CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23355|Reply: 121

SERU ala Quarantine [.Rec] - wajib tonton.

[Copy link]
Post time 29-4-2011 04:03 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by takeshi_anwar at 1-5-2011 08:53





SENARAI PELAKON
SHAARNAZ AHMAD - Jeff
KATIJA @ KAT - Lina
NISHA DIRR - Sari
CUT MUTIA - Julie
AZMAN HASSAN - Azman
ALONG EZZENDI - Sam
SUFIAN MOHAMED - Sham
QHAUD AF - Tony
DAZRIN KAMARUDDIN - Budi
MURSHID ANAK WAYANG - Murshid
NABILA DALLY - Ain
NURSHARIFATUN NAJWA - Ira
DEWA SAPRI - Ungkai
AIDA YUSMANJA - Isteri ungkai
NORA DANISH - Yana
PIERRE ANDRE - Bob
AWAL ASHAARI - Zed

Untuk ulasan (awas spoiler) :

http://perangfilem.blogspot.com/2011/04/seru-macam-ni-lah-filem-seram.html

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2011 05:43 PM | Show all posts
takyah la bazir duit tgk cite bodo ni :@
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2011 07:18 PM | Show all posts
takyah la bazir duit tgk cite bodo ni :@
fedora Post at 29-4-2011 09:43

Umm...kenapa bodoh?


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2011 07:51 PM | Show all posts
Umm...kenapa bodoh?


(posted by mobile)
cmf_GAIA Post at 29-4-2011 19:18



  Entah tu?? Knp bodoh??
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2011 02:08 AM | Show all posts
review mcm ramai kata best jer...
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2011 12:37 PM | Show all posts
petikan dari tupai.com.my
"Seru" yang belum ditayangkan di pawagam di Malaysia tetapi telah terpilih untuk mewakili Malaysia ke Far East Film Festival (FEFF) ke 13 yang akan diadakan di Udine, Itali dari 29 April hingga 7 Mei 2011. Sebuah lagi filem terbitan Tayangan Unggul Sdn. Bhd (TUSB) turut terpilih untuk menyertai festival tersebut adalah filem "Hantu Kak Limah Balik Rumah" arahan Mamat Khalid.

Umm..Far East Film Festival tu festival filem seram kah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-4-2011 08:16 PM | Show all posts
mcm scary je.aku nk tgk
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2011 08:57 PM | Show all posts
sapa2 yg dah tgk tlng bg review sbb kalo x best aku x nak pg tgk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2011 09:24 PM | Show all posts
rebiu kata ni filem sseram terbaik malaysia, ala2 blair witch
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2011 09:25 PM | Show all posts
sorry guys... ini pendapat peribadi aku la eh...
memula tu cam banyak jerit2 je.. krew pompuan kena histeria.. pastu director gado2 ngan krew.. bising lagi, (scene ni buat dlm utan..)
then krew pompuan yg kena rasuk tu bunuh2 org lak...
at the same time, ada sorang krew tu lari masuk utan.. then 2 org gi cari dia dlm utan tu..
masa adegan2 ni semua.. ada cameraman diorang yg rakam.... kiranya kita ni cam tgk recorded tape diorang la..
entah.. sebenarnya aku tak bape paham jalan cite dia.. sbb tu aku kata tak best,
aku duk dlm tu tgk sejam je.. pastu blah
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2011 09:32 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2011 11:19 PM | Show all posts
Yeahhh mmg betul kata tontonfilem!!
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2011 01:51 AM | Show all posts
Baru aku teringat.....pernah ada org bengang lepas tengok filem REC/Quarantine dulu....

so sapa2 yg tak reti tengok filem REC/Quarantine tu...memang tak akan mampu lah menerima filem mcm Seru ni....

Seru ni ala2 style filem horror/slasher western....kalau terbiasa dengan filem seram ala Asia memang susah nak terima lah kot? Tapi aku tak akan terkejut kalau suatu hari nanti tiba2 Hollywood beli hakcipta utk buat remake filem Seru ni nanti....kalau filem "...dalam botol" pun ada yg minat nak beli rm10 juta, tak mustahil ada yg nak beli Seru....sama macam REC tu filem Spanyol, sebab meletup later Hollywood buat remake tajuk Quarantine.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2011 02:02 AM | Show all posts
Petikan dari tontonfilem:-
Sejarah sedang dibuat, tuan-tuan, puan-puan. Untuk pertama kalinya, saya mengesyorkan mati-matian kepada semua peminat filem seram untuk menonton filem yang menakutkan ini.

Ya, inilah filem seram Malaysia yang terbaik, setakat ini.

ps: Pertama kali aku tonton filem Malaysia yang mana aku tutup telinga dan pandang bawah. Adik aku yang tonton sama, yang hanya layan filem barat, mengatakan filem ini lebih baik daripada Blair Witch Project ataupun Paranormal Activity. Dia meloncat atas kerusinya secara literal, enam kali!


