View: 33768|Reply: 19
|
[Jenayah]
Kastam bingung KLIA 'laluan panas' seludup haiwan liar
[Copy link]
|
|
Jabatan Kastam Diraja Malaysia bingung dengan laporan dari India yang mendakwa penyeludup yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ditangkap kerana membawa hidupan liar di dalam beg kabin mereka di lapangan terbang India.
Minggu lalu, pegawai kastam India dilaporkan berjaya menggagalkan dua cubaan menyeludup primat bayi yang disorokkan di dalam beg pakaian penumpang yang berlepas dari KLIA ke Mumbai pada 4 Februari dan ke Sri Vijaya Puram (Port Blair) pada 8 Februari.
Walaupun butiran mengenai kes di Port Blair masih kurang jelas, pihak berkuasa Mumbai berkata bahawa siamang (gibbon) yang diselamatkan itu disorokkan dalam bekas plastik di dalam beg troli yang dibawa ke dalam kabin oleh penumpang pada 4 Februari.
Bagaimanapun, Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Anis Rizana Mohd Zainudin, menegaskan perkara ini tidak mungkin berlaku kerana pegawai kastam menggunakan pengimbas terkini yang dilengkapi dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan mempunyai keupayaan pengesanan yang lebih canggih.
“Kastam hanya mengimbas bagasi tangan atau bagasi kabin yang beratnya tujuh kilogram atau kurang. Kami juga menggunakan pengimbas AI yang mempunyai sistem pengesanan lebih baik,” katanya kepada Malaysiakini.
Bagasi daftar masuk bidang kuasa MAHB
Anis memberi respons terhadap pertanyaan Malaysiakini berhubung laporan berita di India mengenai penyeludup hidupan liar yang ditangkap oleh pihak berkuasa kastam India di lapangan terbang negara itu selepas tiba dari Malaysia dengan membawa haiwan liar dalam bagasi tangan atau kabin mereka.
Sementara itu, Anis (gambar bawah) berkata JKDM tidak bertanggungjawab mengimbas bagasi daftar masuk kerana ia berada di bawah bidang kuasa Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) manakala sebarang perkara berkaitan hidupan liar di bawah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan).
“Pengurusan bagasi di KLIA di bawah bidang kuasa MAHB manakala hidupan liar di bawah Perhilitan. Sila rujuk kepada kedua-dua pihak berkuasa tersebut. Sila semak dengan mereka,” katanya.
Pada September 2024, JKDM mula menggunakan 40 mesin pengimbas bagasi kabin berteknologi AI bernilai RM40.72 juta di pintu masuk utama negara bagi memperkukuh kawalan keselamatan.
Mesin pengimbas ini dipasang di seluruh negara pada Mei dan Jun tahun lalu, menjadikan jumlah keseluruhan pengimbas yang beroperasi di pintu masuk Malaysia sebanyak 66 unit.
Kastam mendakwa sejak mesin pengimbas baru ini beroperasi, pihaknya mengesan beberapa kes melalui analisis imej imbasan oleh pegawai bertugas pada Jun dan Ogos tahun lalu.
Tangkap kes seludup
Kes pertama berlaku di Pusat Mel dan Kurier KLIA melibatkan lapan kes, termasuk rampasan ganja dan produk kanabis bernilai RM577,625.20.
ADS
Kes kedua membabitkan cubaan menyeludup wang tunai berjumlah RM65,160.00 dan 5.252 kg heroin bernilai RM492,375.00 melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Padang Besar, Perlis.
JKDM juga sedang dalam proses menggantikan pengimbas lama secara berperingkat dengan model baru yang lebih canggih dan berteknologi tinggi.
Selain itu, kastam telah memperoleh pengimbas badan yang menggunakan teknologi gelombang Terahertz, yang mampu mengesan objek tersembunyi pada atau di dalam badan penumpang, termasuk bahan letupan dan senjata.
Anis berkata teknologi ini memudahkan pemeriksaan yang lebih pantas, membolehkan penumpang melalui mesin pengimbas tanpa perlu berhenti, sekali gus mempercepatkan pergerakan di Terminal 1 dan Terminal 2 KLIA.
Pemeriksaan kebih ketat, anjing pengesan
Ketika dihubungi, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) enggan memberikan maklum balas mengenai kes terbaru di India.
MAHB menegaskan semula kenyataannya pada tahun 2023, yang menekankan pihaknya telah memperketat langkah-langkah membanteras penyeludupan hidupan liar melalui lima tahap pemeriksaan serta pemeriksaan tambahan untuk penerbangan yang disasarkan.
Sumber – Malaysiakini
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
memetik kata2 bos..
nama tak serupa wajah |
|
|
|
|
|
|
|
adala tu org dlm punya kerja |
|
|
|
|
|
|
|
Gothic sgt bibir dia
Anis baca ES tak |
|
|
|
|
|
|
|
Confident acik pakai lipstick kaler gelap gitu. Brand apa tu? Iols yg lagi muda tak berani nak pakai.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ingatkan lipstik akak ni kaler purple ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
cap_ayam replied at 10-2-2025 11:10 PM
Ingatkan lipstik akak ni kaler purple
Bagi matchy matchy dengan beret ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Pura2 bingung ke camne? Minta je sprm turun siasat |
|
|
|
|
|
|
|
Tetiba suruh rujuk dgn perhilitan mengarut je. Tp tu la aku terfikir gak kalau kite check in luggage tu ada org cek ke luggage tu setau aku yg diimbas tu yg carry bag bawak masuk dlm kabin je kan? |
|
|
|
|
|
|
|
kot baca kat ES. acik anis ni pun menyeramkn jugek |
|
|
|
|
|
|
|
bingung apa nya kak? maksudnya adalah tu yg kat airport tu join sindiket penyeludupan hewan liar ni. Cuba interview si Anson Wong tu kot-kot dia tau.. |
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 10-2-2025 11:14 PM
Bagi matchy matchy dengan beret
Hari tu press conference sebelum ni pun matchy2 lipstick dengan beret. So fashionista? |
|
|
|
|
|
|
|
bottombikini replied at 10-2-2025 09:16 PM
memetik kata2 bos..
nama tak serupa wajah
Tu la kan...takkan le takde mesin canggih nak detect kan? |
|
|
|
|
|
|
|
kannn....so eye catching....aku tak nampak lain dah...terus zasssssssss ke bibir dia....
|
|
|
|
|
|
|
|
Kes kedua membabitkan cubaan menyeludup wang tunai berjumlah RM65,160.00 dan 5.252 kg heroin bernilai RM492,375.00 melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Padang Besar, Perlis.
segram heroin lbh kurang seratus ringgit
mhl lg emas
|
|
|
|
|
|
|
|
Makna kata penyeludup ni lagi hebat n advance berbanding agensi penguatkuasa ni...pintu2 sempadan mmg senang2 je bolos. Klau x xde la senang2 dapat barang terlarang mcm rokok kretek n dadah kat pasaran. Klau ikut logik yg dpt ditahan mana2 kes penyeludupan tu bape percent je dari yg dah lolos |
|
|
|
|
|
|
|
Makna kata kastam India lg hbt Dr kastam Malaysia la. Btw bos kastam ni btl ke sesuatu mcm dlm ES? Sprm x de peranan ker? |
|
|
|
|
|
|
|
ES kim salam acikk ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Perkataan bingung mesti teringat ah maslan |
|
|
|
|
|
|
| |
|