View: 17663|Reply: 7
|
[Tempatan]
Keluasan Tanah Rizab Melayu hampir 5 juta hektar setakat Jun 2024, menunjukkan peningkatan sebanyak 104.55 peratus - Huang Tiong Sii
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Jumlah keseluruhan keluasan Tanah Rizab Melayu (TRM) di Semenanjung Malaysia adalah seluas 4,955,870.89 hektar setakat 30 Jun 2024, kata Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Huang Tiong Sii.
Beliau berkata jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 2,533,150.8 hektar atau 104.55 peratus, berbanding data terawal keluasan TRM yang direkodkan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) pada 1947 iaitu seluas 2,422,720 hektar.
Bagaimanapun jumlah itu tidak termasuk Pulau Pinang dan Melaka yang tidak mempunyai enakmen TRM.
"Perkara berhubung TRM adalah di bawah bidang kuasa negeri, meskipun begitu, isu berkaitan TRM sentiasa dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) yang diwujudkan di peringkat Persekutuan yang berperanan merundingkan perkara-perkara berhubung tanah antara Kerajaan Persekutan dan Kerajaan Negeri," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Young Syefura Othman (PH-Bentong) yang ingin tahu tindakan Kerajaan Persekutuan untuk memastikan keluasan TRM tidak berkurangan dan mekanisme untuk mengatasi isu-isu berbangkit berkaitan TRM.
Menjelas lanjut, Tiong Sii berkata selaras keputusan Mesyuarat MTN ke-69, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) berperanan sebagai penyelaras untuk pengumpulan data TRM dengan beberapa sesi libat urus bersama pentadbiran tanah negeri dengan kerjasama Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) diadakan bagi mendapatkan data TRM yang tepat.
Beliau berkata data itu kemudiannya digunakan oleh NRES dalam mewujudkan satu sistem pangkalan data TRM berpusat untuk rujukan bagi tujuan pembangunan akan datang.
Sumber – BERNAMA
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Malay reserve ni undang2 peninggalan British untuk menyelamatkan tanah melayu dari kapitalis British tapi sekarang jadi perisai against rakyat sendiri dari keturunan pendatang. Satu kesan sampingan yang tak berapa best ialah value jatuh.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nusaraya at 17-2-2025 04:59 PM
Mana yang benar ... Bertambah atau berkurang ...?
Apakah Tanah di Alam Melayu juga boleh diklaim sebgai Tanah Rizab Melayu milik Bangsa Melayu Mahawanga ? 
|
|
|
|
|
|
|
|
Sekadar nak cover hal sebenar. |
|
|
|
|
|
|
|
nusaraya replied at 17-2-2025 04:45 PM
Mana yang benar ... Bertambah atau berkurang ...?
Apakah Tanah di Alam Melayu juga boleh diklaim seb ...
Ternyata..negara tertangga iri...banget. |
|
|
|
|
|
|
|
kene tgk gak kegunaan tanah tu camne, mcm kt perak mana2 tanah wakaf bawah baitulmal wajib masuk rizab Melayu. so kawasan wakaf baitulmal ni banyak macam masjid, surau, tanah kubur, rumah anak yatim. kt belah2 selangor plak yg aku tau mana2 hutan simpan pun masuk rizab Melayu jugak. mana tak bertambahnya rizab melayu kalau tanah mcm tu pun dirizabkan |
|
|
|
|
|
|
|
pastu ada jugak, tanah rizab melayu yg dulu lot kosong terbagi kat bukan melayu. ni kisah zaman sblm merdeka banyak kes mcm ni, almaklumla zaman dulu mana ada GIS suma manual lg. kalau dalam enakmen rizab melayu, diorang layak duduk kat situ, tapi once bertukar kepada melayu, yang melayu dh tak boleh kasi pada bukan melayu semula. sudahnye geng2 mcm ni mmg akan jual sesama diorg jelah. yg dok liberal sgt rizab melayu ni dasar apartheid, kalau apartheid mmg mati2 bleh ja tanah tu dirampas atas dasar rizab melayu tp sebab kesian kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Ada bukti ke?
Ku tak percaya |
|
|
|
|
|
|
| |
|