CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9630|Reply: 131

[Tempatan] UAI: Wanita Pakai minyak wangi di khalayak ramai seperti berzina

[Copy link]
Post time 3-2-2025 05:30 PM | Show all posts |Read mode
Edited by ifanonline at 3-2-2025 05:31 PM


Wanita pakai minyak wangi di khalayak ramai seperti berzina

  • Oleh KOSMO!
  • 3 Februari 2025, 3:29 pm

Ustaz Azhar Idrus menjelaskan larangan kepada golongan wanita berkaitan pemakaian minyak wangi.

PETALING JAYA – Golongan wanita dilarang untuk memakai minyak wangi yang sengaja untuk dihidu oleh khalayak ramai kecuali hanya untuk suaminya di rumah.

Penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus berkata, golongan wanita hanya diizinkan untuk memakai haruman yang hanya boleh dihidunya sendiri sahaja tanpa boleh dihidu oleh orang lain.

“Nabi pernah berkata, jika wanita itu memakai bauan sehingga dapat dihidu orang lain atau khalayak ramai, dia diibaratkan seperti berzina atau sebagai perempuan jahat.

“Orang perempuan boleh pakai minyak wangi berlebihan, tetapi hanya untuk suaminya di rumah sahaja,” jelas beliau dalam satu sesi soal jawab agama baru-baru ini.

Tambah Azhar, golongan lelaki dibenarkan untuk memakai minyak wangi secara berlebihan, namun golongan wanita memang telah dilarang sejak dulu lagi.

“Tengok orang perempuan sekarang, kalau di rumah mana ada nak lawa-lawa, bau-bau wangi. Banyak bau busuk dari ketiak mereka.

“Tapi kalau keluar pergi pejabat atau kenduri, mereka lah yang paling kuat, hukumnya adalah haram. Kena ingat wahai golongan wanita,” jelas beliau. – KOSMO! ONLINE





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2025 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini layeeennnnn...
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2025 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
taknak. nak pakai jugak
tp time kluar sorg tak pakai perfume, kluar dgn laki baru pakai. mana maunya, minah minah aweks aweks acik acik akak akak kat luar minyak wangi blawan lawan memengik sape bau lagi kuat, tiber kite duk sebelah laki, bau takde. ish ish ish ishh
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2025 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Seperti
Jatuh fitnah
Menyerupai
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2025 05:52 PM | Show all posts
dier mcm org isap rokok la, dah tahu haram, depa isap jugak

baik isap rokok sambil makan daging babi dan minum arak...a complete set
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2025 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Penat ja menahan diri dari berzina. Solat tonggang tonggek rupanya tak diterima masih buat maksiat mengumpat memakan riba. Di sisi islam tidak lebih baik dari china doll pemakan babi rupanya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-2-2025 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 3-2-2025 06:18 PM
Penat ja menahan diri dari berzina. Solat tonggang tonggek rupanya tak diterima masih buat maksiat m ...

Gamaknya yg perfume memengik pakej birah??
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2025 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku kat luar / kat rumah. Even nak tdo malam pon pakai perfume. Camana tu. Tak haram kan. Wakakaakaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2025 08:19 PM | Show all posts
Tak ada pendapat lain kah?

Diluar berpeluh-peluh kadang orang sembur minyak wangi supaya tak busuk.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2025 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Perempuan benda senang pun x boleh ditinggalkan spt bercukur kening, mekap serupa artis, perfume, baju terang2 menarik perhatian, tudung spt rambut didandan, kasut berbunyi2, bila ai ckp suruh pakai minyak kapak utk tutup bau peluh darah period mereka marah pulak wanita2 sakalian
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2025 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Jom dudok dalam gua & makan dalam talam..
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2025 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
wanita boleh mengenakan sedikit wangi-wangian yang tidak terzahir baunya. Ini juga bagi menjaga penampilan wanita tersebut apabila berada dikhalayak. Begitu juga dibolehkan bagi pemakaian bedak, deodorant, sabun dan sebagainya.

Elakkan dari menggunakan wangian yang kuat baunya sehingga boleh menarik perhatian lelaki ajanib yang boleh menyebabkan fitnah dan juga boleh mengheret kepada lembah maksiat yang lain

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2025 09:49 PM | Show all posts
Dalam neraka ramai perempuan
Dalam penjara ramai lelaki
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2025 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Oklah tu wangi2 kat luar. Kang kalau busuk2 kang keluar tagline mandilah Malaysia pulak
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2025 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat Mesia ni kalau kau dapat suami yang sederhana, yang takde nak cakap haram itu ini, sesungguhnya kau adalah wanita terbahagia.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2025 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Habis tu kat arab2 sinun puak2 pakat mandi perfume bukhor bukoorrrrr ouddhhhh hojari lubannnn muskk ya hajjjjiii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2025 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada baca kalau tahi telinga jenis keras tiak jenis tak bau.. kalo jenis cair bau kuat. Betul ke?

Kena rajin mandi, buang bulu tiak badan tak bau, insyaAllah.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2025 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam2 hal
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2025 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Bistu takkan nak bior badan busuk kooh
Kiranya kalau pakai odorono pun takleh ke weh
Yg tiak tak berbau tak pelaaa
Aku penah baca luahan org kat fb pasal mcm2 dh dia buat tp bau badan tetap kuat
Sampai kawan2 ramai komplen.
Kesudahannya dia tanya kat fb, mcm2 org bg tips dan petua termasuklaah suh gosok ketiak dgn lutut.
Ramai yg kata berkesan so try la koram nnt tak perlu lagi pakai pepiumm idokla kena tuduh berzina
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2025 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat Arab ramai jer pakai perfumes bukan pakai untuk solat la, pakai untuk wangi kan diri bukan niat untuk menggoda orang. Nabi saw pun suka wangi wangian lagi lagi pakai bila hari Jumaat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 06:57 PM GMT+8 , Processed in 0.059457 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list