CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3429|Reply: 2

Anwar Ibrahim tiba di Bahrain, perkukuh kerjasama diplomatik

[Copy link]
Post time 19-2-2025 04:16 PM | Show all posts |Read mode





PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan delegasi tiba di Manama, Bahrain sekitar pukul 12.45 tengah malam tadi pada waktu tempatan bagi memulakan lawatan rasmi ke negara itu.


Anwar berkata, lawatan itu akan bermula dengan rencana penting antaranya pertemuan bersama Putera Mahkota dan Perdana Menteri Bahrain iaitu Putera Mahkota Salman Hamad Al Khalifa.


“Saya juga dijadual menyampaikan ucapan dalam sesi utama Intra-Islamic Dialogue Conference (IIDC) yang dianjurkan di bawah naungan Raja Bahrain dan Sheikh Al-Azhar Al-Sharif merangkap Pengerusi Majlis Hukama Muslimin.


“Beberapa lagi rencana turut disusun termasuk pertemuan bersama rakyat Malaysia di Bahrain. Doakan segala urusan dipermudahkan,” katanya hari ini.


Perdana Menteri mengadakan lawatan rasmi ke Bahrain bermula semalam hingga esok atas jemputan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Bahrain, Putera Mahkota Salman Hamad Al Khalifa.


Menurut Kementerian Luar Negeri, lawatan ini merupakan lawatan rasmi pertama Perdana Menteri ke negara itu, sekali gus mempamerkan komitmen Malaysia mengukuhkan lagi hubungan dua hala.


Semasa lawatan ini, katanya, Perdana Menteri akan disambut dalam majlis sambutan rasmi dan diikuti dengan kunjungan menghadap ke atas Putera Mahkota selain kedua-dua pemimpin akan membincangkan perkembangan dan kemajuan hubungan Malaysia-Bahrain.


Selaku Pengerusi ASEAN 2025, Anwar juga akan memanfaatkan lawatan ini untuk memperkukuhkan kerjasama serantau, terutamanya menjelang Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) Ke-2 yang dijadualkan di Kuala Lumpur.


Pada tahun 2024, Bahrain merupakan rakan dagang kesembilan terbesar Malaysia di rantau Asia Barat dengan jumlah dagangan bernilai RM1.19 bilion (AS$0.26 bilion).


Malaysia ialah rakan dagang ketiga terbesar Bahrain di kalangan Negara-negara Anggota ASEAN dan ke-18 terbesar di peringkat global pada tahun 2023.


Sumber  – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2025 09:24 AM | Show all posts
Tu dah berapa juta ringgit perbelanjaan ke sana
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2025 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Nant keluar la announcement pelabur Dr Bahrain akan melabur sbnyk 3 trillion di Malaysia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 02:10 PM GMT+8 , Processed in 0.469559 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list