CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 91|Reply: 0

5 selebriti Bollywood pejuang kanser, Manisha Koirala rupanya antara salah seorang yang sudah pulih

[Copy link]
Post time 15-2-2025 09:24 PM | Show all posts |Read mode



PENYAKIT kanser boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira jantina, usia dan status. Tidak terkecuali mereka yang bergelar selebriti ternama. Biarpun dilimpahi sinaran gemerlapan dunia glamor, siapa sangka mereka berdepan detik getir apabila disahkan menghidap kanser. HibGlam senaraikan lima pelakon terkenal Bollywood yang berjuang melawan penyakit digeruni ramai itu.

Manisha Koirala



Pelakon jelita yang popular dengan filem Mann ini pernah didiagnos menghidap kanser ovari tahap empat pada 2012. Manisha telah menjalani rawatan di Amerika Syarikat dan mengambil masa selama enam tahun untuk pulih. Selepas sembuh dia kembali aktif berlakon dengan membintangi drama bersiri Heeramandi yang ditayangkan di platform penstriman Netflix.

Mahima Chaudhry



Pelakon jelita yang pernah menempa populariti menerusi filem Pardes ini telah didiagnos menghidap kanser payudara pada 2022.
Mahima merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan ibu bapanya sehinggalah video dia menghidap kanser tular dalam media sosial.
Kata Mahima, dia mahu terus kuat berjuang melawan penyakit itu dan menjadikan Sanjay Dutt sebagai panduan. Mahima turut meluahkan kekesalannya kerana tidak membuat pemeriksaan payudara lebih awal meski telah dinasihati rakan-rakannya.

Sonali Bendre



Kejelitaan dan tubuh seksinya sering mencuri perhatian ramai. Namun, cukup mengejutkan pada 2018 Sonali disahkan menghidap kanser payudara tahap 4. Dalam satu wawancara pelakon filem Duplicate itu mendedahkan doktor memaklumkan dia hanya mempunyai 30 peratus peluang untuk hidup.
Sonali bagaimanapun enggan menyerah kalah dan terus berjuang melawan penyakit itu. Bahkan, dia tidak malu berkongsi foto-fotonya sewaktu menjalani rawatan dan muncul depan khalayak dengan imej kepala botak kesan daripada rawatan kimoterapi. Kini Sonali bebas daripada kanser dan aktif sebagai aktivis yang menyuntik kesedaran mengenai penyakit itu.


Sanjay Dutt



Pelakon bertubuh sasa ini telah didiagnos menghidap kanser paru-paru tahap empat pada 2020. Sanjay telah menjalani rawatan kimoterapi dan rawatan lain di Dubai. Ketabahan Sanjay melawan kanser sering mendapat pujian, malah dia selalu kelihatan kuat. Selepas bebas kanser, Sanjay kembali beraksi di layar perak.

Rakesh Roshan



Pengarah terkenal yang juga bapa kepada aktor Hrithik Roshan ini disahkan menghidap kanser tekak pada 2018. Kongsi Rakesh, dia banyak belajar daripada anaknya, Sunaina yang pernah menghidap kanser serviks.
Melihat puterinya tetap ceria meski terpaksa melawan pelbagai penyakit sedikit sebanyak menyuntik semangatnya untuk berjuang sehingga sembuh.
Malah, Rakesh dilihat bersenam bersama Hrithik di gimnasium pada pagi sebelum dia menjalani pembedahan.

Sumber – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 03:02 AM GMT+8 , Processed in 0.048006 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list