Woww....tak terkata...

tapi betul la...sapa yg tak faham menonton filem ni, biarpun anda tetap dengan pendirian anda...anda harus memberi peluang kpd diri untuk membaca apa yg diperkatakan oleh tontonfilem......belajar memahami "simbol" dalam filem...mungkin masa ini anda belum terbuka tapi suatu hari nanti bila dah berilmu sikit sapa tahu anda mungkin akan memahaminya...dan menyukainya....
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2011 02:29 AM | Show all posts
Reply 14# cmf_GAIA


   aku kalau review tonton filem tu hampeh jer...aku pernah kena...pergi tengok filem apa ntah...dia punya review macam best giler..lepas aku tengok...nyesal nak mampoh beb! ntah lah....dia buat review...dia sendiri yang faham...kononnya nak tulis ala2 inteligent la kot...sedangkan pengkritik filem popular macam roger ebert tu semua, simple saja buat review, seronok di baca..bermanfaat untuk smeua orang, tapi pengkritik filem kat malaysia ni semua jenis syok sendiri!
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2011 02:43 AM | Show all posts
Reply  cmf_GAIA


   aku kalau review tonton filem tu hampeh jer...aku pernah kena...pergi tengo ...
miskiah Post at 1-5-2011 02:29 AM



    panazzzzz
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2011 10:53 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2011 11:00 PM | Show all posts
REVIEW FILEM SERU : BUNYI LIGHTSABER, HUTAN TERANG BENDERANG.
35
Share
Review Filem Seru : Bunyi Lightsaber, Hutan Terang Benderang.
Dikemaskini oleh M         pada April 15th, 2011 General         17 Respon



Seru, sebuah filem arahan Pierre Andre & Woo Ming Jin akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 28 April ini. Mengambil trademark “Serukan Namaku, Bangkitkan Jasadku”, filem ini sepatutnya mempunyai kekuatan elemen-elemen tertentu yang dapat membangkitkan rasa seram. Apabila kami meneliti barisan krew yang terlibat, Pierre Andre & Woo Ming Jin turut terlibat sebagai penulis skrip & lakon layar. Jadi, secara logiknya gabungan 2 idea patut membuatkan kami berkata “wow”, tetapi tidak sama sekali.

Kedua-dua pengarah juga mengakui mereka menggunakan filem Quarantine sebagai rujukan utama untuk menjayakan filem Seru. Jalan cerita filem ini sebenarnya membabitkan kejadian aneh yang berlaku kepada sebuah produksi filem “Jangan Bernafas”. Semuanya bermula ketika sesi rakaman “Jangan Bernafas” yang melibatkan Awal Ashaari, Nora Danish & Pierre Andre, apabila seorang krew produksi telah dirasuk & lari ke dalam hutan.

Maka, sesi rakaman terpaksa dibatalkan & ditunda ke hari seterusnya. Pihak produksi pula menggangap kejadian krew dirasuk & hilang ini patut dirakam & menjadi footage untuk promosi filem “Jangan Bernafas”. Nak dijadikan cerita, krew-krew telah diarahkan untuk mencari mangsa yang hilang sambil merakamkan apa sahaja yang berlaku. Dan, al-kisahnya, walaupun diserang, dibunuh, kamera kekal kool seperti biasa.

Dari segi teknikal, kami terganggu dengan penggunaan sound effect bagi setiap transition babak-babak dalam filem ini. Bunyi seakan pergaduhan pedang lightsaber antara Jedi & Darth Vader ini menjadi taruhan untuk “mengejutkan” para penonton. Ya, awal-awal memang kami terkejut. Selepas itu, nan hado.

Kemudian, penggunaan cahaya yang melampau untuk sebuah filem seram, gagal menyeramkan kami. Logik akal, mana ada hutan yang terang benderang, kan? Bukan ke hutan khatulistiwa ada lapisan kanopi yang menghalang cahaya matahari daripada sampai ke lapisan bawah hutan? Cahaya matahari kot, apatah lagi cahaya bulan.

Namun, kami harus memberikan pujian kepada pelakon Along Ezzendi (Sam) yang memegang watak sebagai pengarah filem “Jangan Bernafas”. Lakonannya nampak real. Dengan gaya penuh langsi & bersahaja, Along Ezzendi berjaya menimbulkan tension sebagai seorang pengarah yang kuat mendesak, panas baran.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2011 11:04 PM | Show all posts
Sunday, May 1, 2011
FILEM SERU-REVIEW AKUSERABUT
Share



Kali ni Akuserabut nak buat review pasal filem terbaru yang aku tonton di pawagam. Filem yang aku maksudkan adalah Filem Seru. terbiatan Tayangan Unggul Sdn Bhd & Hanamia Services Sdn Bhd. Arahan Woo Ming Jin dan Pierre Andre. aku tengok kat pawagam hari pertama filem ini ditayangkan di pawagam lagi. iaitu pada 28 April lepas. Sebenarnya aku tertengok cerita ini sebab membe ajak. tapi aku nak buat review jugak walaupun aku tak berniat nak tengok. ada pulak macam tu hahaha terlebih dahulu aku nak kasi sinopsis cerita Seru ini dulu.

