Borneo
ADVERTISEMENT

Vellfire Lv.24

Fav
Super Moderator | Credits 646169   


Ezekiel ditemani ibunya, Sharonica dan bapanya Philip di PPUM, Kuala Lumpur untuk pemantauan lanjut bagi persediaan pembedahan pemindahan hati di Hospital Renji, Shanghai di China.

KUCHING: Keluarga kanak-kanak lelaki, Ezekiel Balan Philip, 3 tahun, melahirkan rasa syukur apabila dana sebanyak RM185,000 yang diperlukan bagi membiayai kos pembedahan pemindahan hati di China berjaya diperolehi sepenuhnya.

Ibu Ezekiel, Sharonica Jones mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada usahawan Nur Ahmad Faiz Mohd Azmi, pengasas Misi, atas dana tersebut dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berdaftar Nadi Permata Malaysia yang akan membantu mengendalikan urusan pembedahan Ezekiel di China.

“Saya sangat bersyukur kerana urusan dana untuk Ezekiel sudah selesai,” katanya kepada Utusan Borneo, hari ini.

Sharonica berkata, selepas kisah Ezekiel tular di media sosial semalam, pengendali akaun Facebook, Bintulu Info telah menghubunginya dan memaklumkan bahawa beliau telah memanjangkan perkara itu kepada Founder Misi.

“Selang seminit, Founder Misi menghubungi saya mengatakan dana untuk Ezekiel sebanyak RM185,000 sudah tersedia.

“Dalam masa yang sama, NGO Nadi Permata Malaysia, Puan Mars juga menghubungi saya mengatakan mereka akan membantu mengurus urusan Ezekiel ke China kelak,” katanya lagi.

Menurut Sharonica, Nadi Permata telah memulakan proses dokumentasi diperlukan untuk menjalani pembedahan pemindahan hati di China, yang dijangka akan memakan masa sehingga sebulan setengah.

Beliau pada masa sama turut meluahkan rasa terharu atas sokongan luar biasa daripada rakyat Malaysia selain merakamkan penghargaan kepada Utusan Borneo, The Borneo Post dan pihak media lain kerana membantu menyiarkan kisah Ezekiel sehingga mendapat perhatian pihak berkaitan.

“Kami memohon agar orang ramai mendoakan kelancaran perjalanan dan kejayaan pemindahan hati di China,” katanya lagi.

Semalam, Utusan Borneo melaporkan Ezekiel yang menghidap Sindrom Alagille atau hati kronik sejak berumur 2 bulan, merayu sumbangan orang ramai bagi membiayai kos pembedahan pemindahan hati di China yang dianggarkan sebanyak RM185,000.

Sharonica berkata Ezekiel telah berada wad di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur untuk pemantauan lanjut bagi persediaan pembedahan pemindahan hati.
Pembedahan itu dijangka berlangsung di Hospital Renji, Shanghai di China dimana bapanya, Philip Neh dikenal pasti sebagai penderma hati.


https://www.utusanborneo.com.my/2025/02/14/terima-kasih-semua-dana-untuk-pemindahan-hati-adik-ezekiel-sudah-ada

Rate
There are 1 People reward the building owner
88 Views
0 Reply

No comments yet, click me grab the couch