Borneo
ADVERTISEMENT

Vellfire Lv.24

Fav
Super Moderator | Credits 646169   


MIRI: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak menuntut penjelasan daripada pihak berwajib tentang punca bekalan tong gas LPG terputus untuk mengurangkan kegusaran rakyat di seluruh negeri.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sarawak Roland Engan berkata, pihaknya mendapat aduan daripada orang ramai sejak seminggu lalu tentang insiden bekalan tong gas yang terputus.

"Pada hari ini pula, didapati bekalan tong gas terjejas di banyak tempat di seluruh Sarawak," jelas beliau dalam kenyataan, hari ini.

"Keadaan ini sangat mengejutkan semua sebaik sahaja rakyat mendengar pengumuman bahawa PETROS menjadi pengedar tunggal gas di Sarawak dan AirBorneo pula ialah nama syarikat penerbangan Sarawak diumumkan oleh Premier," jelasnnya.

Beliau menambah, sekiranya masalah tersebut berpanjangan, ia akan menjejaskan persiapan ibu bapa untuk mendaftar anak-anak mereka ke sekolah pada hujung minggu depan.

Roland berharap agar bekalan gas itu diselesaikan dengan segera dan merayu agar tiada pihak cuba mengambil kesempatan menaikkan harga gas LPG sewenang-wenangmya sehingga menambah bebanan rakyat, khususnya mangsa  banjir.


Rate
There are 1 People reward the building owner
75 Views
0 Reply

No comments yet, click me grab the couch