View: 14007|Reply: 7
|
Raffi Ahmad miliki kekayaan bernilai RM282 juta
[Copy link]
|
|
Raffi Ahmad dilaporkan memiliki kekayaan sebanyak 1.03 trilion Rupiah atau RM282 juta.
Perkara itu didedahkan oleh Suruhanjaya Pembasmian Rasuah (KPK) Indonesia selepas Raffi atau Raffi Farid Ahmad, 38, mengisytiharkan hartanya.
KPK melaporkan sumber kekayaan Raffi adalah daripada 45 bidang tanah serta memiliki bangunan di seluruh Indonesia yang dianggarkan bernilai 737 bilion Rupiah atau RM200 juta.
Aset-aset tersebut berada di beberapa kawasan seperti Jakarta, Depok, Tangerang, Bali, Bandung dan Makassar.
Malah aktor itu turut memiliki 23 buah kereta dan motosikal mewah yang dianggarkan bernilai 55 bilion Rupiah atau RM15 juta.
Antara koleksi kereta pelakon berkenaan adalah Rolls Royce Phantom, Ferrari F8 Spider, Dodge SRT Hellcat, Lamborghini Aventador LP 700, Morgan Plus Six, Porsche Bettle 1303 dan 17 kenderaan lain.
Selain itu, Raffi memiliki aset alih lain sebanyak 46.7 bilion Rupiah (RM13 juta), sekuriti 308 bilion Rupiah (RM84 juta), tunai dan setara tunai 5.3 bilion Rupiah (RM1.4 juta).
Hampir kesemua aset berkenaan diperoleh Raffi sebelum menyertai dunia politik.
Bagaimanapun Raffi juga mempunyai hutang yang belum dilangsaikan sebanyak 136 bilion Rupiah atau RM37 juta.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
baru tahu heols join politik, persis mbak KD gaytoh. Btw, heols 38? ingatkan mid 40s macam tu..ampunnn..tapi takdela nampak tua sangat pun |
|
|
|
|
|
|
|
Wow... Kaya sungguh tu. Ke mmg dari family T20? |
|
|
|
|
|
|
|
Idola geng2 bibik i. Suka sangat tengok dia ni sampai orang Indo panggil dia Sultan |
|
|
|
|
|
|
|
Pnh baca heols dulu kapel dgn kakak KD. Jauh lebih tua. Igtkan biasa2 la. Kayo rupanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Indo ni kalau kaya, kaya yakmat..sampai trilion..kalau semekin tu, nak kerja pun kejar lori yg ambik pekerja hari2 |
|
|
|
|
|
|
|
Dekat sana jurang T20 dgn B40 tu amat-amat lebar. Yg M40 mcm penjawat awam ni rendah. Pernah masuk satu supermarket marhain....dengan gelap, kusam...tp murah la.
Nak masuk supermarket mewah tunjuk passport lepas...mmg stail Pavilion camtuh...siap ada boy band. Dan Indo yg kaya raya ni kebanyakannya kulit cerah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|