CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20973|Reply: 0

[Johor] Pemandu Audi kuning buruan polis kena penjara 6 bulan, denda RM2,000

[Copy link]
Post time 6-2-2025 10:14 PM | Show all posts |Read mode

Pemandu Audi kuning, Muhammad Azlisyam dipenjara enam bulan dan denda kerana lari dari pemeriksaan poli

BATU PAHAT: Pemandu kereta Audi kuning yang tular di media sosial kerana diburu polis selepas melarikan diri ketika pemeriksaan di Plaza Tol Yong Peng Utara pada bulan lalu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Tertuduh, Muhammad Azlisyam Azmi, 29, dituduh mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan mengaku bersalah sebelum Majistret, Arul Noval Dass, menjatuhkan hukuman penjara enam bulan serta denda RM2,000.

Mahkamah juga memutuskan hukuman penjara ditambah dua bulan sekiranya bapa kepada empat anak itu gagal membayar denda dikenakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menghalang penjawat awam iaitu Inspektor Muhammad Azrul Aminur Rashid Zakaria menjalankan fungsinya dengan enggan keluar dari kereta Audi A5, di simpang masuk PlazaTol Yong Peng Utara, di sini, 1 tengahari, 20 Januari lalu.

Seksyen terbabit memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian pengadu melihat sebuah kereta dipandu dalam keadaan mencurigakan sebelum mengarahkan pemandunya memberhentikan kenderaan untuk pemeriksaan.

Sebaliknya, tertuduh enggan menuruti arahan polis termasuk keluar seperti diminta sebelum memecut kenderaan dan melarikan diri.

Bagaimanapun, selepas 11 hari menjadi buruan polis, tertuduh berjaya ditahan berhampiran sebuah apartmen dekat Setapak, Kuala Lumpur, pada jam 10 pagi, 31 Januari lalu.

Malah, kereta terbabit juga didapati sudah dicat dengan warna merah, selain tertuduh didapati cuba menjual kenderaan itu bagi mengelak dikesan namun gagal.

Siasatan polis juga mendapati, tertuduh melarikan diri kerana dia adalah individu dikehendaki polis bersabit laporan di Serdang, Selangor mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Semakan polis turut menemui sembilan rekod jenayah sejak 2014 termasuk mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata, pecah rumah, curi kenderaan dan curi dalam bangunan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Wahidah Mohd Sharip, manakala tertuduh diwakili peguam, Normahani Raais, daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Terdahulu, pihak pendakwaan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan mengambil kira tindakan tertuduh melarikan diri hingga tular di media sosial selain turut mencetuskan kegusaran kepada masyarakat.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 07:35 AM GMT+8 , Processed in 0.098251 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list