“Ramai yang tanya apa yang saya rasa? Saya rasakan ini adalah teguran. Tahun ini saya jalani umrah dan apabila balik saya rasakan banyak perubahan dalam hidup.
“Kemudian saya pergi umrah kali kedua dan balik saja, saya rasa macam tak cukup. Setiap kali solat, saya minta Allah berikan saya hidayah jadikan saya lebih baik sebab umur pun dah masuk 50.
“Alhamdulillah kemudian rezeki datang mencurah-curah dan dari situ mungkin saya diduga. Apa yang saya ada, Tuhan bagi tapi kau (Zamarul) tak rehat sebenarnya,” kongsinya.
Pelakon drama Langit Ke Tujuh itu juga tidak ketinggalan menitipkan pesanan buat pelakon lain supaya menjaga kesihatan walau sibuk memenuhi jadual penggambaran.
Terdahulu Zamarul dimasukkan ke ICU Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan kira-kira jam 2 pagi akibat sesak nafas ketika di lokasi penggambaran.
Kemudian dia dipindahkan ke sebuah pusat perubatan di Sunway untuk rawatan lanjut dan kini berehat di rumah sebelum menjalani pemeriksaan susulan minggu depan.
Sumber – KOSMO! ONLINE