CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 31126|Reply: 28

[Tempatan] Malaysia perlu contohi langkah Trump tubuh DOGE - KJ

[Copy link]
Post time 12-2-2025 10:34 PM | Show all posts |Read mode



KUALA LUMPUR: Malaysia harus mencontohi Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang diasaskan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk memperkemas perkhidmatan awam negara terbabit, kata bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Bagaimanapun, beliau menegaskan langkah sedemikian tidak seharusnya membabitkan pemberhentian pekerja.

Sebaliknya, tumpuan harus diberikan kepada latihan semula dan penempatan semula penjawat awam di samping penerapan automasi dan Kecerdasan Buatan (AI).

Beliau juga mencadangkan inisiatif terbabit diterajui seorang individu berbakat daripada sektor swasta.

"Saya pernah menyebut perkara ini dalam podcast (Keluar Sekejap). Jika diberi peluang, saya ingin menyusun semula kerajaan, tetapi kita tidak boleh memberhentikan sesiapa. Sebaliknya, kita harus menempatkan semula penjawat awam ke jawatan yang akan menjadi penting dalam lima hingga sepuluh tahun akan datang, sambil memindahkan fungsi-fungsi yang boleh diautomasi atau diuruskan oleh AI.

"Jika saya berada di Pejabat Perdana Menteri hari ini, saya akan menyarankan penubuhan DOGE, yang dipimpin seorang pemikir hebat daripada sektor swasta yang diberi tugas untuk membangunkan pelan tindakan bagi menyusun semula perkhidmatan awam dalam tempoh lima hingga 15 tahun akan datang dengan jaminan tiada sesiapa akan diberhentikan. Ini sudah tentu akan membabitkan mobilisasi dan penugasan semula tugas-tugas," katanya.

Khairy memberi maklum balas soalan dalam satu episod podcast 'Keluar Sekejap' yang dihoskan beliau dan Shahril Hamdan.

Pendengar bertanya sama ada Malaysia perlu menubuhkan entiti serupa dengan DOGE.

DOGE ditubuhkan ketika pentadbiran Trump dan diketuai oleh jutawan Elon Musk, dengan matlamat untuk memperkemas perkhidmatan awam AS.

Mengulas cadangan Shahril yang menyatakan kerajaan perlu mengumumkan nisbah penjawat awam yang sesuai untuk dekad akan datang, Khairy berkata, beliau lebih cenderung kepada pendekatan yang lebih berhati-hati untuk mengelakkan tentangan besar.

"Pada pendapat saya, dalam konteks Malaysia, walaupun mengumumkan nisbah itu mungkin menimbulkan reaksi politik yang besar. Saya lebih suka berdiam diri mengenai perkara ini.

"Misalnya, jika kita tahu sebuah jabatan, tidak lagi memerlukan 100 staf tetapi hanya 20 (orang) dalam tempoh lima tahun akan datang, kita boleh menguruskan perkara ini secara berperingkat.

"Semasa proses pengambilan dan persaraan, kita mula mengurangkan tugas-tugas tertentu. Sebagai contoh, kita tidak menggantikan mereka yang bersara dan menempatkan yang baharu di kementerian yang memerlukan kepakaran mereka seperti Kementerian Kesihatan atau Kementerian Pendidikan. Seharusnya Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memulakan tindakan ini mengikut keadaan," katanya.

Beliau juga berkata, proses sama juga perlu dijalankan dengan berhati-hati bagi mengelakkan tentangan daripada kesatuan sekerja seperti CUEPACS dan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD).

"Mereka mungkin akan menentang langkah sebegini dengan menuduh ahli politik merosakkan kerjaya penjawat awam Melayu," katanya.

Sumber : Harian Metro

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2025 10:43 PM | Show all posts






Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2025 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Buang la kelantan yg majoriti pemalas tu. Sembang je lebih
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2025 12:59 PM | Show all posts
Pengurangan staff vs tidak memberhentikan pekerja adalah angan-angan.

Samada tidak tercapai objektif spt objektif doge atau mengakui suatu keberhasilan tetapi sebenarnya tak ada perubahan atau hanya sedikit sekali. Asas tindakan doge ialah buang pekerja seterusnya ini dpt mengurangkan kos, mau tak mau kena kerja lebih untuk terus ada kerja, klu tak buang pekerja mana berubah sgt kosnya.

Ada sebabnya, knp budaya kerja korporat swasta tak dilaksanakan sseratus peratus dlm managment badan2 kerajaan. Biasanya sipi-sipi sahaja. Bawa otak swasta seratus peratus ke dlm managment kerajaan, nak buat tu hanya kuasa pm jer boleh buat, tu belum masuk tentangan dari ramai pihak...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2025 04:34 PM | Show all posts
baru sebulan nak tiru masih awal nak ikut DOGE
belum meluas lagi penentangan DOGE tu termasuk rebellion
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2025 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai je rakyat us yg sakit hati ngan doge ni..geng maga je kot yg suka
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-2-2025 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Makin lama makin busuk si KJ ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2025 05:21 PM | Show all posts
Agree dgn kj bab ni termasuk dgn pembuangan pekerja yg terlebih n tak berkualiti sekali
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2025 05:22 PM | Show all posts
Siapa kita punya elon musk kat msia
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2025 05:23 PM | Show all posts
Jakim tu kena tutup
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2025 05:23 PM | Show all posts
Zakat dan tax kena merge
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2025 05:25 PM | Show all posts
Acik2 yg takde keja sgtt kat ofis setakat bukak file buat keja bodoh2 terminate aje, ramai sgt jenis staff yg skop keja bodoh2 ni, takde apa sgt keja dorg huh
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2025 05:35 PM | Show all posts
Jabatan Audit Negara punya audit finding tiap2 tahun pun hanya untuk documentation purpose je.  Takde political will nak ambik tindakan, terutama kalau org2 high level terlibat..
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2025 05:37 PM | Show all posts
Mungkin ada kementerian yg blh dimerge n juga jabatan. mesti ada yg mcm bertindih or tak perlu sgtt huh buat habis duit bayar staff aje
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2025 05:41 PM | Show all posts
Spend duit pd kementerian yg lebih memerlukan mcm kementerian kesihatan
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2025 05:43 PM | Show all posts
Klu staff stop or pencen tak payah ambil baru, move around yg ada tu so lama2 berkurang sendiri staff yg terlebih tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2025 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde idea sendiri ke... Tu pun nak tiru. Negara kita cara kerja kita. Tp kalau sendiri pun takleh nak berubah mcm mana nak betulkan asas perjalanan negara
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2025 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 13-2-2025 04:45 PM
Makin lama makin busuk si KJ ni

Aah le... Mmg nampak mcm busyuk sgt. Dia rasa ensem kot tu yg pertahankan imej busyuk ni bertahun2
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2025 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus jugak idea dia, boleh buang pjawat awam yg mls lg goyang kaki
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2025 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Orenn1 replied at 13-2-2025 05:43 PM
Klu staff stop or pencen tak payah ambil baru, move around yg ada tu so lama2 berkurang sendiri staf ...

Mmg ada tmpt yg 0 tu x diisi bertahun
Alternatif nya pi ambik mystep yg gaji murah dan fix

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 05:03 PM GMT+8 , Processed in 0.071776 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list