View: 53305|Reply: 96
|
[Tempatan]
Mengapa Wanita Muda Bergaji RM2,500 Sanggup Tanggung Risiko Beli Kereta EV BYD Cecah Ratusan Ribu Ringgit
[Copy link]
|
|
Seorang wanita muda telah berkongsi bagaimana dia telah mengambil keputusan membeli kereta EV yang mencecah ratusan ribu walaupun hanya dirinya berada di tingkat gaji yang minimum.
Menerui Threads, dia mendakwa kini baru berusia 24 tahun sudah membeli sebuah kereta elektrik keluaran China iaitu BYD Seal Premium serta membayar sepenuhnya dengan duit poket sendiri dan hanya minta tolong ibu bapa menjadi sebagai penjamin memandangkan tingkat gajinya yang rendah.
Difahamkan dia juga menyediakan wang deposit sendiri dan tidak mengharapkan orang lain serta mendakwa dengan keupayaan menyediakan wang muka itu bermaksud dirinya adalah berkemampuan dari segi kewangan.
Sudah pasti ramai mempersoalkan keputusan pembelian yang dibuat terbabit, dia lalu menjawab bahawa dirinya tidak mahu menyesal di hari tua kelak dek kerana tidak berani mengambil risiko memiliki kereta mewah itu di usia muda.
Tegasnya lagi, dia sangat yakin akan timbul rasa kekesalan tidak memiliki kereta berkenaan jika menyingkap semula perjalanan hidupnya di kemudian hari dan percaya keputusan ini bakal menjadi batu loncatan untuk membeli kereta idaman pada masa depan.
Mengakui dirinya ada timbul rasa sedikit gelisah kerana wang simpanan di dalam bank telah berkurangan, dia percaya ini merupakan satu motivasi untuk berkerja keras mencari wang demi membiayai segala komitmen berkaitan keretanya itu.
Sedikit maklumat berkaitan kewangan peribadinya, dia mempunyai kerja tetap dengan dibayar gaji sekitar RM2,500 dan mempunyai kerja sampingan lain yang bakal memberi wang tambahan menerusinya tetapi tidak menentu.
Difahamkan BYD Seal Premium itu sedia dijual pada harga RM130,000, yang mana dia sudah meletakkan wang simpanan sebanyak RM31,000 sebagai deposit dan mengikat kontrak pinjaman selama 9 tahun. Dengan komitmen bulanan setinggi RM1,700 , dia sasar untuk menyelesaikan seawal 7 tahun kerana terdapat fleksibiliti pada kontrak terbabit.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sbb nak brag konon i established
sama mcm pinjam duit org nak duduk kondo sorg tapi xmampu instead of menyewa bilik kondo dulu sampai established
semua nak cepat nak segera xnak step by step |
|
|
|
|
|
|
|
Untungnya beli kereta ni kalau dah beli boleh jual semula atau downgrade bila menyesal rupanya x mampu bayar bulanan2 compared to beli rumah/property.
Budak muda bawah 30's belum matang buat keputusan. Takpe bagi dia rasa perit bayar bulanan tu.
Bila timbul rasa penyesalan tu pandai2 la adjust kat mana...
Oh ye, once bank mintak guarantor utk loan mksd nya ko tak mampu bayar dgn gaji payslip ko tu. Bank tak yakin sbb tu dia mntk guarantor supaya bila esok2 ko melingkup tak boleh bayo, guarantor tu yg kena kejo dgn bank soh bayo loan |
|
|
|
|
|
|
|
Biorlah
Mak ayah dia pung percayakan dia..
Iols doakan moga dia dpt gaji.lagi tinggi akan dtg |
|
|
|
|
|
|
|
Baik fokus kumpul duit dahulu baru beli kereta EV |
|
|
|
|
|
|
|
kereta ni liabliti kalau tak cukup income dan cashflow better beli kereta biasa.
dont impress others while account balance depriciate. be polite to our financial. |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti duk dgn mak pak kn
Lunch bawa bekal mak masak
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia duduk dgn family dia kot, apa nk bayar
Dulu aku keje duduk rumah sewa sendiri
Pas kawen bru beli kereta |
|
|
|
|
|
|
|
Duduk bawah ketiak mak bapak boleh la dikkk..makan pun mak tanggung. Kau bayar kete je. |
|
|
|
|
|
|
|

Tinggal dengan mak bapak,tak perlu bayar sewa. Kereta parking luar pagar rumah sebab tak muat porch rumah. Jangan parking depan rumah jiran sudah lah..
Berapa ramai yang ada privilege dapat tinggal dengan parents apabila mula bekerja? Ramai yang terpaksa merantau ke negeri lain dan menyewa bilik atau rumah apabila mulakan hidup. |
|
|
|
|
|
|
|
Ok, kalau tengok pagar rumah... stainless steel.
Mak pak duit melimpah ni.  |
|
|
|
|
|
|
|
biar papa asal bergaya katanyaaa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ok la tu dia confident, deposit pun dia byr banyak gak |
|
|
|
|
|
|
|
sayangnya kereta mahal2
park kena panas hujan
aku jealous sbb gaji 2.5k dia mampu beli BYD
sementelahan aku, kancil pun tak dapat |
|
|
|
|
|
|
|
kau beli benda yang tech entah bertahan sampai bila lepas tu berangan mcm benda besi ni kekal abadi sampai kau tua. hammmmm |
|
|
|
|
|
|
|
Suke ati ko la dik.. Yolo kan.. Xmahei ke maintenance keta ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Lantak kau la dik nk beli apa pun
Takyah seek validation n approval fr netizen |
|
|
|
|
|
|
|
Lantak kome le, kome yg nak membayo nya |
|
|
|
|
|
|
|
Tgk rumah da tahu bukan ank org susah
Anak2 cina bukan mcm kau beli keta 0 dp loan 9 tahun
Silap2 mak pak da bayarkan depo separuh harga keta
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Samerosie at 23-2-2025 12:04 PM
Oklah tu. Cina ni lain sikit depa status tu penting esp kalau berbiznes. Rumah besar/mahal, keta besar mahal sbbkena ada status. Sama je bila dah dialam brazer, tu sbb anak cucu bakar bungalow 8 tingkat, latest iphone, latest bmw, merc, etcetc tuk hidup kat duni sana.
Cuba gi rumah cina dlm rumah kusi meja makan pastik pasar malam je pun boleh. Tapi tv 60.inci siap sound sysmtem tuk karaoke haha.
Rumah duduk, dr parents anak2 sampai cucu. Kalau budak ni sudah tentu x bayar apa2 maybe contribute duit tuk groceries sikit sbb masih muda kan.
Rumah melayu selagi jamban pun tak diwainscottingkan selagi tu x puas ujung2 pening nak byr itu ini. |
|
|
|
|
|
|
| |
|