Borneo
ADVERTISEMENT

Vellfire Lv.24

Fav
Super Moderator | Credits 648960   
Edited by Vellfire at 15-2-2025 02:12 PM

Bakal hubungkan Sarawak dengan Singapura, KL, Jakarta, Bali, Hong Kong dan mungkin Shenzhen di China



Abang Johari berucap pada majlis makan malam tersebut. - Gambar UKAS
“Kita akan mengembangkan syarikat ini secara berperingkat dan berdasarkan permintaan. Apa yang penting ialah modul perniagaan kita berbeza dengan syarikat penerbangan yang lain.”

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg
Premier Sarawak


KUCHING: AirBorneo bakal menjadi syarikat penerbangan serantau yang akan menghubungkan Sarawak dengan Singapura, Kuala Lumpur, Jakarta, Bali, Hong Kong dan mungkin Shenzhen di China secara berperingkat.

Memetik Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, dengan demikian, syarikat penerbangan milik Sarawak itu bukan sahaja menghubungkan negeri ini dengan Sabah dan Kalimantan di Indonesia.

“Kita akan mengembangkan syarikat ini secara berperingkat dan berdasarkan permintaan. Apa yang penting ialah modul perniagaan kita berbeza dengan syarikat penerbangan yang lain.

“Oleh kerana kita berada di sebuah pulau, AirBorneo akan menjadi jambatan penghubung dan kita tidak mengutamakan keuntungan, asalkan boleh menyamai kos operasi.

“Kita ingin bawa pelancong masuk ke Sarawak, mereka berbelanja, hotel penuh, sayur dan ikan habis dan ini bermakna semua rantaian ekonomi akan mendapat manfaat dan ia juga mewujudkan peluang pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina 2025 Persekutuan Persatuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian di sini pada malam tadi.

Tambah Abang Johari, AirBorneo akan menyediakan kemudahan kepada pelancong luar dan golongan peniaga untuk datang ke Sarawak

Beliau juga memaklumkan kepada Menteri Pengangkutan Anthony Loke bahawa AirBorneo akan menjadi pintu masuk utama ke Borneo sekali gus ke rantau ASEAN.

“Sudah tentu ini akan membawa kebaikan kepada para peniaga di negeri ini,” katanya.

Hadir sama Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) Datu Hii Chang Kee, Presiden Persekutuan Persatuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian Dato Richard Wee serta tetamu yang lain.



Rate
There are 1 People reward the building owner
87 Views
0 Reply

No comments yet, click me grab the couch