Isu Semasa
ADVERTISEMENT

Raline Lv.20

Fav
Legenderer | Credits 162464   



Sejak mengambil alih pentadbiran Amerika Syarikat (AS) Januari lalu, Donald Trump dilihat tidak duduk diam dan membuat pelbagai pengumuman dengan sebahagian besarnya mengundang kontroversi.

Di saat awal mengambil alih Rumah Putih, langkah yang boleh dipuji adalah usahanya menyegerakan gencatan senjata antara Israel dan Hamas dengan beberapa episod pertukaran tahanan berjaya dilakukan.

Pengumuman paling mengejutkan adalah apabila beliau menyuarakan hasrat untuk mengambil alih Semenanjung Gaza selepas rakyat Palestin dipindahkan keluar ke negara lain.

Trump mendedahkan rancangannya yang sungguh mengejutkan itu, tanpa memberikan butiran terperinci, pada satu sidang media bersama Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, di Washington.

Sebelum pengumuman itu dibuat, beliau turut menyuarakan cadangan kontroversi untuk memindahkan rakyat Palestin keluar dari Gaza ke Mesir dan Jordan secara kekal.

Katanya, usaha berkenaan untuk membolehkan AS menjalankan kerja menangani bom belum meletup, meratakan tapak dan mengalihkan bangunan yang musnah, selain mewujudkan pembangunan ekonomi yang bakal menyediakan penempatan serta pekerjaan tanpa batas kepada penduduk di kawasan itu.

Wilayah itu akan dikenali sebagai Riviera Timur Tengah.

Bagaimanapun, ketika didesak wartawan, Trump tidak memberi respons secara langsung terhadap soalan mengenai bagaimana dan di bawah kuasa apa yang membolehkan AS mengambil alih Gaza serta mendudukinya dalam jangka panjang.

Cadangan berkenaan menimbulkan kemarahan penduduk dunia apatah lagi apabila beliau mengatakan bahawa rakyat Palestin tidak akan dibenarkan kembali ke Gaza di bawah rancangan 'pembangunan semula' itu.

Dalam petikan temu bual yang disiarkan pada Isnin, Trump memberitahu Bret Baier dari Fox News bahawa "Saya akan memilikinya" yang merujuk kepada Gaza.

Ia bertentangan dengan kenyataan pegawai AS sebelum ini yang mencadangkan penduduk Gaza hanya dipindahkan buat sementara.

Dalam satu temu bual itu, Trump berkata, perjanjian dengan Jordan dan Mesir boleh dibuat untuk menempatkan penduduk Palestin, malah katanya AS akan menyalurkan 'berbilion dolar setahun' kepada kedua-dua negara itu.

Trump juga berkata, beliau tidak menolak kemungkinan membenarkan beberapa bahagian wilayah itu dibangunkan semula oleh negara lain di Asia Barat.

Katanya, beliau komited untuk membeli dan memiliki Gaza dan mungkin menyerahkannya kepada negara lain di Asia Barat untuk membina bahagian tertentu atau pihak lain boleh melakukannya di bawah pengawasan AS.

Pengumuman Trump itu ternyata menimbulkan kecaman pelbagai negara termasuk pemimpin utama negara Arab.

Malah, Imam Besar Masjid Al-Aqsa Sheikh Dr Ekrima Said Sabri turut menegaskan rakyat Palestin menolak rancangan untuk dipindah keluar dan tetap komited mempertahankan tanah air mereka.

Beliau mendakwa rancangan untuk memindahkan rakyat Palestin ini bertujuan untuk menguasai Masjid Al-Aqsa dan melemahkan mereka yang berjuang menentang rejim Israel.

Utara Gaza, termasuk bandar raya Gaza, menjadi kawasan paling teruk terjejas akibat peperangan dan lebih parah sejak Israel melancarkan serangan besar-besaran pada Oktober tahun lalu.

Walaupun hanya tinggal serpihan bangunan, ramai yang tetap kembali ke tapak kediaman mereka dan membina khemah di antara runtuhan dan menetap di situ.

