CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26465|Reply: 5

[Tempatan] Tunggakan gaji KDA FC cecah 10 bulan

[Copy link]
Post time 21-2-2025 11:55 PM | Show all posts |Read mode



KUALA LUMPUR – Pemilik Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Tan Sri Dr. Mohd. Daud Bakar mendedahkan krisis tunggakan gaji pemain dan pegawai kini mencecah hampir 10 bulan.

Menurut Mohd. Daud, pihaknya berusaha untuk melunaskan sedikit pembayaran untuk meringankan beban pemain dan pegawai yang bertanding pada kempen Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

“Seperti mana yang mungkin media semua tahu, ramai tahu kita masih lagi tertunggak hutang yang banyak, hampir mencecah 10 bulan.

“Untuk memberi sedikit ketenangan kepada pemain, kita cuba membuat (bayaran) secara ‘advance’ (pendahuluan).

“Bukan semua gaji (bukan bayar semua tunggakan), tapi sedikit bayaran untuk mereka teruskan kehidupan seperti mana yang paling minimum untuk mereka menanggung tanggungjawab di rumah.

“Dari segi gaji itu masih tertunggak lagi dan kita sedang membuat perancangan habis-habisan untuk cuba menyelesaikan bayaran tertunggak dalam masa terdekat,” katanya ketika ditemui Kosmo! hari ini.

Dalam majlis pengumuman rakan strategik dan majlis pengisytiharan duta-duta KDA FC yang berlangsung di Kuala Lumpur sebentar tadi, pengurusan Sang Kenari telah melantik penyanyi terkenal, Mohd Hanifah Md Hanafiah atau lebih dikenali sebagai Black antara duta baharu kelab.

Selain Black, beberapa lagi pempengaruh turut dilantik bagi bersama-sama membantu Sang Kenari menjana keuntungan dan menaikkan nilai kelab pada masa akan datang.

Sumber -KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2025 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Better blah cr team lain
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2025 02:38 AM | Show all posts


SG4 la sangat....
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2025 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Duit bayar duta tu baik la kau bayar gaji pemain. Bemgong betul.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2025 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
TS Daud Bakar ni pun dulu kena kecam oleh PW dlm scandal laki Heliza Helmi tu tak silap. Sejak tu, aku jd musykil dgn kredibiliti dia ni. Ada kes tunggakkan gaji, lagi la aku rasa slack sgt.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2025 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada lg yg x faham KDA FC ni x ada kaitan dgn kerajaan negeri ke??....
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 10:01 PM GMT+8 , Processed in 0.053819 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list