CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 37785|Reply: 27

[Jenayah] Empat lombong bitcoin curi elektrik diserbu PGA, TNB

[Copy link]
Post time 19-2-2025 07:14 PM | Show all posts |Read mode
Empat lombong bitcoin curi elektrik diserbu PGA, TNB
Oleh Zuliaty Zulkiffli - Februari 19, 2025 @ 10:24am'

Kakitangan TNB melakukan pemotongan elektrik yang dikesan melakukan aktiviti melombong bitcoin yang diserbu bersama PGA Batalion 2, Kulim di daerah itu.NSTP/IHSAN PGA

SUNGAI PETANI: Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 2, Kulim menyerbu empat lokasi di sekitar daerah ini yang dipercayai melakukan kegiatan melombong bitcoin di sini, Isnin lalu.

Komander Briged Utara PGA Ulu Kinta, Perak, Senior Asisten Komisioner Shahrum Hashim berkata, operasi yang dilakukan Cawangan Risik 2 PGA Batalion 2 itu turut disertai Pasukan Juruteknik Khas (Seal Team) Tenaga Nasional Berhad (TNB) Zon Utara.

Beliau berkata, operasi yang bermula jam 5 petang hingga 10 malam itu dilakukan berdasarkan maklumat dan risikan yang diterima sebelum ini.

"Hasil pemeriksaan mendapati, empat buah premis yang diserbu itu dipercayai menjalankan aktiviti melombong bitcoin dan disyaki melakukan penyambungan bekalan elektrik secara haram.

"Berikutan itu, kita merampas pelbagai barangan yang digunakan untuk kegiatan sindiket itu yang ditemui iaitu 111 unit mesin perlombongan Bitcoin, lima unit router, dua unit modem dan sebuah komputer riba.

Peralatan yang digunakan untuk melombong bitcoin yang dirampas dalam serbuan di empat premis di daerah ini.NSTP/IHSAN PGA

"Jumlah keseluruhan barangan yang dirampas adalah sebanyak RM890,950," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shahrum berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 37 (3) Akta Bekalan Elektrik 1990.

Beliau berkata, jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

"Bagi Seksyen 37 (1) Akta Bekalan Elektrik 1990, jika disabit kesalahan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

"Briged Utara PGA sedang giat melakukan pengawasan dan rondaan sekitar Perak, Pulau Pinang dan Kedah bagi mengekang aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang.

"Selain itu, Briged Utara PGA juga akan terus komited dan konsisten dalam menggerakkan tindakan penguatkuasaan dan tidak akan sesekali berkompromi dalam menguatkuasakan undang-undang khusunya yang membabitkan penyelewengan barang keperluan harian yang juga salah satu kepentingan awam yang perlu diselia dan dijaga," katanya.

Menurutnya, masyarakat atau pengguna diseru supaya menjadi mata dan telinga bagi menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa berhubung aktiviti yang menyalahi undang-undang.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2025 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku masih xpaham mcm mana dorg melombong bitcoin ni.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2025 09:47 PM | Show all posts
lurve82 replied at 19-2-2025 07:29 PM
Aku masih xpaham mcm mana dorg melombong bitcoin ni.

Komputer2 ini digunakan oleh software bitcoin dalam urusan transaksi bitcoin.

Sesiapa sahaja boleh sediakan komputer ni. Upah akan diberi kepada pemilik komputer yang digunakan. Dari juta-juta komputer tersedia di seluruh dunia, ikut nasib komputer siapa yang akan dipakai. Sebab itu lagi banyak komputer, lagi besar kemungkinan untuk dipakai.

Tak perlu kerja, hanya tunggu sahaja dan maintain komputer.. tetapi kos elektrik pulak yang mahal. Memang boleh terjadi kos elektrik lebih mahal dari upah yang diberi oleh software bitcoin. Sebab itu "Orang bijak" curi letrik untuk maksimukan untung... haha

Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2025 10:31 PM | Show all posts
lurve82 replied at 19-2-2025 07:29 PM
Aku masih xpaham mcm mana dorg melombong bitcoin ni.

