CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1013|Reply: 19

[Tempatan] Habis Kerja Awal Hari Jumaat Sepanjang Ramadan Untuk Pahang

[Copy link]
Post time 15-2-2025 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Mahathirina at 15-2-2025 03:37 PM



Berita baik buat penjawat awam di Pahang apabila Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan menetapkan waktu bekerja setiap hari Jumaat sepanjang Ramadan tamat lebih awal, iaitu pada jam 12.30 tengah hari.

Menurut titah baginda, keputusan ini bertujuan untuk menghormati hari jumaat sebagai penghulu segala hari dan memberi lebih masa kepada penjawat awam untuk bersama keluarga.

Titah baginda:

"Keputusan dan kemudahan yang diberikan ini untuk memberi peluang kepada penjawat-penjawat awam memanfaatkan lebih masa bersama keluarga di bulan Ramadhan disamping memuliakan hari Jumaat, penghulu segala hari.

Saya berharap semua akan menunaikan sembahyang fardhu Jumaat. Jangan siapa-siapa ponteng pula."

Titah tersebut disampaikan oleh baginda ketika Majlis Perasmian Penutup Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur kali ke-68 yang berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah pada Khamis.

Keputusan ini juga telah dipersetujui dan diluluskan dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 5 Februari lalu.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2025 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Ritu dgr jpa dah luluskn permohonan johor nak buat kerja jumaat balik jam 1230, hari kerja isnin- khamis tmbh 30minit.. tggu2 jugak bila nak mula, so far tade lagi announce pelaksanaannya.. pahang lak buat tp bln puasa je ye..
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2025 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
klu tu alasan dia, napa utk ramadan je. alasan tu relevan juga utk bulan² lain
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2025 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah... Tumpang gembira untuk org gomen pahang..
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2025 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat slow2 dlu..ari jumaat smpai kul 12.30. lepas tu boleh dah terus cuti ari jumaat...ari lain tambah sejam  dapat le 4 hari keje 3 ari cuti
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2025 11:42 AM | Show all posts
aldehyde replied at 15-2-2025 03:44 PM
Ritu dgr jpa dah luluskn permohonan johor nak buat kerja jumaat balik jam 1230, hari kerja isnin- kh ...

Postpone

Khuatir negeri lain pun mintak jgk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-2-2025 04:16 PM | Show all posts
Nak kerja 3 hari seminggu pun silakan tapi bersedialah hidup seadanya. Dan tak payah tengok lah bagaimana negara2 jiran Thailand dan Vietnam meluru ke depan meninggalkan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 05:32 AM | Show all posts
Radzor replied at 14-2-2025 11:46 PM
klu tu alasan dia, napa utk ramadan je. alasan tu relevan juga utk bulan² lain



Permulaan. Kena tengok la pretasi kelongaran ini mendatangkan faedah atau tidak bagi masyarakat Pahang. Kot la boleh buat staff makin malas berkerja.

Tapi perlu ke? Kakitangan awam ni kan kaki ngular? Masuk kerja lambat, makan dua tiga kali sekejap! bfast la, lunch la, minum petang la .. selalunya hari Jumaat lepas sembahyang staff lelaki Islam masuk punnn office lambat!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2025 05:35 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 17-2-2025 12:16 AM
Nak kerja 3 hari seminggu pun silakan tapi bersedialah hidup seadanya. Dan tak payah tengok lah baga ...



3 hari seminggu tu dpt gaji utk 3 hari sahaja kan? ke macamana?


US ni negara maju pun tetap 5 hari seminggu tu pun office hournya panjang.Kalau duduk jauh dari office boleh la masuk awal 7 pagi dan pulang awal.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 05:41 AM | Show all posts
Patutlah pahang negeri mundur huh. Cuma aku tak faham sotan ni ada authority bagaii ke decide staff gomen balik keja pukul berapa. Bukan berkaitan dgn hal ehwal agama Islam saja ke? Pelik2 kat msia ni huh
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 08:25 AM | Show all posts
Saya berharap semua akan menunaikan sembahyang fardhu Jumaat. Jangan siapa-siapa ponteng pula."







Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
nk pindah pahang
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 09:34 AM | Show all posts
Tahniah yak buat aokme org Pahang yg kerja gomen dpt jugok balik awal walaupun Jumaat...
Koi setuju dgn saranan Sultan terr...
Bangga ngat kalau dpt jadi gitu kat sini tapi dlm mimpi koi je lah...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Ikan koi tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 10:04 AM | Show all posts
Bukan nya boleh buka posa pun kalau balik awal.
Balik awal sibuk nk pi shopping.
Teringat aku di selangor 10 tahun lalu. Di pejabat kerajaan, bila bulan puasa depa ada bukak stall jual juadah dalam kawasan pejabat, pukul 3.30 dah start niaga. Ramai staf2 kerajaan turun beli lauk kueh muih kat stall tu. Lps tu masuk minggu ke 2 puasa, stall jual baju2 dn keperluan raya pulak buka. Dari tengah hari. Terpikir aku, depa ni bulan puasa x kerja ke. Dah la aku dok tunggu dari pagi sampai petang, asyik nombor habis la. staff x der la. Staf kelaur meeting la, pegawai cuti la. tension.
Bulan puasa tu aku sll bagi alasan kat bos nk pi situ. Terus boleh singgah bazaar di stadium shah alam, dan terus balik. Pukul 430 dah sampai rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
DARSITA replied at 18-2-2025 05:35 AM
3 hari seminggu tu dpt gaji utk 3 hari sahaja kan? ke macamana?



Ofkos lah gaji penuh.

Yang kata kerja 3 hari, gaji pun 3 hari tu aku. Mau merusuh kalau jadi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2025 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
bagi aku ok je asalkn kerja siap. kalu normal boleh siap 10 kerja jgn balik awal siap 5 kerja  je. jgn itu mcm. tarak baikkkk wooo.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 11:40 AM | Show all posts
ok la utk suri rumah sura rumah nk memasak.. tk tekejar2.. nk beli belah param pun tk la kalot malot.. bulan puasa man man la...
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2025 10:47 AM | Show all posts
aldehyde replied at 15-2-2025 03:44 PM
Ritu dgr jpa dah luluskn permohonan johor nak buat kerja jumaat balik jam 1230, hari kerja isnin- kh ...

sis pun penat tunggu nie
jadik ke tak jadik

Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2025 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Untung la mereka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 10:06 AM GMT+8 , Processed in 0.230078 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list