View: 9000|Reply: 9
|
[Dunia]
Amerika nak tukar nama Greenland jadi tanah Merah, Putih dan Biru
[Copy link]
|
|
WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semakin hampir diberi kuasa bagi membeli Greenland yang kini milik Denmark, lapor akhbar Metro UK kelmarin
Anggota Kongres daripada Parti Republikan, Buddy Carter, 67, mengusulkan rang undang-undang (RUU) yang akan memberi kuasa kepada Trump untuk mengadakan rundingan bagi mendapatkan wilayah itu.
Dalam RUU tersebut, Greenland dicadang dinamakan semula sebagai tanah Merah, Putih dan Biru iaitu warna bendera AS.
“Tidak lama lagi, Amerika Syarikat akan menjadi lebih besar daripada sebelumnya dengan penambahan tanah Merah, Putih dan Biru.
“Presiden Trump telah mengenal pasti pembelian kawasan yang kini dikenali sebagai Greenland sebagai keutamaan keselamatan negara.
“Kami dengan bangga akan mengalu-alukan rakyatnya (Greenland) untuk menyertai negara paling bebas yang pernah wujud ini,” kata Carter yang merupakan wakil rakyat negeri Georgia.
RUU itu dikenali sebagai Akta Merah, Putih dan Biru 2025.
Ia mengarahkan Setiausaha Dalam Negeri untuk memastikan bahawa Greenland dinamakan semula dalam dokumen dan peta persekutuan dalam masa 180 hari.
RUU itu bagaimanapun akan dikaji terlebih dahulu oleh sebuah jawatankuasa sebelum dibentangkan untuk sesi pengundian di Dewan Perwakilan dan seterusnya, Dewan Senat.
Sebelum ini, Perdana Menteri Denmark, Mette Frederiksen berulang kali menyatakan bahawa Greenland tidak akan dijual.
Sumber: Kosmo
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
jadi dari greenland berubah ke red,white and blue land??? |
|
|
|
|
|
|
|
Greenland tu ada kjaan sendiri, denmark cuma support bagi duit je sbb dorg tak mampu lagi nak survive sendiri, lps tu greenland dinaungi bwh raja denmark. Mcm australia semua tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Tgk kt google maps, gulf of mexico pon dah ditambah dalam kurungan gulf of America. |
|
|
|
|
|
|
|
Tanah merah kelantan darul budu![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Meh ambil kelantan trump oiiii, kami bagi free kut boleh ubah taraf hidop rakyat sana. Tunggu lobai dah 40 tahun mcm tu jugakk, sampaii kerap dgr rakyat nak bunuh diri takde keja. Meh sini dtg ambil kat msia sekepingtanah, make kelantan a great state |
|
|
|
|
|
|
|
Org kelantan nak tak lol kohkohkohh |
|
|
|
|
|
|
|
Tolong propose kat trump suruh dtg ambil kelantan |
|
|
|
|
|
|
|
Amerika tidak tersilap memilih presiden. Aku tak terkejut benda ni akan jadi.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|