CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24070|Reply: 0

[Negeri Sembilan] 771 notis saman dikeluarkan JPJ dalam empat hari operasi khas

[Copy link]
Post time 3-2-2025 09:35 PM | Show all posts |Read mode


SEREMBAN: Sebanyak 771 notis saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan dalam tempoh empat hari Operasi Khas Sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2025 di seluruh negeri ini.

Operasi khas itu yang memberi tumpuan kepada kenderaan barangan diadakan pada 27 dan 28 Januari serta 1 dan 2 Februari iaitu sebelum dan selepas Tahun Baru Cina.

Pengarahnya, Hanif Yusabra Yusuf, berkata notis itu membabitkan pelbagai kesalahan antaranya tidak memiliki lesen memandu, tiada perlindungan insurans,
lesen kenderaan tamat tempoh dan kesalahan melibatkan teknikal kenderaan serta lain-lain kesalahan.

"Operasi khas ini diadakan bagi mengambil tindakan terhadap pemandu yang tidak mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya.

"Selain itu untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dan risiko kemalangan jalan raya akibat percampuran trafik antara kenderaan barangan dan kenderaan
persendirian ketika musim perayaan.

"Keseluruhan sebanyak 1,870 kenderaan diperiksa dan 405 diambil tindakan manakala 19 kenderaan disita kerana kesalahan memandu semasa tempoh larangan (13) dan enam kes membabitkan kesalahan lain," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Hanif Yusabra berkata, berdasarkan statistik, pematuhan terhadap larangan pemanduan kenderaan barangan semasa musim perayaan masih rendah.

Menurutnya, pelbagai alasan diberikan oleh pemandu kenderaan berat termasuk tidak tahu mengenai larangan kenderaan berat.

"Larangan ini dibuat adalah supaya dapat dihadkan pergerakan kenderaan berat yang tidak perlu berada di atas jalan raya dalam tempoh larangan ini agar kelancaran trafik tidak terganggu.

"Dalam masa sama mengurangkan risiko kemalangan berikutan pertambahan jumlah kenderaan pada musim perayaan," katanya.

Tambahnya, semua pemilik dan pemandu kenderaan barangan digesa mematuhi peraturan yang ditetapkan, terutamanya semasa tempoh larangan pemanduan kenderaan barangan.

"Pematuhan bukan sahaja mengelakkan tindakan undang-undang tetapi mampu menyumbang kepada keselamatan semua pengguna jalan raya," katanya.

sumber: BHarian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 10:52 PM GMT+8 , Processed in 0.364821 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list