CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19531|Reply: 10

‘Dah bercucu pun cantik’ - Krisdayanti buat ramai terpegun

[Copy link]
Post time 11-2-2025 10:50 AM | Show all posts |Read mode





Kemunculan penyanyi terkenal Indonesia, Krisdayanti dalam rancangan Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) yang berlangsung malam tadi membuatkan ramai peminat tanah air terpegun.


Mana tidaknya, kecantikan diva dari negara seberang itu kelihatan luar biasa walaupun sudah menginjak usia 49 tahun.


Bukan itu sahaja, persembahan pelantun lagu Menghitung Hari itu juga cukup memukau dengan kekuatan vokal saling tidak berubah sama seperti usianya ketika muda.


Bukan itu sahaja, rata-rata peminat di Malaysia terpegun melihat nenek kepada dua orang cucu itu membuat persembahan cukup hebat ketika bergandingan dengan Liza Aziz menerusi lagu berjudul Cinta.


“Cantik betul semalam tengok muka dia tak berkelip dekat televisyen. Lawa sangat, badan pun macam anak dara,” komen Aydeen.


“Tak sangka cantik macam ni dah ada cucu tau. Rindu sangat dengan persembahan Krisdayanti. Bila nak buat konsert lagi,” komen Fizrul.


“Awet muda je dari dulu. Suara vokal pun tak berubah. Memang hebat betul persembahan malam tadi,” komen Fathima pula.


Selain Krisdayanti, nama besar lain yang turut memeriahkan pentas akhir GV11 ialah Datuk Jamal Abdillah, Taufik Batisah dan Pasha Ungu, Dolla dan Jaclyn Victor.


Semalam GV11 melabuhkan tirainya dengan Liza Aziz dinobatkan sebagai juara sekali gus menewakan lima finalis yang lain.


Di tempat kedua, Ning Baizura membawa pulang wang tunai RM50,000, diikuti Sheila Abdull di tempat ketiga dengan hadiah RM30,000.


Dadali Dyrga menduduki tempat keempat dan membawa pulang RM20,000, manakala Zehra Zambri meraih tempat kelima dengan hadiah RM15,000. Trio Indonesia, The Lima, melengkapkan senarai dengan tempat keenam dan membawa pulang RM10,000.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2025 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana tidaknya, kecantikan diva dari negara seberang itu kelihatan luar biasa walaupun sudah menginjak usia 49 tahun.


Mau tak luar biasa. Plastic surgery, cucuk sana sini.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2025 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni yg curang dgn husben dia dulu kan?
Nk impress mende..lain la Liza, real warga emas tp stamina remaja hihi
KD nyanyi over naw mlm tu
Sian Liza sib baik rezeki juara tetap ada
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2025 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmmmmmmmmm umur 49 apa nak heran.. Tambahan ada buat cucuk sana sini. Menopause pun belum rasanya..
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2025 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus jugak die nyanyi lebih dari liza aziz mlm tu sebab markah akan dapat lebih.. markah penyanyi duet tu pn masuk sekali.. mcm dolla die nyanyi xbersungguh, jd markah the lima kurang lah skali...
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2025 12:03 PM | Show all posts
pemenat mana lah tu yang tak kenal b0t0ks dan jarum?? hadoi laaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-2-2025 12:23 PM | Show all posts
Shit! Muka lain giler.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2025 02:56 PM | Show all posts
lahh baru 49 ke??? sebaya iolsss....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2025 02:58 PM | Show all posts
natural look dia actually scary. pernah nampak dlm channel aurel dan Hatta, scary nyah naked face nya
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2025 04:48 PM | Show all posts
dia kalo xde mekap muka mcm bibik bekas jiran kakak aku muka tua sblm waktunya.takde pun awet muda.aku pasan  mata dia sedih..dia tak happy.kalo tgk kat yt nyanyi lagu mencintaimu mcm nak nangis je dia nyanyi
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2025 07:45 PM | Show all posts
Dia cantik tak ori...byk bega muka. Tengok sekali je dah..idok le manis nak dipandang lama.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 11:37 PM GMT+8 , Processed in 0.069954 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list