Samalah, tak faham dan tak nak faham. Dok jejauh ja

Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2025 11:06 PM | Show all posts
nate gapo lombong bitcoin ni ?
saya sorang je ke yg tak tahu ...
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2025 01:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Dlu men game boleh dapat bitcoin diorg bagi dlm bentuk satoshi..rugi plak x men byk2 game tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-2-2025 01:13 AM From the mobile phone | Show all posts
plywood replied at 19-2-2025 09:47 PM
Komputer2 ini digunakan oleh software bitcoin dalam urusan transaksi bitcoin.

Sesiapa sahaja bol ...

Masih xpaham jgk. Xpe la. Tq explain anyway
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2025 02:21 AM | Show all posts
lurve82 replied at 22-2-2025 01:13 AM
Masih xpaham jgk. Xpe la. Tq explain anyway

buat puzzle formula matematik yg kompleks dan makan karan.pakai kad grafik yang mahal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2025 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
JohnDeSouza replied at 22-2-2025 02:21 AM
buat puzzle formula matematik yg kompleks dan makan karan.pakai kad grafik yang mahal

Macam main game pulak. Bukan apa. Dkt area seremban, ren bgtau dkt sana ramai tenant rumah sewa melombong bitcoin ni.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2025 08:01 AM | Show all posts
lombong ni mmg kena ekon kuat la ye mcm bilik server?
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2025 09:35 AM | Show all posts
lurve82 replied at 19-2-2025 07:29 PM
Aku masih xpaham mcm mana dorg melombong bitcoin ni.

hahah sama..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2025 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
sayawifenikmie replied at 19-2-2025 11:06 PM
nate gapo lombong bitcoin ni ?
saya sorang je ke yg tak tahu ...

Ada 3 terms asas kena tahu.

Cryptocurrency, blockchain & bitcoin.

Bitcoin ni adalah salah satu matawang digital (cryptocurrency). Ada lg bebrp jenis termasuk Lavidacoin by Datuk Vida tu.

Blockchain pula adalah sebgi enabler kpd crypto currency ni.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2025 09:55 PM | Show all posts
Apoo replied at 22-2-2025 05:42 PM
Ada 3 terms asas kena tahu.

Cryptocurrency, blockchain & bitcoin.

.... mcm mana bitcoin ni menjadi berharga?
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2025 11:50 PM | Show all posts
sayawifenikmie replied at 22-2-2025 09:55 PM
.... mcm mana bitcoin ni menjadi berharga?

puzzle matematik dia sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2025 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
lurve82 replied at 19-2-2025 07:29 PM
Aku masih xpaham mcm mana dorg melombong bitcoin ni.

Entah la yg acik tahu melombong tu korek hidung

Melabur tu berak
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2025 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
grouper replied at 20-2-2025 01:42 AM
Dlu men game boleh dapat bitcoin diorg bagi dlm bentuk satoshi..rugi plak x men byk2 game tu

Klau dpt byk pun time tu sure dh buat beli pizza guna 10 bitcoins kan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2025 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
lurve82 replied at 22-2-2025 01:13 AM
Masih xpaham jgk. Xpe la. Tq explain anyway

U tanya kat chatgpt...iols haritu pun x paham...tanya chatgpt baru paham...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2025 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
nw111 replied at 23-2-2025 09:01 AM
U tanya kat chatgpt...iols haritu pun x paham...tanya chatgpt baru paham...

Ooo ok2. Nanti iol tny
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2025 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
sayawifenikmie replied at 22-2-2025 09:55 PM
.... mcm mana bitcoin ni menjadi berharga?

Try imagine mcm ni. Kata la tiba2 ada satu lombong logam baru muncul. The only one in the world. So sapa2 yg nak ambil mineral tu, boleh pegi melombong kat situ. Nak melombong ni kena la beli alat, spend tenaga dan masa utk dapatkan logam tersebut.

Ada org malas nak buat semua tu. So apa dia buat, beli je terus dari org yg ada logam tu. So bila ramai yg nak beli, bekalan pula terhad, maka meroket la harga logam tersebut.

Ini secara analogi mudah.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2025 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
nw111 replied at 23-2-2025 08:59 AM
Klau dpt byk pun time tu sure dh buat beli pizza guna 10 bitcoins kan...

Transaksi komersial pertama Bitcoin mmg pizza pun. Laszlo Hanyecz beli 2 keping pizza dengan bayaran 10000 btc
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-3-2025 09:07 PM GMT+8 , Processed in 0.207680 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list