View: 4502|Reply: 7
|
Kaya Sufi Rashid, beli banglo dan kondominium sekali gus!
[Copy link]
|
|
Edited by Raline at 5-2-2025 12:37 PM
Selepas sekian lama tinggal di rumah sewa, penyanyi asal Singapura Sufi Rashid membeli dua buah kediaman sekali gus di Malaysia.
Bersyukur dengan rezeki tersebut, Sufi atau Muhammad Sufi Rashid, 34, berkata, kediaman jenis banglo dan kondominium di Eco Majestic, Semenyih, Selangor.
Jelas Sufi, rumah jenis banglo dibeli untuk dia bersama keluarganya menetap manakala kondominium pula untuk keluarganya jika mereka dapat melawat dari Singapura.
"Saya memang tak pernah ada rumah dan selama ini hidup menyewa sahaja.
"Tapi Alhamdulillah tahun ini dapat beli dua buah rumah sekali gus iaitu sebuah banglo dan kondominium untuk keluarga yang datang dari jauh," katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, Sufi menyifatkan rezeki membeli dua buah rumah tersebut disifatkan sebagai rezeki anaknya yang baru dilahirkan pada 12 November tahun lalu.
Kata Sufi lagi, dia sudah lama mengidamkan banglo dan kondominium di Eco Majestic apatah lagi dia menyewa di kawasan berdekatan.
"Itu memang rumah idaman saya dan isteri sejak kami menyewa di Semenyih sejak dua tahun lalu.
"Tapi tak sangka pula kami mampu capai impian tersebut sebab selama ini hanya simpan gambar rumah tersebut dalam telefon.
"Mungkin semua ini adalah rezeki anak kami yang baru lahir," ujarnya.
Untuk rekod, Sufi mendirikan rumah tangga dengan Nurulain Md Yusof pada 21 September 2019.
Pasangan ini dikurniakan cahaya mata perempuan iaitu Sabreen Aleyna yang kini berusia tiga bulan.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
takde kerjaya besar di melesis ni. kat sinjiapoh pun flat hdb juaaa
mana datang uwang kau. malas nak speku |
|
|
|
|
|
|
|
masyukkk... byk job konsert organizer khen... |
|
|
|
|
|
|
|
hebattt
achik kirija bpuluh tahun sikit lg nk pencen pun blum mampoo, nakk |
|
|
|
|
|
|
|
Dia stay n berkerjaya di Spore kah
Kalau iya, ku tak heran sangat
Sgd to Myr mmg mampu le nak beli hartanah di Msia.
Singpore tu flat hdb aje la yg nko mampu.
Melain kan betul2 berduit baru mampu nak beli landed house.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak kagum pun kalau warga Singapura beli rumah besar2 di Malaysia sebab wang Dolar Singapura besar berbanding Ringgit. Mahal harga rumah kat Malaysia di mata Dolar Singapura hanya boleh beli flat HDB sahaja. Kalau dia beli rumah landed kat Singapura tu baharu kagum sampai terbeliak biji mata. |
|
|
|
|
|
|
|
rykall replied at 5-2-2025 01:27 PM
Tak kagum pun kalau warga Singapura beli rumah besar2 di Malaysia sebab wang Dolar Singapura besar b ...
Itu le pasal..keje bomba kt singapore pun gaji SGD3000 , convert sini berapa dah tu..itu baru gaji starting
Tp toksah le ngutuk theyols..org kita pun berduyun masuk sana cari koje seumpama yindon berlumba2 masuk meleysia |
|
|
|
|
|
|
|
Btw dia ni yg mak dia kaki control jugak kan..dh ok gamaknya dgn wife dia..dia tak lembik ngikut cakap mak je ..bole la tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|