CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 21444|Reply: 24

‘Bagi bukti, demi Allah saya tak jejak mahkamah syariah’ - Uqasha Senrose

[Copy link]
Post time 13-2-2025 10:14 PM | Show all posts |Read mode



Didakwa ke mahkamah syariah, pelakon Uqasha meminta pihak yang menyebarkan tuduhan perkahwinannya dengan Kamal Adli di ambang perpisahan agar tampil mengemukakan bukti.

Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, berkata, dia tidak pernah menjejakkan kaki ke mahkamah syariah seperti disebarkan pihak tertentu.

  


“Kalau saya ke mahkamah syariah, mestilah ada nama saya di sana. Jika benar cerita saya sudah sampai mahkamah, berilah bukti. Mahkamah mana? Memang saya tak pergi, demi Allah.

“Saya pun tengah sibuk dengan anak. Bila masa pula timbul dakwaan saya patah balik, mana ada yang buat macam itu. (Kalau) sudah ke mahkamah, pergi teruslah.

“Sudah tentu saya nafikan dakwaan tersebut sepenuhnya. Insya-Allah selagi boleh kami berdua mahu jaga sebaik-baiknya rumah tangga ini,” katanya ketika ditemui selepas pertunjukan fesyen Hikayat Ariani Karya Seindah Busana di sini, hari ini.

  


Menurut pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa itu, dirinya enggan lagi melayan spekulasi liar selain menganggap tiada perkara perlu dibimbangkan berkenaan gosip yang bertebaran.

“Saya tak rasa apa-apa pun. Apa yang hangat diperkatakan adalah perkara yang tidak berasas. Selagi benda belum jadi atau tidak benar, tiada apa perlu dirisaukan.

“Saya pun tak terfikir nak ambil tindakan undang-undang terhadap individu yang bercakap. Mulut orang mana kita tak boleh nak tutup.

“Paling penting hubungan saya dan suami juga dalam keadaan baik. Saya pun tahu kisah kononnya saya ke mahkamah daripada Kamal yang ditanya media semalam,” ujarnya.

Pada masa sama, ibu kepada seorang cahaya mata itu turut merasakan tidak perlu untuk terlalu berkongsi kisah peribadi kepada khalayak kerana bimbangkan penyakit ain.

Baginya setiap suami isteri melalui pasang surut kehidupan tidak kira status mahupun latar belakang mereka.

“Dalam rumah tangga ini tidak semua indah belaka. Takkan saya nak ceritakan hal dalam kain pula kepada orang luar.

“Perlukah saya kongsi gambar untuk menunjukkan masih bersama Kamal? Saya tak perlu buat semua itu untuk memuaskan hati semua orang,” jelasnya.

Sebelum ini, nama Kamal dan Uqasha menjadi bualan selepas tersebar spekulasi yang mendakwa rumah tangga mereka di ambang kehancuran.

Pasangan sensasi itu mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 dan dikurniakan cahaya mata, Hawra Uqaira yang kini berusia 10 bulan.

Sumber – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2025 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Gambar AI?


Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2025 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
susah nak caya cite ko ni. seperti mana ko spin cite yg ko pukul PA ko.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2025 11:45 PM | Show all posts
emm selalunya kalau ada keluar angin2 ni, betul
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2025 11:14 AM | Show all posts
dia ni apa cakap pun tak leh percaya
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2025 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Nampak berusia betul muka dia ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-2-2025 12:38 PM | Show all posts
Yg pukul PA tu pun dia nafikan kan? Lepas keluar report polis apa semua pun tak mengaku
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2025 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Alaaa, yg dia langgar kereta org time tgn khayal dadah dulu pun dia tk ngaku walopun ada gambar dia tengah lalok lepas accident tu dan ada report polis. Penipu ke la pompuan ni. Aku percaya je cerita ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2025 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Baca boleh caya jangan.
Cam boss janji naik kan pangkat.
Dengar janji boleh percaya Nop.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2025 02:50 PM | Show all posts
ainonymous replied at 13-2-2025 03:45 PM
emm selalunya kalau ada keluar angin2 ni, betul

Kalau dah kuar kat porem, hampir 95% adalah betul. Terlalu ramai yg speku. Tgk kat IG je netizen dah boleh jatuh hukum
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2025 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
dewi_rina replied at 14-2-2025 12:38 PM
Yg pukul PA tu pun dia nafikan kan? Lepas keluar report polis apa semua pun tak mengaku

Kes PA tu dah kambus dlm gua ke?

Meols sampai ke hari nie, pikir camna dia masih ada strong supporters walaupun banyak kes2/gosip2 sebelum2 nie

Kadang tak gi mahkamah lagik, tapi kat rumah dah banyak kali perang
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2025 03:02 PM | Show all posts
3chanceno replied at 14-2-2025 06:56 AM
Kes PA tu dah kambus dlm gua ke?

Meols sampai ke hari nie, pikir camna dia masih ada strong supp ...

Senyap terus kes pukul PA tu kan?

Kalau u tengok dia live selalu dgn nelly je, jarang nampak kamal dah.. Tu yg desas desus terbang tu, tapi dia tak mengaku.. Kamal pun nafikan.. Kita tunggu je kalau betul dan ada yg tunjuk bukti, sbb dia suruh bukti kan kalau betul
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2025 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by 3chanceno at 14-2-2025 05:03 PM
dewi_rina replied at 14-2-2025 03:02 PM
Senyap terus kes pukul PA tu kan?

Kalau u tengok dia live selalu dgn nelly je, jarang nampak kama ...


Kes dgn PA tu tak dengar pulak gi mahkamah atau update.

Meols tak follow retis2 nie, jadi tak tahu sapa sembang apa.

Tapi dah banyak kali gosip pasal kapel nie 'berperang', tapi dinafikan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2025 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin betul tak jejak mahkamah tapi rasanya rumahtangga diaorang memang tengah bermasalah. Kat Bodgosip ni kalau dah keluar berita rumahtangga artis ada masalah, memang 95% betul. Samada terus bermasalah atau akan berakhir dgn cerai je nnti.
Sib baik Intan Ladyana tak kawin dengan Kamal. Nampak dia bahagia dgn Harris tu walaupun Haris lebih muda dari Intan
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2025 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
kan senang reputs tunjuk je depan mata gambar katanya dia pi makhamah tu kan senang
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2025 04:08 PM | Show all posts
dewi_rina replied at 14-2-2025 03:02 PM
Senyap terus kes pukul PA tu kan?

Kalau u tengok dia live selalu dgn nelly je, jarang nampak kama ...

kamal nak kembali pada ema kembong ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2025 04:20 PM | Show all posts
Ni la kawin sesama retis...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2025 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by akuHavocczz at 14-2-2025 05:58 PM
3chanceno replied at 14-2-2025 02:56 PM
Kes PA tu dah kambus dlm gua ke?

Meols sampai ke hari nie, pikir camna dia masih ada strong supp ...


Kan?? Iols pon pelik. bila pakcik kena pukul kat pasar malam  kemain semua “dia salah pun ko takde hak nak naik tangan” bila artis yang memukul “memang patut kena pukul. Kalau i kat tempat you pun i akan pukul” make it make sense
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2025 05:10 PM | Show all posts
semoga berbahagia la qasya
lawo sgt awak tu
ramai dengki kut
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2025 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
dewi_rina replied at 14-2-2025 03:02 PM
Senyap terus kes pukul PA tu kan?

Kalau u tengok dia live selalu dgn nelly je, jarang nampak kama ...

Nely tu berlaki lg ke?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 02:45 AM GMT+8 , Processed in 0.046099 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list