CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31749|Reply: 0

[Sarawak] Rasuah monopoli projek di Sarawak: Jurutera, pengurus syarikat direman empat hari

[Copy link]
Post time 5-2-2025 07:00 PM | Show all posts |Read mode


Kedua-dua suspek dieskot keluar dari kamar Mahkamah Majistret oleh pegawai SPRM setelah diperintahkan supaya direman empat hari pagi ini.

MIRI: Seorang jurutera dan seorang pengurus syarikat yang disyaki menerima rasuah berhubung projek yang ditawarkan oleh dua jabatan kerajaan di dua daerah di negeri ini diperintahkan Mahkamah Majistret supaya direman empat hari.

Perintah itu dikeluarkan Majistret Sandy Yvette Freddy setelah membenarkan permohonan reman yang dikemukakan oleh pegawai mereman Syed Mohd Faszuan Syed Razak dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak, Kuching.

Dalam permohonannya, beliau memberitahu bahawa kedua-dua suspek telah ditangkap sekitar jam 7.30 pagi semalam di kediaman masing-masing.

Justeru katanya, reman selama tujuh hari ke atas kedua-dua suspek yang berusia lingkungan 52 dan 51 amat diperlukan bagi membolehkan pihak SPRM menjalankan siasatan terperinci berhubung kes ini mengikut  Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Bagaimanapun, mahkamah hanya membenarkan reman selama empat hari sehingga 9 Februari ini ke atas kedua-dua suspek terbabit mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Kedua-dua suspek adalah antara lapan individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) antara jam 7 pagi hingga 12 tengah hari di beberapa lokasi di Sarawak dalam operasi khas semalam.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya dalam laporan semalam mengesahkan penahanan itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Siasatan awal mendapati kegiatan monopoli itu telah dilakukan sejak 2006 dengan kontraktor didakwa membenarkan penggunaan lesen mereka sebagai pertukaran komisen sehingga 10 peratus daripada nilai projek.

Sementara jurutera awam terbabit didakwa menerima bayaran kerana membantu mendapatkan projek daripada jabatan yang terlibat.
SPRM turut merampas sebuah kenderaan Proton X70, wang tunai dan barang kemas kira-kira RM450,000.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 12:49 PM GMT+8 , Processed in 0.040348 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list