CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6102|Reply: 2

[Johor] Perbanyak bot saiz besar di perairan, bantu kekang pencerobohan nelayan asing

[Copy link]
Post time 2-2-2025 05:51 PM | Show all posts |Read mode


BATU PAHAT: Bot nelayan bersaiz besar iaitu kelas C atau C2 perlu diperbanyakkan di perairan negara untuk mengelak kawasan itu 'kosong' sekali gus mengelak risiko pencerobohan oleh nelayan asing.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Muhammad Faiz Fadzil, berkata ketika ini, jumlah bot nelayan bersaiz besar dalam dua kelas itu amat terhad.

Justeru, beliau berkata, LKIM menggalakkan nelayan memodenkan peralatan mereka termasuk memperbesarkan bot masing-masing supaya lebih banyak bot nelayan kelas C dan C2 berada di perairan negara.

"Bagi saya, bila perairan itu kosong dan kurangnya nelayan dengan bot besar, ia memudahkan pencerobohan berlaku.

"Jadi pada masa sama, kita memohon kerajaan menambah kekuatan aset bagi meningkatkan pengawasan dan juga pengawalan perairan.

"Nelayan perlu bantu dan menyokong industri ini dengan berani memodenkan bot masing-masing... caranya mudah iaitu berani membuat pinjaman.

"Ini kerana kita ada Agrobank di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang menyediakan modal untuk mereka melakukan perubahan ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan sumbangan Program MADANI Anak Nelayan Kembali Ke Sekolah di sini, hari ini.

Mengulas isu pencerobohan, Muhammad Faiz berkata kegiatan itu yang berlaku di seluruh negara adalah masalah lama kerana laut terbuka luas.

"Kita mengharapkan agensi seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) untuk mengambil tindakan lebih tegas, membuat rondaan lebih kerap.

"Kita sedia maklum apa diadukan Maritim Malaysia adalah (dari segi) kekangan aset yang tidak banyak. Kita memerlukan peruntukan lebih daripada kerajaan supaya penguatkuasaan dapat dilakukan secara kerap bagi mengawal pencerobohan," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2025 07:55 PM | Show all posts
"Kita sedia maklum apa diadukan Maritim Malaysia adalah (dari segi) kekangan aset yang tidak banyak. Kita memerlukan peruntukan lebih daripada kerajaan supaya penguatkuasaan dapat dilakukan secara kerap bagi mengawal pencerobohan," katanya.

Patutlah pati/penyeludup/nelayan asing tak takut.
Kesiannya - turut bersimpati.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2025 12:58 AM | Show all posts
Terima kasih Kaka Vellfire.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 10:37 PM GMT+8 , Processed in 0.048490 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list