Borneo
ADVERTISEMENT

Vellfire Lv.24

Fav
Super Moderator | Credits 646579   
Edited by Vellfire at 15-2-2025 02:50 PM



Yu Ji (empat kiri) bersama Minos (tiga kiri) dan Sim (dua kanan) serta yang lain merakamkan kenangan selepas sidang media di pejabat HSL hari ini.

KOTA SAMARAHAN: HSL Samarahan Marathon 2025 kembali lagi untuk edisi ketiga pada 14 dan 15 Jun depan, menjanjikan pengalaman yang lebih mendebarkan untuk pelari kompetitif dan kasual.

Pembantu Khas kepada Pengarah Urusan HSL Yu Ji berkata, acara tersebut begitu cemerlang tahun lalu dengan penyertaan lebih 2,800 peserta, justeru HSL menyasarkan antara 3,000 dan 4,000 penyertaan bagi edisi tahun ini.

"Apa yang menarik pada tahun ini, pihak kami menawarkan hadiah wang berjumlah RM39,500, selain laluan larian yang menarik bagi mengatasi rekod peribadi pelari serta baju penyertaan dan pingat yang unik sebagai koleksi peribadi mereka," ujarnya pada sidang media HSL Samarahan Marathon 2025 di sini, hari ini.

Yu Ji berkata, acara tersebut telah mendapat penyertaan awal seramai 800 pelari, dengan kategori 21km menjadi pilihan ramai setakat ini.

Mengulas lanjut, Yu Ji berkata Fun Run (6km dan 3km) akan berlangsung pada petang Sabtu 14 Jun, manakala larian kompetitif (42km, 21km dan 10km) dengan hadiah wang tunai akan bermula pada Ahad, 15 Jun dari jam 1 pagi hingga 5.30 pagi.

Yuran pendaftaran adalah antara RM60 dan RM139, jelasnya.

"Anugerah Kostum Terbaik turut diadakan semula atas permintaan ramai untuk mengenakan pakaian paling kreatif dan menghiburkan serta dinilai oleh pempengaruh sebagai tetamu khas yang akan diberikan ganjaran menerusi kategori Fun Run.

"Selain itu, semua peserta akan berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai," katanya.

Bagi peserta luar, rakan kongsi hotel rasmi Citadines Uplands Kuching dan Rume Hotel sekali lagi menawarkan diskaun istimewa dan pengangkutan ke tapak permulaan acara, sekali gus memastikan perjalanan perlumbaan yang selesa, tambahnya.

Garisan permulaan dan penamat adalah di pusat beli-belah La Promenade, dengan laluan indah di sepanjang Jalan Tanjong Bako yang baru siap dan melalui gedung ilmu Samarahan - Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).


Kemeja-T bagi pelari yang menamatkan maraton 42km sempena HSL Samarahan Marathon 2025 pada 14 dan 15 Jun depan.
Seramai 200 sukarelawan, termasuk 30 pengiring perlumbaan, polis trafik, pasukan pertolongan cemas dan kru stesen minuman, akan memastikan acara itu berjalan dengan selamat dan lancar, katanya.

Menurutnya lagi, kerjasama dengan UNIMAS dan Universiti Teknologi MARA membawa 100 lagi sukarelawan pelajar untuk membantu dengan pengumpulan pek perlumbaan, stesen minuman, dan pengedaran barangan.

"Kami menyasarkan untuk menjadi salah satu maraton terulung di rantau ini," kata Penyelaras Acara HSL Stephen Sunny.

"Kami menanda aras pengacaraan ini sebagai perlumbaan antarabangsa dengan amalan terbaik.

"Untuk maraton penuh, kami mempunyai enam pasukan 'pacer' pada selang 30 minit; untuk separuh maraton, jaraknya 15 minit. Mempunyai 'pacer' yang mencukupi adalah penting untuk larian jarak jauh.

"Selain itu, kedua-dua pelari 21km dan 42km akan menerima baju-T penamat - jarang berlaku untuk peserta separa maraton. HSL mahu memberikan komuniti larian perkara yang paling mereka hargai," tambahnya.

HSL mula menganjurkan acara larian pada 2022, bermula dengan jarak dekat dan 21km.
Pada 2024, kategori maraton penuh telah diperkenalkan yang berjaya menarik pelari dari Kenya, Singapura, Kuala Lumpur dan Brunei.

Pasukan Haolian Sarawak sendiri (sekumpulan pelari elit) turut mengambil bahagian dengan sembilan ahli mencapai prestasi terbaik.

"Samarahan adalah mendatar, menjadikan acara HSL antara yang terpantas," kata Andy Yeo dari pasukan Haolian.

Hadir sama pada sidang media tersebut ialah Pengerusi Majlis Perbandaran Kota Samarahan Dato Peter Minos ditemani Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kawalan Bangunan dan Landskap MPKS Kaunselor Dato Sim Kiang Chiok.

Daftar sekarang di jomrun.com/event/HSL-Samarahan-Marathon-2025 atau checkpointspot.asia/event/samarahan-marathon-25 .

Untuk maklumat lanjut, layari lapromenademall.com.my atau cari @lapromenademall dan #samarathon di media sosial.


Rate
There are 1 People reward the building owner
82 Views
0 Reply

No comments yet, click me grab the couch