Borneo
ADVERTISEMENT

Vellfire Lv.24

Fav
Super Moderator | Credits 646169   


Fazzrudin menerima surat pelantikan semula daripada Abang Johari. - Gambar UKAS

KUCHING: Dato Fazzrudin Abdul Rahman dilantik semula sebagai Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak berkuat kuasa hari ini.

Memetik laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), majlis angkat  sumpah berlangsung di Wisma Bapa Malaysia disaksikan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Pelantikan semula Fazzrudin menandakan kesinambungan perkhidmatan beliau dalam jawatan tersebut setelah pertama kali dilantik pada 18 Februari 2022.

Dengan tempoh perkhidmatan selama tiga tahun, Fazzrudin terus memainkan peranan penting dalam sistem penyampaian pentadbiran negeri ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong merupakan Ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Tupong.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.


Fazzrudin mengangkat sumpah semula sebagai Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak. - Gambar UKAS


Rate
There are 1 People reward the building owner
81 Views
0 Reply

No comments yet, click me grab the couch