Sinopsis :
Mengisahkan tentang sebuah produksi yang sedang membuat satu penggambaran filem seram bertajuk “Jangan Bernafas”. Semasa penggambaran berlangsung, secara tiba-tiba, pelbagai kejadian aneh dan peristiwa berlaku, diluar jangkaan mereka.
Padanya mulanya, mereka menganggap ia hanyalah rasukan biasa dan kru di sebalik pembikanan filem tersebut, ingin menjadikannya sebagai “footages” menarik untuk tujuan promosi filem tersebut.

Namun, seorang demi seorang menjadi sasaran rasukan dan juga pembunuhan, menyebabkan keadaan menjadi tidak terkawal… tetapi kamera yang digunakan, masih terus merakamkan aksi yang terjadi. Di sana juga mereka menemui sepasang suami isteri orang asli di mana berkemungkinan mempunyai kaitan dengan kejadian aneh ini.

Apakah seterusnya bakal terjadi kepada kumpulan tersebut, mampukah mereka mengelak daripada dirasuk dan diburu entiti yang tidak diketahui?
Antara barisan pelakon ialah Awal Ashaari, Pierre Andre, Nora Danish, Shaarnaz, Qhaud AF7, Dazrin, Sufian Mohamed, Nisha Dirr, Khatijah, Cut Mutia, Dewa Sapri dan ramai lagi.

kalau nak tahu lebih lanjut sila ke budiey.com

Trailer Filem Seru


Komen aku pulak pasal filem Seru ni. Filem seru ni ala-ala filem dokumentari dan paranormal activity. filem yang berstyle dokumentari agak jarang dihasilkan oleh industri tempatan. oleh itu, boleh dikatakan agak baru dan tak ramai rakyat Malaysia yang berminat dengan cerita begini. kalau ditengok dari segi sambutan. cerita macam ni kureng sikit sambutannya. tengok panggung wayang pun kosong ja. tak dipenuhi walaupun tayangan hari pertama.

Ramai yang dok maki-maki kata cerita ini boring dan penin kepala la. shoot kamera boleh buat kepala mabuk la. aduhh korang kena paham filem dokumentari shoot kamera memang macam tu. goyang-goyang. lebih kepada realis. dah nama filem dokumentari. baru nampak real. tapi bagi aku la kan filem Seru ini nak buat macam benda-benda mistik tu betul-betul terjadi tapi macam kurang menjadi la. macam kurang real. nampak sangat cerita itu direka-reka dan dibuat-buat. mungkin nak buat macam kisah benar. tapi bagi aku nampak sangat direka-reka.

Part yang aku suka pasal filem ni pulak adalah part-part komedi yang diselitkan sekali-sekala. kalau sepanjang cerita buat serius ja. nak buat paranormal saja. silap-silap tertido penonton. scene seram dia pulak. ada yang menjadinya. boleh la. seram ja jugak sekali-sekala. Selain itu, menda yang paling suka adalah part Nora Danish pada awal cerita ini. saja suka tengok dia pakai baju nampak belakang badan dia lol

Kalau korang dah tengok cerita ni. korang mesti ada perasan ada menda-menda yang kurang jelas dalam cerita ni. korang paham kalau korang dah pernah tengok cerita ni. ni antara menda yang aku rasa kurang jelas adalah ada watak sampingan yang menjadi prop mayat. hilang dalam cerita ini. tapi sampai habis cerita. watak itu tak dapat dijelaskan. hilang ke mana tak tau. yang kedua. isteri bomoh orang asli yang berpura-pura baik itu ada bagi satu tangkai kat seorang perempuan ni. tapi macam kurang jelas apa menda tangkal tu. padahal bomoh tu memang jahat dalam cerita Seru ni.

Menda yang aku tak suka dalam cerita ini adalah ending dia. ending dia macam tutt tutt la. tengok-tengok dah habis cerita dia. ending dia macam tak stim la. aku rasa macam ada lagi banyak ending yang boleh buat lebih stim. Kat sini aku bukan nak buat perbandingan antara filem Seru dengan filem Noroi. cerita Noroi ni cerita paranormal dari Jepun. saja nak cerita pasal filem Noroi. kalau korang pernah tengok. korang tau la cerita ini macam mana. cerita ini direka untuk filem paranormal juga. tapi mati-mati aku cerita Noroi ni cerita betul dulu. serius macam real gila faker. sampai terbawa-bawa dalam mimpi. aku betul-betul percaya yang rakaman filem Noroi tu memang rakaman paranormal betul tu. kena tipu gila aku. tapi cerita Noroi tu memang best la !


Noroi

Semua ini cuma pendapat Akuserabut. nak komen sikit ja. kalau tak bagi komen baik tak payah kuar filem betul tak ? hehehe. peace
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2011 11:35 PM | Show all posts
A'ah, part hutan tu aku rasa pelik gak. Kalau guna night vision mode lebih logik.


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 06:46 PM GMT+8 , Processed in 0.089248 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list