CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12924|Reply: 8

[Tempatan] Digilis lori tanah- murid tahun 1 putus tangan kiri, adik hilang kaki kanan

[Copy link]
Post time 18-2-2025 08:13 PM | Show all posts |Read mode
SEBERANG PERAI – Seorang murid tahun satu dilaporkan putus tangan kiri, manakala adiknya yang bersekolah tadika hilang kaki kanan akibat digilis sebuah lori tanah di Jalan Besar Sungai Bakap di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.15 pagi itu, kedua-dua mangsa membonceng motosikal yang nenek mereka tunggang semasa dalam perjalanan menghantar ke sekolah.

Kemalangan dipercayai berlaku ketika pemandu lori tersebut mahu keluar dari susur sebelah kiri jalan sebelum terlanggar sebuah motosikal yang berada di hadapan sebelah kanan kenderaan berat itu.



Sementara itu, jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Seberang Perai Selatan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pukul 7.40 pagi.

“Kita dapati kemalangan membabitkan sebuah lori muatan tanah merah dan sebuah motosikal.

“Kedua-dua kanak-kanak terbabit dikejarkan ke Hospital Sungai Bakap untuk rawatan ekoran kecederaan parah dengan bantuan ambulans Kementerian Kesihatan,” katanya.

Terdahulu, beberapa video dan gambar kejadian itu tular di media sosial, malah majoriti orang ramai melahirkan rasa sedih dan simpati dengan nasib menimpa dua beradik terbabit.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan pihak polis berhubung kemalangan itu.

Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2025 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Allahuakbar..sape yg duk sebar gambar2 tu? Hearbreaking betul baca berita mcm ni...confirm keluarga susah cucu2 duduk dgn nenek naik motorsikal...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 08:52 PM | Show all posts
Astaghfirullahalazim, sedih dan ngerinya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
ngerinya...
iols sokmo fikir bdk2 kalau teruk nau gini baik la mati. kesian derang kecik2 tanggung sakit, jd oku plak tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Kejadian berlaku di penang. Penang driver sana jenis gila babeng Tau x. Aku cukup menyampah driver atau kenderaan yg plat penang ni.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya dah la baru masuk sekolah, terus jd oku
Nenek htr pi sekolah? Parents diorg mana? Dah meninggal ke hapa.kalo still alive, mmg celaka la sbb menyusahkan parents dh tua
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-2-2025 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni keluarga baik2 ni. Pi tadika bagai nak bg education kat bdk2 tu. Kesian depa. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 18-2-2025 09:20 PM
Kejadian berlaku di penang. Penang driver sana jenis gila babeng Tau x. Aku cukup menyampah driver a ...

Dgn lori tu chuols.. takut blind spot je. Nenek ni agaknya tak paham pun apa tu blind spot.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2025 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Suchi at 19-2-2025 12:09 AM

Tak sanggup nk tgk gambar dorang
Hari isnin tu masa kat sekolah depan mata iols tetiba ada akak tu terbalik motor
Dia amik anak dia pra sekolah baru kuar dr sekolah,iols rasa mcm nak nangis tgk anak dia menggelepar kat bawah motor tu nangis kesakitan
Ada kereta nk reverse kuar ntah cemana semuanya sekelip mata tau2 iols cuma nampak akak tu dah terbalik ngn motor dia
Dengar suara budak tu nangis buat iols meruntun rasa tak keruan.
Terngiang2 lagi suara budak tu nangis, dia terkejut dan kaki dia pun sakit kena hempap motor tu
Sian dhla hari pertama sekolah, budak tu pompuan kecik je badan dia.
Ada la org lain tolong angkat motor akak tu letak tepi sementara akak tu duk cuba tenangkan anak dia.
Teruk budak tu nangis harap tak cedera teruk la dia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 03:03 AM GMT+8 , Processed in 0.062332 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list