View: 5794|Reply: 1
|
Anak Aaron Aziz ada di lokasi tembakan mall Setia Alam
[Copy link]
|
|
Datuk Aaron Aziz bergegas ke sebuah pusat beli-belah di Shah Alam susulan insiden tembakan yang berlaku di situ pada malam Sabtu.
Aaron atau Aaron Mustapha Aziz, 49, bergegas ke lokasi kejadian untuk menjemput anak perempuannya iaitu Dahlia Arissa, 15, yang berada di pusat beli-belah berkenaan.
Walaupun cemas namun Aaron bersyukur apabila anaknya selamat apabila pengunjung diarahkan keluar.
"Saya datang ke sini untuk ambil Dahlia dan Amira (rakan Dahlia) keluar dari situ.
"Anak saya kata tadi semua orang diarahkan keluar," katanya.
Aaron berkongsi perkara itu menerusi hantaran video TikTok pada Sabtu malam.
Dalam pada itu, pelakon itu menasihati orang ramai untuk memastikan keselamatan ahli keluarga masing-masing yang berada di lokasi kejadian.
Aaron turut mengingatkan agar sentiasa bertenang dan tidak panik apabila berdepan situasi kecemasan di tempat awam.
"Ingat ya adik (Dahlia), jangan sesekali panik jika berlaku sebarang kecemasan.
"Berharap semua memastikan saudara anda berada dalam keadaan selamat jika berada di sana tadi," ujarnya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan seorang lelaki cedera ditembak oleh suspek dalam kejadian tersebut.
Mangsa dikenal pasti sebagai seorang pekerja pembersihan di pusat beli-belah berkenaan.
Manakala suspek melarikan dengan menahan sebuah kenderaan dan memaksa pemandunya membawa dia keluar dari kawasan terbabit.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
rakyat kita dilatih untuk kebakaran tapi shooting gas leak semua x pasti apa nak buat
time time CNY lah org open fire disangka mercun
|
|
|
|
|
|
|
| |
|