Borneo
ADVERTISEMENT

Vellfire Lv.24

Fav
Super Moderator | Credits 646169   
Edited by Vellfire at 15-2-2025 02:20 PM



Kempen derma darah Pemuda Persatuan Kutien Sarawak di Orange Zone, Star Mega Mall pada Ahad ini.

SIBU: Pemuda Persatuan Kutien Sarawak menjemput orang ramai untuk menderma darah pada kempen derma darah Ahad ini.

Kempen dengan kerjasama Unit Perkhidmatan Transfusi Darah Hospital Sibu akan diadakan di Orange Zone, Star Mega Mall.

Program bermula dari jam 10 pagi hingga 2 petang.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Penasihat Pemuda Persatuan Kutien Sarawak Datuk Michael Tiang akan menyempurnakan program tersebut.

Objektif penganjuran kempen adalah sebagai usaha membantu pihak bank darah hospital mendapatkan bekalan darah yang mencukupi untuk kegunaan Hospital Sibu.

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti kempen derma darah, orang ramai boleh menghubungi Bank Darah Hospital Sibu di talian 084-343333 sambungan 2010.


Rate
There are 1 People reward the building owner
82 Views
0 Reply

No comments yet, click me grab the couch