Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

Raline Lv.20

Fav
Legenderer | Credits 177826   



SEORANG pemandu teksi ditahan polis selepas didakwa merogol seorang pelajar perempuan di sebuah taman, pada Khamis.

Mangsa dikatakan sering menaiki teksi suspek untuk ke sekolah.

Polis memberitahu, selepas melakukan perbuatan rogol itu, pemandu berkenaan memasukkan kit ujian kehamilan dalam beg sekolah mangsa.

"Ia bertujuan supaya mangsa boleh menjalani ujian sendiri sekiranya dia merasakan dirinya hamil," katanya.

Kejadian berlaku di Jalpaiguri, India. Laporan bagaimanapun tidak menyatakan umur mangsa.

Sementara itu, Penguasa Polis Jalpaiguri, Umesh Ganpat Khandbahale berkata, suspek ditahan mengikut Akta Perlindungan Kanak-Kanak.

Menurut Umesh, ibu mangsa mendapati anak perempuannya berasa sangat tertekan selepas pulang ke rumah pada Khamis.

"Ibu mangsa juga menjumpai kit ujian kehamilan dalam beg sekolah, dan mengetahui tentang perbuatan (rogol) itu daripada anak perempuannya," katanya.

Keluarga mangsa kemudian membuat laporan polis pada Jumaat sebelum membawa kepada penahanan suspek.

Sebagai peringatan, perbuatan rogol dan cabul adalah salah di sisi undang-undang dan dilarang dalam Islam, maka semua perlu menjauhinya. -Agensi

Sumber – mstar

Attachment: You need to Login for download or view attachments. No account yet? Register
3119 Views
0 Reply

No comments yet, click me grab the couch