?
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2025 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
500k Ringgit Malaysia je bukan US Dollar. Mohon acik neelam try jual kat eBay. Suruh la kengkawan high school & alumni university beli.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2025 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
DeLuna85 replied at 2-2-2025 03:31 PM
Memang kesian hilang 500k. Banyak tu. Tapi akak nilam ni rempit sgt. Tak padan nama Ortiz.

Benar ke? Sekali live jualan minyak sampai setengah juta?
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2025 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Minyak apa dia jual tu? Adakah minyak jungle girl tu?

Heran mcm mana org boleh caya minyak jungle girl tu girl org asli tu yg produce? Homemade konon nya
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2025 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
comel plk dia pakai bear tu mcm tudung..mana beli eh?
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2025 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
rafid83 replied at 2-2-2025 09:32 PM
comel plk dia pakai bear tu mcm tudung..mana beli eh?

Kt shopee ada...aku ada beli konon² nk pakai masa main snow...last2 tak pakai sbb malu...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2025 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
mamapea replied at 2-2-2025 09:39 PM
Kt shopee ada...aku ada beli konon² nk pakai masa main snow...last2 tak pakai sbb malu...

ada size ke? apa nama kat shoppe tu nk cari
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2025 09:50 PM | Show all posts
minyak diaaa dalam dia nampak akar akar kayu..katanya resepi mak dia..ramai orang beli sbb tengok azlan komeng dah sihatt

org yg jual kat tt kenapa tak withdraw ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2025 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
belilies replied at 2-2-2025 04:13 PM
Nilam ni harap kawen ngan azlan komeng ni dah mcm taraf hebat  mcm kawen amy search. Dahlah kepam, ...

Dia ni entah btol ke x asyik masalah $ hilang jer .. nama kemain ber ortiz bagai ala2 last name Queen Letizia of Spain gittewww.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2025 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia bkn warganegara malaysia kan.manjang ja ilang..iyo ko ni.pepelik ajaalah
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2025 11:13 PM | Show all posts
ramai gak masuk live dia eh..masyukkkkk jual minyak..aku pun mcm nak terbeli tapi tahan tangan..hah hah
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2025 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
rafid83 replied at 2-2-2025 09:40 PM
ada size ke? apa nama kat shoppe tu nk cari

Cute bear ear hat scarf...free size je kot..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 12:40 PM GMT+8 , Processed in 0.151306 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list