Malah dia turut meluahkan rasa simpati terhadap Bella kerana mendukung seseorang bukan kerja mudah.
Dalam pada itu, Didi memberitahu tidak melakukan persiapan fizikal turut menjadi punca badannya tidak mampu bertahan dengan cabaran mendaki gunung
Jelasnya, dia sememangnya tidak gemar melakukan aktiviti lasak selain takut dengan ketinggian.
"Yang kami daki itu Gunung Kinabalu, bukan bukit ‘manja’ jadi apa-apa kesakitan fizikal dan mental tak dijangka boleh terjadi.
"Semua yang kenal saya dari zaman sekolah tahu saya memang bukan seorang yang aktif bersukan dan stamina saya tak kuat.
"Bila mendaki lain rasanya, turun pula masya-Allah, orang yang gayat atau takut ketinggian mesti faham apa saya rasa," ujarnya.
Bagaimanapun Didi tetap bersyukur kerana berpeluang mendaki Gunung Kinabalu bersama kakak dan rakan-rakannya.
“Dapat mendaki Gunung Kinabalu adalah satu pengalaman tak akan saya lupakan. Saya cadangkan kakak (netizen) daki Gunung Kinabalu juga tanpa latihan dan stamina.
"Mungkin tak pernah faham erti kasih sayang secukupnya daripada seorang kakak.
“Tak apa saya maafkan awak untuk komen ini cuma kebetulan saya tengah rajin nak terangkan," katanya.
Pada 25 Januari lalu, Didi berkongsi momen menyentuh hati apabila penyanyi Bella Astillah mendukung dirinya semasa menuruni Gunung Kinabalu.
Sumber: mStar