CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19176|Reply: 7

[Politik] Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui cadang portfolio Menteri Hal Ehwal Agama dipecahkan

[Copy link]
Post time 12-2-2025 09:02 PM | Show all posts |Read mode



Kuala Lumpur: Seorang ahli parlimen blok kerajaan hari ini, mencadangkan agar portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dipecahkan kepada dua.

Chow Yu Hui (PH-Raub) semasa membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja menyarankan ia dipecahkan kepada portfolio untuk urusan agama Islam dan satu lagi hal ehwal bukan Islam.

"Beberapa kerajaan negeri seperti Pulau Pinang, Perak dan Negeri Sembilan sudah lama mempunyai exco hal ehwal bukan Islam. Maka peringkat persekutuan juga boleh mencontohi langkah ini untuk menjamin hak semua rakyat.

"Saya mencadangkan agar portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dipecahkan kepada dua, satu khusus untuk urusan agama Islam dan satu lagi untuk hal ehwal bukan Islam.

"Menteri ini boleh melantik seorang pemimpin yang dihormati dalam kalangan masyarakat bukan Muslim untuk menguruskan hal ehwal bukan Islam," katanya di Dewan Rakyat.

Terdahulu, cadangan mewujudkan garis panduan kepada umat Islam yang menghadiri perayaan orang bukan Islam mencetuskan kontroversi susulan reaksi pelbagai diterima termasuk dalam kalangan pemimpin di negara ini.

Susulan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Kabinet memutuskan bahawa garis panduan yang dicadangkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu tidak perlu.

Mengulas lanjut, Yu Hui berkata, langkah melantik dua menteri ini bukan saja dapat memastikan pengurusan agama yang adil, tetapi turut mengukuhkan perpaduan negara serta mengelakkan mana-mana pihak daripada terpinggir.

"Kedua-dua menteri ini juga dapat berkomunikasi secara mendalam mengenai pelbagai isu keagamaan bagi mengelakkan sebarang kontroversi yang tidak perlu.

"Langkah ini akan membantu membentuk Malaysia yang lebih inklusif, majmuk dan juga harmoni," katanya.

Sumber : Harian Metro

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2025 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Islam agama rasmi sbb tu perlu ada. Dah kenapa nak tambah lagi bebanan kerajaan nk byr satu lagi kepala.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2025 01:42 AM | Show all posts
dia bodoh ke apa ? Muslim semua satu agama.
Non-muslim ada banyak agama.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2025 01:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Menteri Agama Kafir tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2025 01:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Itzy at 13-2-2025 02:05 AM

Sengaja ja puak liberal dpig ni buat kacau sebab nak tunjuk islam bukan agama rasmi, nak tunjuk agama lain sama level dengan islam. Dulu nak minta perdana menteri bukan melayu aka bukan islam, padahal madey tu bukan melayu tulen sebab pak dia india muslim, hanya mak dia ja melayu. Jpn ikut bangsa bapak, kalau bapak melayu maka melayu la anak tu walau maknya cina etc. Tapi mereka ni sebenarnya nak Pm bukan islam aka kafir untuk jahanamkan institusi malaysia yang berteraskan islam.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2025 02:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Punca utama melayu tak nak sokong anwar sebab puak2 liberal dapig ni la. Agenda puak2 dapig ni sangat menyeramkan. Anwar pula tak nak berpisah dengan dapig liberal kesayangan dia. Padahal dulu elok je pas yg sokong bantu anwar. Lepas bersekutu dgn dapig, pergh terkeluar warna rupa sebenar anwar. Sebab tu aku kata manusia boleh berubah, tapi mak pak aku dok percaya ohh  anwar tu anwar ni bagusssss. Bagus apa jadi boneka puak liberal sepet ni. Tengok website dapig pun dah seram, macam2 dia punya agenda.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-2-2025 02:11 AM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 13-2-2025 01:42 AM
dia bodoh ke apa ? Muslim semua satu agama.
Non-muslim ada banyak agama.

Dia nak tunjuk islam ni sama level atau setara dengan agama kafir. Dulu mereka minta PM bukan melayu walaupun mereka tahu atok madey bukan melayu dan keturunan mamak aebab bapak atok madey ialah india muslim. Kalau ikut jpn bangsa setiap anak berdasarkan bangsa atau keturunan belah bapa, kalau bapa dia melayu mak cina, si anak kena ikut bangsa bapa iaitu melayu etc. Tapi mereka puak liberal nak pm bukan melayu atau kafir untuk tunjuk melayu bukan ketua di malaysia ni. Padahal dulu masa nak diterima jadi rakyat negara ni tok nek mereka sanggup terima semua syarat hak keistimewaan melayu. Sekarang cucu cicit mereka diajar untuk mungkir janji dan tak amanah dengan org melayu. Mereka cuba nak kuasai tanah melayu ni seperti mereka kuasai singapura.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2025 02:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Minami2013 replied at 12-2-2025 10:19 PM
Islam agama rasmi sbb tu perlu ada. Dah kenapa nak tambah lagi bebanan kerajaan nk byr satu lagi kep ...

Sebelum ni kat twitter X ada uncle type c ni minta kerajaan mansuhkan jawatan menteri agama islam kononnya nak jimatkan berbillion duit negara. Jahat punya perangai, agenda liberal dia memang tak habis2.Dia sengaja main isu ni supaya rakyat malaysia terpecah dan tak fokus pada isu palestin israel. Memang puak2 ni pandai buat helah dan pada masa sama dapat capai tujuan dia 2 dalam 1.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 06:12 AM GMT+8 , Processed in 0.051720 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list