View: 34335|Reply: 1
|
[Dunia]
Donald Trump pecat ratusan pengawal trafik udara
[Copy link]
|
|
WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memecat beratus-ratus pengawal trafik udara, beberapa minggu selepas sebuah pesawat milik American Airlines dan helikopter tentera, Black Hawk bertembung di udara, lapor akhbar Metro UK semalam.
Presiden Pakar Keselamatan Penerbangan Profesional, David Spero berkata, ratusan pekerja Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) yang dalam tempoh percubaan mula menerima notis pemberhentian pada Jumaat lalu.
Menurutnya, mereka dipecat tanpa sebab, sama ada kerana prestasi atau kelakuan.
Kebanyakan pekerja percubaan telah diambil bekerja kurang dari setahun dan tidak mempunyai hak untuk membuat rayuan.
Pekerja-pekerja yang dipecat itu dilarang daripada memasuki bangunan FAA pada hari ini.
Menurut seorang pengawal trafik udara yang enggan namanya didedahkan, mereka yang dipecat terdiri daripada bahagian pengawasan radar FAA, penyelenggaraan bantuan pendaratan dan navigasi.
Pemecatan itu berlaku kurang tiga minggu selepas pesawat American Airlines bertembung dengan sebuah helikopter tentera AS dan jatuh ke Sungai Potomac di Washington, D.C. Nahas itu membunuh 67 orang.
Sejurus selepas insiden itu, Trump berikrar untuk menyingkirkan pengawal trafik udara yang disifatkan tidak mempunyai kecekapan mental.
Sumber: Kosmo
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|