Penduduk Gaza berpendapat bahawa sebarang percubaan untuk mengusir mereka dari wilayah itu akan mengingatkan kembali detik hitam yang dikenali dunia Arab sebagai Nakba atau malapetaka – pemindahan besar-besaran rakyat Palestin ketika penubuhan Israel pada 1948.

Program Makanan Sedunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan dalam tempoh hanya beberapa hari, kira-kira 500,000 orang kembali semula ke utara Gaza.

Sementara itu, Profesor Adjung Institut Asia-Eropah Universiti Malaya (UM), Dr Johan Saravanamuttu dalam Forum BN membincangkan 'Impak Polisi Trump' berkata, dasar luar dan domestik Trump yang agresif pada penggal kedua pentadbirannya memperlihatkan tindak balasnya terhadap kepercayaan bahawa hegemoni AS semakin merosot.

Katanya, idea itu adalah teras kepada kempen 'Make America Great Again' Trump, menunjukkan bahawa AS telah kehilangan penguasaan globalnya dan perlu merebut kembali kedudukan itu.

Menurutnya, persaingan daripada China adalah faktor utama yang mempengaruhi pendekatan Trump sebagaimana yang dilakukan ketika pentadbiran penggal pertama terarah kepada usaha untuk mengehadkan kebangkitan China, terutamanya dalam perdagangan dan teknologi.

Ini bermakna, pengumuman demi pengumuman dibuat Trump ini umpama cuba menunjuk 'taring' kepada China bahawa dia mempunyai kuasa yang besar.

Untuk bersaing dalam bidang teknologi, nampak gaya semakin banyak syarikat China melangkah jauh ke hadapan terutama dalam bidang automotif dan teknologi.

Maka, Trump gunakan hubungan eratnya dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk sama-sama 'menunjuk kuasa'.

Tidak keterlaluan untuk mengatakan satu hari nanti, mungkin kita akan saksikan pertelagahan antara Trump dan Netanyahu pula.

Apa saja rancangan Trump, pasti ada 'udang di sebalik batu' dan kita berdoa agar niat Trump tidak menambah seksa penduduk Palestin.

Sumber – Harian Metro

Attachment: You need to Login for download or view attachments. No account yet? Register
Rate
There are 1 People reward the building owner
3650 Views
8 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


Dwdrum Lv.14 2#

Fighter | Credits 23344   
Edited by Dwdrum at 15-2-2025 08:51 AM

Dr johan suruh china ganti kan united states boleh? Support UNRWA...  china kaya... Tetapi haprak....hanya 90 days hold... Or malaysia tolong ganti kan US bayar support hamas kan?.. Kenapa sibuk sangat kata support BRICS...

caprut Lv.13 3#

Challenger | Credits 15804   
Cepat la perang

Dwdrum Lv.14 4#

Fighter | Credits 23344   
Quote: caprut replied at 15-2-2025 03:24 PM
Cepat la perang

Pergi perang di palestine la direct heaven...
Follow Us

naina Lv.15 5#

Gladiator | Credits 35835   
Dah nak mampus pun tamak lagi

Dwdrum Lv.14 6#

Fighter | Credits 23344   
Edited by Dwdrum at 15-2-2025 05:41 PM
Quote: naina replied at 15-2-2025 05:06 PM
Dah nak mampus pun tamak lagi


Kenapa tidak kata kepada ereb gulf?....boleh panggil penvecatbintang bincang hotang amerika... Malaysia lebih baik...

caprut Lv.13 7#

Challenger | Credits 15804   
Quote: Dwdrum replied at 16-2-2025 08:52 AM
Pergi perang di palestine la direct heaven...

Nti kontroversi kata rakyat malaysia gila nk prgi perag

ADVERTISEMENT


Dwdrum Lv.14 8#

Fighter | Credits 23344   
Quote: caprut replied at 15-2-2025 05:45 PM
Nti kontroversi kata rakyat malaysia gila nk prgi perag

Ini sebagai excuse?.... GOD permit masih valid.... Kenapa takut manusia sedang kan sendiri seperti tidak takut mati..

Purplehaz Lv.8 9#

Honour | Credits 2352   
Drama much!

All contents are displayed