Isu Semasa
ADVERTISEMENT

Raline Lv.20

Fav
Legenderer | Credits 163950   



Ipoh: Seorang wanita ditemukan maut dalam tandas yang berkunci di sebuah rumah di Taman Yuk Kwan dekat Batu Gajah, pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan oleh suami mangsa pada 9.33 pagi.

Beliau berkata, pihak bomba menggerakkan sebuah jentera bersama empat anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Gajah dan tiba di lokasi kejadian tiga minit kemudian.

"Sejurus tiba di lokasi kejadian, anggota bomba kemudian memotong kunci pintu tandas menggunakan peralatan khas.

"Pihak kami mendapati mangsa yang berusia 44 tahun terbaring kaku dalam tandas dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai Kementerian Kesihatan (KKM)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sabarodzi berkata, mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada 9.46 pagi.

Sumber – Harian Metro

Attachment: You need to Login for download or view attachments. No account yet? Register
Rate
There are 1 People reward the building owner
3236 Views
2 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


pengecatbintang Lv.12 2#

Defender | Credits 13107   
makin ramai tetiba :

- mati mengejut akibat jantung

- dapat kanser trus stage 4 (biasa kanser hati)

- mati dalam tido

bekcin kubid?

noor2 Lv.20 3#

Legenderer | Credits 162634   
Innalillah

Berhantu la tandas yg dah mmg hantu suka..

All contents are displayed