CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13662|Reply: 1

Buat aktiviti paranormal, influencer Malaysia hilang dalam hutan di Bandung

[Copy link]
Post time 5-2-2025 05:33 PM | Show all posts |Read mode
Personaliti media sosial dikenali Eyka dilaporkan hilang semasa melakukan aktiviti paranormal di sebuah hutan di Bandung, Indonesia sejak Isnin lalu.

Khabar itu disahkan oleh rakannya Ammar Nazhan atau Ammar Mohd Nazhan Noralyadi, 29, yang mengetuai aktiviti berkenaan.

Ammar berkata dia menyedari kehilangan Eyka atau Nur Syafiqah, 22, pada pukul 2 pagi semasa melakukan aktiviti paranormal di dalam hutan.



"Pada malam itu lebih 20 orang mengikuti rombongan ke kawasan tersebut tapi hanya tujuh individu termasuk Eyka yang masuk ke dalam hutan.

"Kami menyedari kehilangan Eyka sekitar pukul 2 pagi Isnin ketika sedang lakukan aktiviti paranormal di dalam hutan.

"Hanya dia seorang saja perempuan yang ikut masuk ke dalam hutan dan dia datang bulan ketika itu," katanya ketika dihubungi mStar.

Menurut Ammar, laporan polis dibuat selepas Eyka hilang selama 48 jam memandangkan ia syarat yang ditetapkan pihak berkuasa di negara itu.

Katanya ketika ini usaha mencari sedang giat dilakukan di dalam hutan berkenaan.



"Sebelum membuat laporan polis kami sudah membuat pencarian dan kami membuat laporan polis selepas 48 jam seperti disarankan pihak di sini.

"Turut terlibat dalam pencarian ini orang kampung, pihak polis dan juga tentera. Buat masa ini kami masih belum terima apa-apa maklumat lagi," ujarnya.

Sementara itu, Ammar turut memaklumkan ahli keluarga Eyka yang berada di Malaysia sudah mengetahui khabar kehilangan anaknya itu.

Malah dia dinasihati untuk tidak mengambil sebarang langkah yang terburu-buru buat masa ini.



"Saya sudah maklumkan kepada ahli keluarga Eyka dan saya minta agar keluarga tak perlu bimbang kerana segala di sini akan saya uruskan sehingga Eyka ditemui," kongsinya.

Sebelum ini, kecoh di media sosial mengenai kehilangan Eyka selepas Ammar berkongsi perkara itu di platform TikTok miliknya.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2025 01:28 AM From the mobile phone | Show all posts
First rule masuk hutan, tak period. Lepas tu dia konpiden mintak famili jgn bimbang, sus sgt. Kalau ini konten semata, iols luku kepala sorang2.
Kalau betul hilang, most probably hilang dari dunia juga. Semoga ada kesudahan yang baik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 05:21 PM GMT+8 , Processed in 0.063141 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list