Gosip Tempatan
ADVERTISEMENT

Raline Lv.20

Fav
Legenderer | Credits 162344   



PELAKON Amyza Aznan berkongsi khabar duka anak lelakinya iaitu Andre Mikhail, 19, disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Amyza sendiri selepas tiga minggu anaknya itu menerima rawatan di Hospital Ampang, Selangor.

“Sekarang ini anak saya didiagnos kanser paru-paru tahap tiga.



“Air dalam paru-paru dah masuk jantung. Paru-paru sebelah kanan sudah tidak berfungsi," katanya.

Amyza memaklumkan perkara tersebut menerusi hantaran Instagram miliknya pada Sabtu.

Dalam hantaran tersebut dia juga berkongsi video sedang mengisi borang menyatakan pemberitahuan pesakit tenat selain kebenaran menjalani prosedur.

Meskipun dalam keadaan sakit, Amyza memberitahu Andre tenang menerima dugaan yang berlaku.

Malah anak kesayangannya itu kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital tersebut bagi pemantuan dan menjalani prosedur yang tidak dinyatakan.

“Ketika ditolak ke ICU untuk prosedur, dia sangat tenang, mata yang tenang.

“Semua jururawat juga cakap dia sangat kuat," ujarnya.

  


Andre sebelum ini dimasukkan ke Hospital Ampang apabila doktor mengesahkan terdapat ketumbuhan di bahagian paru-parunya.

Ketika itu dia perlu menunggu keputusan ujian sampel yang dilakukan pihak hospital bagi menentukan penyakit sebenar.

Amyza juga mengharapkan doa orang ramai agar anaknya itu kembali sembuh.

"Saya merayu tumpagkan doa dari semua untuk keajaiban kesembuhan anak soleh saya," luahnya.

Sumber – mstar

Attachment: You need to Login for download or view attachments. No account yet? Register
8443 Views
85 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


TTun_Teja Lv.11 2#

Highlander | Credits 9750   
Innalillahiwainnailaihirojiun..
Semoga Allah yg  maha mengasihani membuka jln utk memudahkan setiap urusan anakanda dan mengurniakan syifa kesembuhan buatnya. Aamiin.

naina Lv.15 3#

Gladiator | Credits 35835   
Anak dia ada berapa
Semoga diberi kesembuhan secepatnya
Punca kanser paru2 apa ya
Simptom2..batuk2

per706 Lv.9 4#

Adventurer | Credits 3463   
Semoga diberi kesembuhan,diberi kekuatan buat anak Dan ibu..semoga diangkat segala penyakit Dan dilapangkan Jalan untuk segala usaha penyembuhan..semoga diangkat darjat disisi Allah atas setiap dugaan..... insyaAllah Aamin Allahumma Aamin.....
Follow Us

kepompong Lv.12 5#

Defender | Credits 12911   
Anak dia hisap vape tak?


Terigt anak sultan yg meninggal kanser, ada desas desus kata puncanya vape. Pastu ada la yg perjuangkan pasal bahaya vape dulu2 tu.

kepompong Lv.12 6#

Defender | Credits 12911   
Sorry . Mangkat


Malas nak edit

asamfish Lv.12 7#

Defender | Credits 12185   
allahuakbar......semoga sipermudahkan dan diberi kesembuhan...

ADVERTISEMENT


kashaz Lv.10 8#

Survivor | Credits 5121   
Tgk dia tulis bday 22/2.  Tak lama lg tu..
Moga diberi kekuatan

rayna_raynes Lv.14 9#

Fighter | Credits 28802   
Ni bukan yang suara sedap nyanyi tu kan? Yg nyanyi lagu ku bersuara tu

DeLuna85 Lv.10 10#

Survivor | Credits 6174   
Muda lagi. Semoga diberi kesembuhan.

cap_ayam Lv.12 11#

Defender | Credits 10944   
Semoga Allah swt sembuhkan penyakit anak ini.

zehra2 Lv.15 12#

Gladiator | Credits 32095   
jgn putus asa. skrg byk kaedah rawatan. moga dipermudahkan urusan.
moga cepat sembuh

NazRysha Lv.11 13#

Highlander | Credits 8491   
Semoga Tuhan angkat kesakitan anak Amiza Adnan
Semoga cepat sembuh
Amin

nazzse Lv.14 14#

Fighter | Credits 24606   
Syafakallah, moga diberi kesembuhan & dikurangkan kesahitan untuk andre. Semoga parents terus kuat.

Kuat Amyza ni, laki sakit ni anak plak. Makin keding sheols ni

imanjannah Lv.12 15#

Defender | Credits 13269   
Semoga cepat sihat. Dugaan buat amyza.. Tok laki nya pun dulu sakit kan

ADVERTISEMENT


Mamason Lv.11 16#

Highlander | Credits 8358   
Semoga diberikan syifa dan kesembuhan oleh Allah swt dan dipermudahkan segala urusan beliau sekeluarga.

Incanto Lv.16 17#

Conqueror | Credits 48862   
Syafahullah

semoga Amyza dan anak kuat menempuhi dugaan dan di permudahkan segala urusan

Minami2013 Lv.14 18#

Fighter | Credits 28686   
Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul.

Moga Allah mudahkan urusan rawatan, di kurniakan ketenangan buat andre dan keluarga dalam menempuhi ujian ini. Moga Allah angkat kesakitan ini dan dikurniakan kesembuhan sepenuhnya drpd penyakit ini.

Binodino Lv.10 19#

Survivor | Credits 5683   
Quote: kepompong replied at 16-2-2025 12:22 AM
Anak dia hisap vape tak?



Ya. Sebab tu negeri selatan haramkan vape.

Aku harap YDPA bertitah supaya haramkan vape 1 negara. Nak harapkan kerajaan, lambert lagi sebab katanya kerajaan dapat kutip hasil cukai dari vape.

ainonymous Lv.7 20#

Revolutioner | Credits 1587   
Quote: Binodino replied at 16-2-2025 10:55 AM
Ya. Sebab tu negeri selatan haramkan vape.

Aku harap YDPA bertitah supaya haramkan vape 1 negara. ...

oohh iols baru tau yang negara selatan haramkan vape. bagus la gitu kalau boleh haramkan negara malaysia juga
1234.. 5Next