View: 31076|Reply: 17
|
“Langit dah bagitahu saya disihir teruk. Lillahi Ta’ala, saya tak gila," Nonny Nadirah rayu bantuan polis Bukit Aman
[Copy link]
|
|
Edited by Raline at 10-2-2025 08:53 PM
Tiada angin tiada ribut, pelakon dan penyanyi Nonny Nadirah membuat pendedahan mengejutkan apabila mendakwa dirinya menjadi mangsa sihir sehingga mengalami gangguan teruk dan diancam secara halus.
Nonny, atau nama penuhnya Nonny Nadirah Zainuddin, 36, meluahkan kesengsaraan yang ditanggung semakin dahsyat hingga terpaksa meminta pertolongan pihak berkuasa.
“Assalamualaikum Balai Polis Bukit Aman. Saya Nonny Nadirah Zainuddin diganggu teruk oleh sihir daripada golongan tiga.
“Di mana saya boleh membuat laporan? Terus menerus diancam secara halus. Dapat bantu saya tak?
“Langit dah bagitahu saya disihir teruk. Lillahi Ta’ala, saya tak gila. Allah cerita semua tentang perbuatan mereka,” tulisnya dalam Instagram.
Dalam hantaran sama, pelakon drama Luka Di Hati Diya itu turut mendakwa hanya mampu bersuara melalui media sosial kerana semua saluran lain seolah-olah disekat secara halus.
Lebih membimbangkan, dia turut memberitahu keluarganya menerima ancaman serupa, malah mengaitkan kematian bapa dan kakaknya dengan perbuatan khianat.
“Saya seorang, tuan. Asal dari Sabah, sekarang di Kuala Lumpur. Semua disekat secara halus, kesakitan secara halus.
“Tuan boleh ikuti kisah Chester Bennington Linkin Park atau Sulli artis Korea. Semua mati bunuh diri sebab sihir, tuan.
“Saya hanya boleh bersuara dalam media sosial. Saya tak tahan, sakit sangat sihir ini. Jumpa perawat pun kata tiada sakit, tapi Allah bagitahu memang ada,” luahnya.
Nonny turut merayu pihak berkuasa mengambil serius perkara ini kerana tidak lagi mampu menanggung penderitaan.
“Bapa saya dibunuh. Kakak saya dibunuh. Sekarang mereka ancam ahli keluarga saya yang lain.
“Saya hanya ada Allah, tuan. Saya hanya ada Allah. La haula wa la quwwata illa billah hil aliyyil azim,” coretnya.
Ini bukanlah kali pertama, Nonny sebelum ini pernah mendakwa berdepan dengan gangguan sihir sehingga wajahnya senget sebelah sekitar tiga tahun lalu.
Sumber: Kosmo
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Aduh kasihannya...dia tak gi jumpa psy ker? |
|
|
|
|
|
|
|
Skizo ker? Seriau. Takde family terdekat ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Takutnya, nasib ada suami, selalu suami selalu kerja malam. |
|
|
|
|
|
|
|
Cara dia tulis pon tau dia sakit .. |
|
|
|
|
|
|
|
kawan2 dekat dia tolongla dia. at least dia dah try to reach out |
|
|
|
|
|
|
|
Mula2 oklah me nag kadang2 org dengki boleh je jadi...
Tapi bila masuk script bab langit apa bagai... Hehehhee lain mcm pulak otak she.
Yg keliling tak boleh bantu ke? Ke dah malas... |
|
|
|
|
|
|
|
Apa la noni ni telan sampai jd gini...kadang2 bukan kwn2 n keluarga tak nak bantu tp dia yg refuse n susah nak bg kerjasama |
|
|
|
|
|
|
|
Bapa dia mati sakit la. Mana hada dibunuh. Dah gila teruk budak ni. May you find the help you need. At least dia gila tak susahkan orang lain. Sendiri buat hal, sendiri rosak. Bukan sebok rosakkan hidup orang lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni pernah ambik barang ke?
Masa I kat ER hantar abah I, ada sorang remaja/young adult ni dok sebelah I. Nampak tak sakit macam the rest of the people dalam ER tu la tapi masa dia tengah duduk2 tu tetiba dia bangun lepas tu dia ambik air mineral kat pintu (tak tau siapa punya/ada orang tinggal) dan minum. Dalam hati I dah fikir budak ni macam semacam je. Lepas tu bila ada MA tanya dia sakit apa, baru I tau dia try bunuh diri. Pastu MA tu bawak budak tu kat katil dan tutup tirai (kat area orang buat ECG) tu tapi sebab tempat tu takdelah private sangat I terdengar jugak la perbualan diorang. MA tu tanya dia pernah ambik apa? Budak tu jawab syabu tapi dah lama tak ambik. Lepas tu I tak tau dah apa jadi kat dia sebab I pun bizi dengan urusan ayah I.
So Noni kalau orang keliling takde yang nak bantu, please seek help kat hospital. |
|
|
|
|
|
|
|
Sape2 tlg la bwk dia ni jumpa doc psy |
|
|
|
|
|
|
|
Dptkan bantuan secara tanpa publisiti blh? Dlm proses penyembuhan, delete semua socmedia. If you cant delete, then you could be the problematic one. Lepas delete, lepas sembuh , quit la dunia tipu2 selebriti ni.. only the fit ones cam make it like tokti, fazura, awie, amy search,..etc.. |
|
|
|
|
|
|
|
Yup. I pun fikir mcm dia da ambik brg kot. Mental jadi kacau teruk. Dan org dah xnak bawa dia sbb dia susah nak bawa bincang.
Maybe kene ambush, paksa rela ke hospital bahagia ke...rehat dulu dlm tu, check betul2. Risau pula jadi hal lain.
|
|
|
|
|
|
|
|
Langit pun dah masuk dlm ini cerita, berat betul dah ni![](static/image/smiley/default/shocked.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
ischemic stroke kah?
i dunno, im not a doctor. tapi macam otak dia terkesan dengan stroke. seeing, hearing, speculating things. kena MRI, with contrast sekali |
|
|
|
|
|
|
| |
|