CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28567|Reply: 4

[Tempatan] JIPS minta ketua polis negeri semak dakwaan dalam media sosial termasuk akaun Telegram, Edisi Siasat

[Copy link]
Post time 17-2-2025 09:53 PM | Show all posts |Read mode



IPOH – Semua Ketua Polis Negeri diminta bertindak segera dengan menjalankan siasatan terhadap dakwaan salah laku warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang didedahkan melalui media sosial termasuk akaun Telegram, Edisi Siasat.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad berkata, semakan juga perlu dilakukan bagi mengenal pasti punca dakwaan tersebut disebarkan.

“Contohnya Ketua Polis Perak baharu sahaja lapor diri dan keluar isu di negeri ini, seharusnya beliau bertindak segera, lihat ada asas atau tidak dakwaan itu.

“Apabila sudah dikenal pasti tiada asas dakwaan berkenaan, kita buat pula semakan kenapa jadi begitu (timbulnya dakwaan tersebut),” katanya dalam sidang akhbar pada Majlis Serah Tugas Ketua Polis Perak di Mes Pegawai Kanan Perak, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai trend aduan berkaitan salah laku warga PDRM yang dibuat menerusi media sosial berbanding disalurkan menerusi saluran rasmi PDRM.

Menurut beliau, dalam menyiasat sebarang isu membabitkan warga polis, beliau sendiri turun padang untuk mengesahkan dakwaan tersebut selain siasatan yang dilakukan oleh Bahagian Risikan dan Operasi JIPS.

Bagaimanapun katanya, tindakan lanjut sukar dijalankan ekoran dakwaan dibuat dalam saluran tersebut adalah lebih kepada surat terbuka dan tiada butiran mahupun maklumat tepat mengenai isu yang diketengahkan.

Sumber  – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2025 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo ikut ES, bos sprm pun sama x bleh pakai
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 12:22 AM | Show all posts
otai_g replied at 17-2-2025 09:59 PM
Kalo ikut ES, bos sprm pun sama x bleh pakai

open secret meehhh. cakap kuat2, semua ke dalam nanti. kena tangkap men in black. so kita angguk-angguk geleng-geleng je
sama la jugak si polan sana, si polan sini

moga dapat balasan setimpal kelak
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 09:37 AM | Show all posts
Followers ES dah berjuta baru nak check n balance ...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
vanilacup replied at 18-2-2025 09:37 AM
Followers ES dah berjuta baru nak check n balance ...

Sib baik ada ES, kalau x, sampai kesudah xde check n balance. ES ni mcm whistleblow la. Maybe x semua betul dlm ES tu cuma depa2 ni xde lah berani nak suka suki salah guna kuasa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 09:40 PM GMT+8 , Processed in 0.249561 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list