Isu Semasa
ADVERTISEMENT

Raline Lv.20

Fav
Legenderer | Credits 162469   



Sungai Petani: Usaha Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) 'menawan' Kedah kembali pada pilihan raya akan datang, dilihat tidak mustahil melalui gerak kerja yang teratur.

Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kejayaan kerajaan Islam suatu masa dulu menawan Kota Konstantinopel (kini Istanbul) wajar dijadikan sumber inspirasi dalam usaha menawan kembali negeri itu.

Beliau berkata, Nabi Muhammad SAW sendiri dalam hadisnya menyebut bahawa umat Islam akan berjaya menawan Kota Konstantinopel, walaupun ketika itu dakwah baginda cuba dihalang.

"Dalam keadaan itu pun Nabi berkata 'suatu hari nanti tentera Islam akan tawan Konstantinopel, ketika itu pemimpinnya sangat hebat dan tenteranya sangat berdisplin.

"Ketika awal perjuangan Islam, orang takut dan tak sokong, tetapi Nabi Muhammad SAW tunjuk hala tuju dengan yakin suatu hari Konstantinopel akan diambil, ketika itu Konstantinopel adalah kuasa besar dunia.

"Sirah Nabi Muhammad SAW itu wajar kita ambil contoh untuk ikut, maknanya kita ini setakat untuk ambil alih Kerajaan Kedah saja, bukan nak tumpah darah, setakat nak jatuhkan Sanusi (Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ucapan penggulungan Konvensyen Perpaduan Negeri Kedah di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid; Pengerusi DAP Kedah, Tan Kok Yew dan Pengerusi Amanah Kedah, Asmirul Anuar Aris.

Saifuddin berkata, dalam politik terdapat gelombang pasang dan surut dengan beliau tidak menafikan kelebihan itu kini berada pada pihak Perikatan Nasional (PN).

"Sekarang gelombang ada pada dia, tetapi gelombang ada pasang surutnya, gelombang pasang itu tak akan pergi kepada 33 (kerusi Dewan Undangan Negeri PN) lagi.

"Tiba masa gelombang akan surut, gelombang pergi pada kita pula. Itulah hukum alam, kerana itu kita dengan tawaduk, penuh insaf dan sedar diri akan tunggu waktu itu," katanya.

Sementara itu, Saifuddin pada sidang media selepas program berkata, beliau tidak bimbang dengan keyakinan Muhammad Sanusi dalam mempertahankan Kedah di bawah kepimpinan PN.

"Saya tidak ada gundah-gulana dengan kenyataan Menteri Besar yang penuh yakin seperti ungkapannya suruh kita tunggu sampai kiamat. Itu adalah karakter dia, dia boleh teruskan kerana tiada siapa boleh ubah.

"Tapi tak ada siapa boleh sekat gerak kerja kita dan akhirnya kita serah kepada kebijaksanaan rakyat Kedah. Tak ada yang mustahil dalam dunia ini melainkan melalui usaha yang berterusan," katanya.


Sumber – Harian Metro

Attachment: You need to Login for download or view attachments. No account yet? Register
Rate
There are 1 People reward the building owner
5089 Views
22 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


JohnDeSouza Lv.12 2#

Defender | Credits 12421   
jangan harap saifudin batak

caprut Lv.13 3#

Challenger | Credits 15804   
Kelakar PH ni

miss_white Lv.13 4#

Challenger | Credits 16908   
Quote: JohnDeSouza replied at 15-2-2025 04:46 PM
jangan harap saifudin batak

Mimpi di siang hari lah si batak ni
Follow Us

mrseller Lv.9 5#

Adventurer | Credits 4144   
Anak merogol pun tak boleh setel. Hahahaha

zorrro_03 Lv.14 6#

Fighter | Credits 28678   
batak ni masih guna naratif sama spt mereka menyerang  umno dulu.  nak kelompokkan puak dia mcm tentera tawan konstantin.   keji betul setan ni...

TomyamPuteh Lv.12 7#

Defender | Credits 13029   
Menantu ke cucu yang datang dulu?

ADVERTISEMENT


ChildrenOfBodom Lv.16 8#

Conqueror | Credits 41731   
konstatinopel laa sangat, hang pon kalah teruk kt kulim-bandar baharu dulu din.. lebih 13k majoriti. terpaksa lantik jadi senator sbb nk bagi jadi menteri..

nusaraya Lv.9 9#

Adventurer | Credits 3436   
Edited by nusaraya at 16-2-2025 09:38 AM
Quote: miss_white replied at 16-2-2025 07:35 AM
Mimpi di siang hari lah si batak ni

Hahahaha .. Jika Bangsa "WAHAM" MalayDesh Mahawangsa telah megklaim dirinya sebagai Penguat Kuasa Alam Melayu .. Apakah ini "MIMPI" atau "KELAKAR" belaka ?

Mahathirina Lv.10 10#

Survivor | Credits 5198   
Merepek memang senang.

xy_daen Lv.13 11#

Challenger | Credits 18347   
Kasi menang di kawasan kau bertanding dulu lah bahalol

caprut Lv.13 12#

Challenger | Credits 15804   
PRU16 hunam jela PH ni. Aku harap sgt amanah kluar cepat2 dari pakatan

zuuu Lv.9 13#

Adventurer | Credits 3908   
Pe benda yg ko mengarut ni???nk compare pon agak2lah

miss_white Lv.13 14#

Challenger | Credits 16908   
Quote: nusaraya replied at 16-2-2025 02:36 AM
Hahahaha .. Jika Bangsa "WAHAM" MalayDesh Mahawangsa telah megklaim dirinya sebagai Penguat Kuasa A ...


Ko indon pun dh pandai buat modal panggil negara org malaydesh

Ni semua keje melayu2 tolol  yg komen dkt fb tu yg mula kn gelar malaydesh
Aku baru lps gaduh dgn indon dkt fb
Kemain sekor2 sebut malaydesh
Bodoh punye indon


Belibis Lv.12 15#

Defender | Credits 14352   
Pehhh..islamik betul analoginya.mungkin berkat ajaran ngah komeng.

ADVERTISEMENT


Skuau Lv.15 16#

Gladiator | Credits 32839   
Quote: caprut replied at 16-2-2025 05:37 PM
PRU16 hunam jela PH ni. Aku harap sgt amanah kluar cepat2 dari pakatan

"Eh! mana vole...sedap apa jadi mintiri"-Mat Mintiri

JohnDeSouza Lv.12 17#

Defender | Credits 12421   
Quote: miss_white replied at 16-2-2025 07:35 AM
Mimpi di siang hari lah si batak ni

mimpi siang hari minah batak nih

plywood Lv.10 18#

Survivor | Credits 6473   
ni tak ada kaitan dengan konstantinopel. politik jer pun... buatlah kempen betul2. fikir apa nak buat dengan kehidupan rakyat.. apa yg boleh dia tawarkan.

plywood Lv.10 19#

Survivor | Credits 6473   
ni tak ada kaitan dengan konstantinopel. politik jer pun... buatlah kempen betul2. fikir apa nak buat dengan kehidupan rakyat.. apa yg boleh dia tawarkan.

nono86 Lv.9 20#

Adventurer | Credits 3148   
Dah kenapa ko nak samakan perjuangan isi tembolok korang ni dengan perjuangan suci nabi S.A.W. kita? Dah tu pulak korang ke yang takluk konstatinopel tu?????? Kalau tak masuk bakul angkat sendiri memang bukan PH la
12Next